Saturday, August 15, 2009

Periksa Cashflow Bulanan Anda

Sumber:www.pakdi.my/blog/periksa-cashflow-bulanan-anda
Sekiranya anda mengetahui cara pengurusan kewangan yang betul, anda sebenarnya tidak memerlukan gaji yang terlalu besar untuk mencapai financial freedom. (Oh ya, inilah antara pembelajaran dalam permainan Cashflow 101 yang sangat menarik!) Semua orang, boleh mencapainya dengan syarat anda mesti berdisiplin tinggi.


Apa yang anda perlukan bukan gaji yang besar, tetapi cashflow yang besar!

Mari kita lihat apakah perkara yang selalunya dibelanjakan oleh anda, penduduk Malaysia, dengan anggaran kos hidup paling minimum dalam sebulan.

1. Hutang rumah – RM 1200
2. Hutang pendidikan (MARA, PTPTN, JPA dll) – RM 250
3. Hutang kereta – RM 450
4. Hutang kad hutang (credit card ;) ) – RM 100
5. Duit makan minum, belanja runcit, utiliti dan lain-lain – RM 800
6. Perbelanjaan anak-anak – RM 200

Perbelanjaan wajib sebegini sahaja sudah memakan belanja sekitar RM 3000. Maka tidak hairan lah banyak pasangan yang terpaksa bekerja bersama untuk menampung keperluan hidup.

Financial freedom bukan perkara magik, tetapi kombinasi ilmu + usaha + tawakal

Apa pun kiraan sebenar perbelanjaan anda, baik yang masih bujang atau pun sudah berkahwin, pastikan anda mempunyai cashflow yang positif setiap bulan. (Pastikan ia dikira setelah anda membuat active savings terlebih dahulu.

Kenapa anda perlu mempunyai cashflow positif?

1. Untuk membolehkan anda mula melabur & berniaga
2. Untuk perbelanjaan yang tidak disangka (tayar pancit, paip bocor)

Walaupun anda cuma mempunyai RM 50 cashflow positif sebulan, dan anda tidak tahu apa-apa mengenai pelaburan, sekurang-kurangnya anda sudah boleh mula membaca sebuah buku kewangan sebulan. Itu adalah permulaan pelaburan pendidikan kewangan anda.

Bayangkan apa yang anda boleh lakukan lagi sekiranya cashflow positif anda sebulan sudah pun mencapai RM 1000 ke atas dan anda memang sudah tahu mengenai pelaburan serta sudah pun mula berniaga?

Inilah yang selalu disebut orang miskin bertambah miskin, orang kaya bertambah kaya kerana perbedaan ilmu kewangan yang sangat ketara.

Dan sekiranya anda mempunyai cashflow negatif sebulan, ding! Anda perlu segera bertindak, sama ada memeriksa semula perbelanjaan anda, apakah liabiliti dan doodads yang boleh segera dihentikan dan yang lebih baik, fikirkan cara untuk anda menambah pendapatan anda, seperti memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Yang lebih teruk sekiranya anda mempunyai cashflow negatif, dibebani hutang keliling pinggang, dan tidak mahu belajar ilmu kewangan, akhirnya anda memilih untuk ditipu dengan skim pelaburan cepat kaya, berjudi dan meminjam dengan ah long. Keluarga yang menjadi mangsa akibat sikap buruk anda itu tadi.

Justeru, apabila kegagalan anda untuk mempunyai cashflow positif sebulan akibat kesilapan anda sendiri, kenaikan gaji satu kali ganda pun tidak dapat mengatasi masalah anda kerana anda mempunyai tabiat pengurusan kewangan yang teruk.

Kalau anda tidak tahu menguruskan RM 100 dengan baik (sama ada untuk dibelanjakan atau dilaburkan), adakah anda fikir anda mampu menguruskan RM 10 000 dengan lebih baik?

Saya tidak fikir begitu.

0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP