Showing posts with label FCPO. Show all posts
Showing posts with label FCPO. Show all posts

Tuesday, May 4, 2010

FCPO-Kisah Trader

Source:http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/kisahtrader.htm
Berikut ingin kami kongsikan beberapa kisah trader yang menjalankan urusniaga FCPO secara full time atau part time. Kisah ini adalah hasil dari pengalaman FBR sendiri yang menguruskan akaun client masing - masing. Baca dan renungkan setiap situasi berikut.


Kisah 1 :

Ada seorang trader, buka akaun dengan RM250k.

Dari mula trade, dia buy sahaja. Seminggu masuk 2, 3 lot. Tetapi dia beli kontrak month yang jauh. Orang lain biasanya trade bulan ketiga, dia trade bulan ke 5.

Bila buy, dia simpan sampai kontrak tu jadi bulan ke dua, barulah dia jual.

Sekarang, cash balance dia dah jadi RM300K. Campur dengan floating profit, jumlah menjadi RM500K. Itu pun dia open positionnya hanya lebih kurang 50 lot je.

MORAL OF THE STORY : MARGIN BESAR DAN MARGIN KECIK, LAIN-LAIN CARA TRADINGNYA



Kisah 2 :

Ada seorang trader, buka akaun dalam RM125K.

Awal-awal lagi dia cerita, remisier saham dia asyik bagi advise tak betul. Jadi dia tak nak sapa-sapa bagi advise kat dia.

Dia sell FKLI, market pun naik. Market naik, dia sell lagi. Dia kata average selling dia akan naik ikut market, jadi loss dia tidak akan besar sangat.

Lagi seminggu nak expire kontrak, dia start masuk FCPO. katanya untuk cover apa yang dia akan rugi di FKLI. Tapi FCPO against dia jugak. Jadi bila FCPO makin lawan position dia, dia masuk lagi. Sekali lagi dia kata dia nak averagekan position dia.

Lagi dua hari FKLI nak expire, dia cut loss di FCPO. Katanya margin yang diguna di FCPO tu untuk tambah position kat FKLI. Selepas itu dia masuk lagi sell kat FKLI untuk averagekan position dia.

Akhir sekali, bila FKLI expire, dia kena ambil loss. Semua loss dia termasuk yang dia kena di FCPO, jumlahnya RM45K.

MORAL OF THE STORY : JANGAN LAWAN MARKET, IKUT MARKET!



Kisah 3 :

Ada seorang trader, akaun dia 80K.

Hari-hari dia masuk-keluar, masuk-keluar. Tapi dia tutup position cuma bila untung sahaja. Kalau market against dia, dia simpan dan tunggu market patah balik. Sudahnya kena margin call.

Kemudian dia datang ofis, bagi dua keping cek. Cek 20K untuk top up margin call. Lagi satu cek 35k dia kata simpan dulu kalau-kalau ada lagi margin call. Kata dia, payah nak tinggalkan kerja dia (walaupun untuk pegi bank?) jadi dia bagi siap-siap.

Dua minggu lepas tu, dia nak tambah position baru, FBR beritahu yang margin untuk akaun dia sudah maksimum. Dia kata, depositkan cek lagi satu tu sebab dia nak masuk position baru jugak. Jadi FBR pun key-in order baru dan kemudian tolong depositkan cek tu di bank.

Esoknya, bank telefon, mengatakan cek kena tendang. Bila call client tu, dia kata payment bisness dia lambat sikit dapat. FBR tu cuma mampu terlopong je la.

MORAL OF THE STORY : JANGAN OVERTRADE! TRADE SEKADAR IKUT KEMAMPUAN MODAL SEBENAR SAHAJA.



Kisah 4 :

Ada dua orang trader, adik-beradik. Mereka ni student kolej.

Masa tu margin intraday RM1K. Jadi kedua-duanya buka akaun dengan margin RM1K.

Trade intraday je. Target untung dalam RM100 sekali trade. Kalau ada peluang, mereka masuk dua kali, masuk-keluar masa pagi dan masuk keluar masa petang. Kalau tak sekali je la sehari.

Akhir bulan pertama, akaun masing-masing adalah dalam RM2.5K. Bulan kedua dalam RM6K. Langsung dua beradik ni minta cuti satu semester daripada kolej. Lima bulan pulun, berakhir dengan cash balance RM25K setiap sorang.

Yang menariknya, sepanjang 7 bulan tu, mereka sama-sama trade, sentiasa bincang pasal market. Kalau sorang kata market up, sorang lagi market down, mereka akan debat tapi masih lagi trade buat sendiri-sendiri.

Ceritanya asalnya, masa mula-mula bukak akaun, duit loan belajar mereka, mereka asingkan RM1k sebagai modal dan RM375 untuk subscribe nextview untuk 3 bulan (RM375 x 2 orang = RM750 = subscribe nextview untuk 3 bulan). Jadi baki duit loan belajar, memang betul-betul digunakan untuk yuran kolej. Laptop, pinjam dari abang sulung kerana masa itu abang sulung pergi kursus 3 bulan kat oversea.

Sekarang ni dua beradik ni hanya aktif masa cuti semester je, kerana mereka dah sambung belajar balik.

Mereka ni buka akaun dalam 2,3 tahun dulu. Baru minggu lepas diorang keluarkan duit dalam RM15k sorang, nak buat belajar kata mereka.

MORAL OF THE STORY : TRADING TOOL MESTI ADA


Kisah 5 :

Ada seorang trader, bila nak trade je datang ke ofis.

Satu hari dia order buy. Pastu market naik. Pada masa market dah naik dekat 25 point, dia kata nak tunggu lagi sebab dia kata market boleh naik lagi tinggi.

Pastu market jatuh 20 point, dia kata dia akan bertahan sebab market akan naik semula.

Pastu esoknya, market jatuh lagi 30 point, dia kata takpe pasal market nanti akan rebound dan naik semula.

Macam tu la hari-hari sampai dekat dua minggu. Dalam tempoh ni, memanjang kena margin call. Nasib baik, dia ni jenis orang ada duit, jadi dia tambahla.

Last sekali dia ambik la profit 10 point bila market dah naik lebih dari harga dia beli.

Tempoh dua minggu. Tambah margin empat kali. Untung 10 point.

Dia sendiri cakap yang dia tak puas hati bila untung sikit sebab duit yang dia masukkan untuk trading 1 lot nisbahnya RM8K. Dapat untung cuma RM250 lepas dua minggu.

MORAL OF THE STORY : SESUAIKAN TRADING PLAN DENGAN MARGIN YANG ADA.

Read more...

FCPO-Strategi Urusniaga

Source:http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/strategiurusniaga.htm
Apabila pasaran dalam trend ke atas atau ke bawah, peluang membuat untung adalah lebih besar. Kerana itu, lebih ramai spekulator akan masuk ke pasaran. Sekaligus spekulator akan menjadi majoriti. Sebagai pengikut kepada suara ramai, tentunya tidak ada masalah untuk membuat intraday trading malah kemungkinan besar akan lebih menguntungkan berbanding dengan overnight trading.

Kesimpulan 1 : Apabila trend ke bawah atau ke atas, utamakan trend jangka pendek dan cuba ikut spekulator yang banyak membuat intraday trading.

Apabila pasaran dalam trend melintang, harga akan bergerak dalam suatu julat yang terhad. Justeru itu, peluang membuat untung adalah lebih kecil. Kerana itu, tidak ramai spekulator yang akan memasuki pasaran. Ini menyebabkan investor yang menjadi majoriti. Sebagai pengikut kepada suara ramai, tentunya minima manfaat yang dapat diperolehi melalui intraday trading malah kemungkinan besar akan lebih menguntungkan jika overnight trading diamalkan.

Kesimpulan 2 : Apabila trend melintang, utamakan trend jangka panjang dan cuba ikut investor yang banyak membuat overnight trading.

Pengecualian : Jika margin benar-benar besar, tidak perlu terlalu fleksibel atau terlalu patuh kepada Kesimpulan 1 dan Kesimpulan 2.



Bagaimana ingin memperolehi keuntungan dalam FCPO



Untuk memperolehi keuntungan dalam FCPO, anda boleh memilih salah satu atau gabungan daripada 2 kaedah berikut :

1. Kaedah fundamental

Kaedah ini merujuk kepada pemerhatian kepada data dan peristiwa ekonomi. Contohnya, sekarang ini pengguna kaedah fundamental akan memerhatikan:

· Perkembangan isu bio-fuel di Malaysia dan Eropah

· Harga minyak yang mana bio-fuel dijangka menjadi alternatif

· Data permintaan dan penawaran di Malaysia dan Indonesia (sebagai pengeluar utama minyak sawit) serta di China, India dan Asia Barat (sebagai negara pengimport utama terutama menjelangnya musim perayaan Aidil Fitri dan Tahun Baru Cina)



· Faktor cuaca yang menjejaskan penanaman soybean di US.



Anda tidak perlu mempunyai kemahiran ekonomi untuk menguasai fundamental; hanya perlu ketekunan dan rasa ingin tahu yang tinggi.

2. Guna kaedah teknikal

Kaedah kajian data-data harga FCPO yang dibuat dalam pelbagai bentuk seperti Candlestick, Bar, Moving Average dan lain-lain.

Anda tidak perlu mempunyai kemahiran matematik yang tinggi untuk mahir dalam teknikal; hanya perlu ketekunan dan rasa ingin tahu yang tinggi.



Bagaimana ingin memperolehi kerugian dalam FCPO



Untuk mendapat kerugian dalam FCPO, sila ikuti salah satu atau mana-mana gabungan daripada yang berikut :

· Melawan aliran harga pasaran.



· Memasuki pasaran dengan secara berlebihan tanpa mengambil kira kemampuan modal.



· Memasuki pasaran kerana mengikut urusniaga orang lain.



· Mengikut emosi sebelum, semasa dan selepas memasuki pasaran.



· Tidak menyediakan pelan sebelum memasuki pasaran.



· Tidak menyediakan plan B sekiranya pasaran tidak bergerak mengikut aliran yang dijangka.



· Mengharapkan keajaiban berlakunya perubahan aliran harga walaupun sedar telah tersilap langkah.



· Melupakan sesuatu arahan beli atau jual yang telah diberikan kepada broker.



· Menambah urusniaga semasa aliran bergerak dalam arah berlawanan dengan harapan pasaran membuat pembetulan seterusnya mendapat harga purata yang boleh meminimakan rugi.



· Membuat urusniaga walaupun tidak pasti dengan arah pasaran.





Strategi sebelum memasuki pasaran



Apabila membuat urusniaga dalam pasaran FCPO (atau mana-mana pelaburan futures), sebaik-baiknya mempunyai strategi urusniaga sebelum memasuki pasaran. Setidak - tidaknya dalam strategi urusniaga ini dicadangkan mempunyai :



* Pengecaman arah aliran utama (pada carta mingguan atau carta harian) harga pasaran.



* Penetapan garis support (sokongan) dan garis resistance (halangan).



* Penetapan tahap risiko (margin of error) yang sedia diserap jika berlaku kerugian.



* Penyemakan baki tunai di dalam akaun untuk mengelakkan urusniaga berlebihan (overtrade).



* Penyediaan senarai semak secara bertulis bagi perkara di atas.


Secara umumnya, strategi urusniaga yang dibina adalah berbeza bagi setiap orang mengikut keselesaan modal, pengurusan risiko dan masa yang boleh diperuntukan dalam memerhatikan pergerakan harga pasaran.

Walau bagaimanapun semua strategi urusniaga umumnya digunakan sebagai dasar, asas atau disiplin bagi :



* Menetapkan had volum dan had tempoh urusniaga (avoiding overtrading)



* Mencari aras harga untuk memasuki pasaran (point of entry)



* Mencari aras harga untuk meninggalkan pasaran (point of exit)



* Menetapkan aras harga bagi menghadkan kerugian (stop loss)



Peniaga profesional futures seringkali menggunakan frasa berikut bagi menjelaskan kepentingan strategi urusniaga :



“Those Who Survive The Market Are Not The Wealthier Nor The Smarter But Simply The Most Disciplined”



atau



Mereka Yang Berjaya Dalam Mengharungi Pasaran Adalah Bukan Daripada Golongan Yang Bermodal Besar atau Yang Lebih Bijak Tetapi Semata-mata Adalah Mereka Yang Paling Berdisiplin.





Arah Harga


Contoh apabila harga telah mencecah hampir RM3500 bagi FCPO, ramai yang kata yang harga itu sudah terlalu tinggi sebagai minyak makan, ia takkan naik lagi. Secara logiknya memanglah begitu. Sesuatu bahan kegunaan harian dalam masakan, tentu ada hadnya kalau naik harga; kalau tak sapa nak beli?

Betul atau tidak tanggapan ini?

Jika begitu, harga macam mana yang dikatakan sebagai tinggi? Harga macamana pula yang dikatakan rendah?

Sebenarnya harga tinggi atau rendah adalah semata-mata persepsi. Yang perlu kita utamakan, sebagai peniaga FCPO adalah persepsi pasaran. Jika pasaran, secara keseluruhannya menganggap yang sesuatu harga itu terlalu tinggi, maka harga pasaran akan mula bergerak ke bawah. Begitu juga apabila pasaran, secara keseluruhannya menganggap yang sesuatu harga itu terlalu rendah, maka harga pasaran akan mula bergerak ke atas.

Inilah yang dikatakan pasaran yang dikuasai penawaran dan permintaan. Harga pasaran akan bergerak mengikut sentimen dan persepsi pasaran.

Sebagai peniaga kecil FCPO, kita perlu ingat, pasaran FCPO tidak peduli dan tidak mengambil kira pandangan kita sebagai individu. Pasaran FCPO hanya bergerak mengikut penawaran dan permintaan MAJORITI pemain pasaran.

Justeru, kita sebagai peniaga kecil FCPO, hanya boleh mengikut pergerakan pasaran. Pasaran naik, maka kita ikut dan masuk pasaran dengan membeli kontrak FCPO (dan keluar dengan menjual kontrak FCPO). Jika pasaran turun, maka kita ikut dan masuk dengan menjual kontrak FCPO (dan keluar dengan membeli kontrak FCPO).

Fakta ini ramai yang faham tetapi tidak ramai yang menyelami maksudnya lalu membuat kesilapan utama semasa berurusniaga FCPO.



* Sebagai pengikut pergerakan harga pasaran, ramai yang bertindak cuba MENDAHULUI pergerakan harga pasaran. Kalau lambat masuk, terlepas peluang katanya. Ini SALAH. Pasaran hanya mengikut penawaran dan permintaan MAJORITI peniaga. Biar dah sah arah pergerakan harga pasaran, baru kita ikut. Kita masih berpeluang masuk; walaupun peluang untungnya tidak banyak tetapi risikonya juga lebih terkawal. Jadi soal terlepas peluang tidak timbul kerana masuk lambat ke dalam pasaran. Ini adalah soal TAMAK kerana ingin untung besar atau redha dengan untung lebih kecil daripada risiko yang terkawal.



* Keluar daripada pasaran kerana sudah sampai sasaran harga. Ini adalah SALAH. Kita masuk pasaran kerana mendapati harga pasaran sedang mengikuti sesuatu arah. Apabila dah masuk, kita jarang menyemak arah pasaran. Asalkan sudah sampai target harga yang kita kehendaki, kita sudah berpuashati dan keluar dari pasaran. Jangan sampai terlalu tamak katanya. Padahal keputusan untuk masuk pasaran dan keluar pasaran perlu dibuat dengan kaedah yang sama. Bila nak masuk pasaran, kita nilaikan arah pasaran. Bila nak keluar daripada pasaran, jika arah pasaran belum berubah, kenapa tidak kita kekal dulu dalam pasaran?



* Bila masuk ke dalam pasaran, kita telah membuat keputusan harga sedang bergerak dalam sesuatu arah. Jika kemudiannya, didapati harga telah berubah arah, kebanyakan peniaga tidak mahu keluar dengan segera walaupun menyedari arah harga yang sudah berubah. Dalam kebanyakan kes, alasannya adalah kerana targetnya belum sampai dan dia belum mahu bertindak kerana bertindak akan bermakna kerugian. Tanpa disedari, perubahan arah harga ini akan menjadi terlalu besar dan langsung membawa kepada kerugian yang amat besar.



Pepatah orang putih ada berkata,



"Maximise your profit by letting it run, minimise your profit by cutting it short".



Maknanya,



Maksimakan untung sampai setakat mana yang boleh (yang ditawarkan oleh pasaran) dan minimakan kerugian dengan mengambil rugi sekecil yang boleh.

Samada sebelum memasuki pasaran atau semasa dalam pasaran, jangan lupa untuk sentiasa menyemak arah harga pasaran.



* Sebelum memasuki pasaran, tentukan arah harga pasaran.



* Bila arah harga pasaran telah dikenalpasti, masuk pasaran mengikut arah pasaran berkenaan.



* Semak arah pasaran dari masa ke semasa bagi mengenalpasti jika arah harga masih kekal atau sudah berubah.



* Selagi arah pasaran yang dikenalpasti tadi masih kekal, jangan keluar dari pasaran.



* Apabila arah pasaran telah berubah dari arah asal, keluar daripada pasaran secepat mungkin, tanpa mengira anda di dalam keuntungan atau kerugian.



Mungkin sukar hendak mempercayai dan menerima secara teori, tetapi secara praktikalnya telah terbukti, apabila mengamalkan prinsip urusniaga seperti di atas, secara puratanya anda akan mendapat purata untung yang jauh lebih besar berbanding purata kerugian yang terpaksa ditanggung.



Petua



PETUA 1.0 : TENTUKAN TREND MARKET FUTURES DAN PASTIKAN TREND DENGAN UNDERLYING MARKET (PASARAN YANG DI SANDARKAN).

PETUA 1.1 : JIKA HENDAK MELIHAT TREND MARKET, TENGOK DAILY CHART ATAU WEEKLY CHART. JANGAN SESEKALI LIHAT INTRADAY CHART UNTUK CARI MARKET TREND! WALAUPUN BAGI SEORANG INTRADAY TRADER!

PETUA 1.2 : SEBENARNYA JIKA HENDAK MELIHAT MARKET TREND, LIHAT CHART UNTUK FUTURES MARKET SAHAJA PUN SUDAH MENCUKUPI. WALAU BAGAIMANAPUN ADALAH TABIAT YANG SIHAT UNTUK CROSS REFERENCE DENGAN UNDERLYING MARKET SEBAB FUTURES AKAN MENGIKUT UNDERLYING DAN BUKAN SEBALIKNYA!

PETUA 1.3 : BILA MELIHAT CHART, LIHAT DENGAN MATA BUDAK BERUMUR 10 TAHUN. MAKNANYA LIHAT DENGAN CARA PANDANGAN PALING MUDAH DAN ASAS. BILA LIHAT CHART DAN TIDAK BOLEH TENTUKAN ARAH MARKET, TUNJUKKAN PADA BUDAK TADI. KALAU DIA KATA NAIK MAKNA NYA NAIK LAH TU.

Read more...

FCPO-Memulakan Urusniaga

Source:http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/memulakanurusniaga.htm
Untuk memulakan urusniaga apa yang perlu ialah :



* Modal (Minimum RM10,000 disyorkan)
* Buka akaun urusniaga melalui Futures Broker (Trading House)
* Lantik seorang FBR / CFBR sebagai broker.
* Langgani ‘Real Time Market Information’ (Data terkini pergerakan Pasaran) daripada Vendor yang dilantik Bursa Malaysia.



Selepas itu anda secara sah menjadi trader dan boleh membuat tempahan harga melalui FBR yang anda lantik. Sila beri arahan kepada FBR mengikut turutan berikut :

1. Beli atau jual dan bulan kontrak yang dikehendaki
2. Berapa lot atau kontrak yang hendak dibeli atau dijual
3. Jika mahu membuat limit order, sebutkan sahaja harga yang dikehendaki. Jika mahu membuat market order, anda tidak perlu menyebutkan harga tempahan. Bagi jenis tempahan harga yang lain, sila beritahu jenis tempahan harga tersebut dan kemudian, harga yang dikehendaki.
4. Maklumkan nombor akaun anda.
5. Pada masa ini, FBR telah melengkapkan butiran tempahan harga anda di sistem. Minta FBR ulang kembali tempahan anda. Jika anda berpuas hati, beritahu FBR ('ok' sudah mencukupi). FBR akan menghantar tempahan anda ke dalam sistem.
6. FBR akan memaklumkan kepada anda jika tempahan harga anda telah dipadankan di sistem. Pemadanan harga tempahan mungkin berlaku serta-merta atau kemudian.
7. Jika kemudiannya anda mahu mengubah tempahan harga (perubahan jumlah lot atau nilai harga) atau membuat pembatalan, anda hanya beritahu FBR nombor akaun dan perubahan/pembatalan yang mahu dibuat. Selagi tempahan anda belum dipadankan, pengubahan atau pembatalan boleh dilakukan.



Jika masih berlaku kekeliruan di dalam komunikasi anda dan tempahan dibuat tidak mengikut apa yanng anda kehendaki, anda boleh meminta FBR menyemak perakam suara. Trader perlu sedar, semua tempahan melalui telefon meja FBR (di semua syarikat broker) adalah bersambung dengan perakam suara. Sekiranya anda membuat tempahan dengan cara instant messenger atau melalui telefon bimbit FBR, semakan rakaman tidak dapat dibuat.

Yang penting, anda perlu ada persefahaman dengan FBR anda. Dalam konteks etika, FBR perlu memahami keperluan dan had pelaburan setiap pelanggannya. Malah FBR juga sepatutnya membantu dan mendidik pelanggan dalam urusniaga. Jangan salah faham, keputusan muktamad urusniaga masih lagi ditangan pelanggan; FBR perlu membantu dan mendidik pelanggan untuk memahami implikasi keputusan urusniaga mereka dan tidak membiarkan pelanggan 'hanyut' dalam keputusan yang dibuat dengan asas yang salah atau kurang tepat.

Jika perlu, jadikan FBR kawan anda. Bentukkan persefahaman. Ini penting kerana FBR adalah pihak yang melaksanakan urusniaga pelaburan anda. Sekiranya anda tidak berpuashati dengan seseorang FBR, anda boleh meminta FBR yang lain daripada syarikat broker. Sekiranya anda masih tidak berpuashati, anda boleh meminta akaun anda ditukar ke cawangan lain syarikat broker yang sama atau menukar syarikat broker sama sekali.



Untuk membuat tempahan harga, ada beberapa jenis yang boleh digunakan oleh para pelabur. Siri ini akan menjelaskan jenis-jenis tempahan harga yang digunakan semasa membuat urusniaga FCPO.

Ingin dimaklumkan terlebih dahulu, sesuatu tempahan harga yang dibuat, secara umumnya kena mengikut giliran. Sistem memberi keutamaan kepada tempahan harga seperti berikut :



1. Harga : harga beli yang lebih tinggi dan harga jual yang lebih rendah diutamakan.
2. Masa : bagi tempahan aras harga yang sama, tempahan yang dibuat dahulu akan diutamakan



Apabila tempahan harga dibuat dan masih belum dipadankan (masih menunggu giliran di dalam sistem), anda masih boleh membatalkan tempahan tersebut. Dalam keadaan yang sama anda juga boleh memilih untuk mengubah tempahan (samada pada harga atau bilangan lot).

Walau bagaimanapun, apabila tempahan diubah, dari segi giliran, tempahan anda dikira sebagai tempahan baru dan masuk semula "dalam barisan" di sistem pada tempat paling belakang.

Satu lagi perkara yang perlu difahami. Harga yang ditawarkan di pasaran tidak semestinya beratur mengikut turutan yang ideal.

Misalnya harga beli 2920 tidak semestinya diikuti dengan 2919, 2918, 2917 dan seterusnya. Begitu juga harga jual 2930 tidak semestinya diikuti dengan 2931, 2932, 2933 dan seterusnya. Ini kerana harga yang ditawarkan di dalam sistem adalah bergantung kepada tempahan keseluruhan yang dibuat dalam pasaran.

Ada masanya harga beli 2920 diikuti oleh 2919, 2917, 2916 kerana tidak ada pembeli yang membuat tempahan harga beli pada 2918. Begitu juga, ada masanya harga jual 2930 diikuti oleh 2932, 2933, 2934 kerana tiada penjual yang membuat tempahan harga jual pada 2931.

Satu lagi yang perlu difahami, harga terbaik untuk beli dan jual bukan sentiasa bersilisih pada satu tick sahaja (contohnya harga pembeli utama pada 2925 dan harga penjual utama pada 2926. Adakalanya pasaran akan berada pada harga beli dan jual yang agak jauh (contohnya harga pembeli utama pada 2925 dan harga penjual utama pada 2928). Ini juga fenomena biasa kerana ada masanya ada paras harga tertentu yang tidak ditempah.

Akhir sekali, anda mungkin keliru melihat angka pada perenggan diatas. Jika harga pembeli pada 2925 dan harga penjual adalah 2928, bukankah itu untung secara automatik? Jawapannya tidak.

Jika anda mahu membeli, anda perlu mengambil tawaran penjual iaitu 2928. Apabila anda mahu menjual pula, anda perlu mengambil tawaran pembeli iaitu 2925. Nah! Jika anda membeli pada 2928 dan menjual pada 2925, anda sebenarnya automatik rugi!



Untuk membuat tempahan harga, ada beberapa jenis yang boleh digunakan oleh para pelabur. Untuk kali ini, saya akan bincang satu jenis sahaja dahulu iaitu MARKET ORDER. Jenis yang lain akan diterangkan dalam bahagian yang lain.

Market order adalah sejenis tempahan harga dengan nilai yang terbuka. Ia adalah sejenis tempahan harga yang boleh dibuat semasa pre-matching period atau semasa pasaran sedang berjalan (running market).

Bila dikatakan Market Order sebagai tempahan harga dengan nilai yang terbuka, ia bermaksud trader akan menerima apa sahaja harga yang ditawarkan dipasaran semasa itu.

Jika Market Order dibuat semasa pre-matching period, harga yang akan diperolehi adalah apa sahaja harga yang "matching"kan oleh Bursa semasa pembukaan atau penutupan pasaran.

Jika Market Order dibuat semasa running market, trader akan mendapat harga yang ditawarkan semasa itu.



* Jika anda membuat BUY MARKET ORDER, maka tempahan anda akan terus dipadankan dengan harga penjual (asking price) yang ditawarkan semasa itu.
* Jika anda membuat SELL MARKET ORDER, maka tempahan anda akan terus dipadankan dengan harga pembeli (bidder price) yang ditawarkan semasa itu.



Ingat, dari segi pemasaan (timing), harga yang akan diperolehi melalui Market Order semasa running market adalah harga yang ditawarkan sewaktu tempahan dibuat di sistem oleh FBR; bukan semasa anda membuat tempahan kepada FBR.

Kebaikan Market Order : tempahan anda akan mendapat keutamaan pertama (highest priority) di sistem.

Keburukan Market Order : anda terpaksa menerima sahaja harga yang diberi oleh sistem.

Biasanya Market Order digunakan apabila trader mahu supaya tempahannya segera dipenuhi. Mungkin sebab takut terlepas peluang masuk market, mungkin sebab nak cepat-cepat cut loss atau sebab-sebab lain. Yang utamanya, Market Order digunakan untuk membolehkan tempahan harga dipenuhi secepat mungkin. Seperti yang dikatakan tadi, Market Order dikenalpasti oleh sistem sebagai keutamaan pertama (highest priority).

Read more...

FCPO-Contoh Urisniaga

Source:http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/contohurusniaga.htm

Terdapat beberapa urusniaga yang biasa diamalkan oleh para trader. Berikut adalah beberapa contoh urusniaga pasaran :

Intraday Trading

Urusniaga secara Intraday Trading bermaksud membuat urusniaga sama ada beli / jual kontrak dan ‘close’ pada hari yang sama. Berikut contoh Intraday Trading :Terdapat beberapa urusniaga yang biasa diamalkan oleh para trader. Berikut adalah beberapa contoh urusniaga pasaran :


Tarikh 2 Jun 2008

Open : 3510

High : 3570

Low : 3490

Close : 3550



10 : 30 am : 3510 (Open)

11 : 00 am : 3526

11 : 30 am : 3540

12 : 00 pm : 3570 (High)

12 : 30 pm : 3554



03 : 00 pm : 3545

03 : 30 pm : 3515

04 : 00 pm : 3500

04 : 30 pm : 3490 (Low)

05 : 00 pm : 3510

05 : 30 pm : 3525

06 : 00 pm : 3550 (Close)



10 : 30 am : Arahan pada FBR untuk ‘Buy Long’ 3 Lot pada harga 3510

11 : 30 pm : Arahan pada FBR untuk ‘Close’ 3 Lot tadi pada harga 3540

04 : 30 pm : Arahan pada FBR untuk ‘Sell Short’ 2 Lot pada harga 3490

05 : 00 pm : Arahan pada FBR untuk ‘Close’ 2 Lot tadi pada harga 3510



Untung / Rugi :



Sesi pagi

3540 – 3510 = (+)30 tick (1 tick = RM25)

30 X RM25 = RM750 / Lot

RM750 X 3 Lot = RM2250 (Untung)



Sesi Petang

3490 – 3510 = (-)20 tick (1 tick = RM25)

20 X RM25 = RM500 / Lot

RM500 X 2 Lot = RM1000 (Rugi)



Jumlah Untung / Rugi : RM2250 – RM1000 = RM1250 (Untung)


Overnight Trading

Overnight Trading bermaksud membuat urusniaga dan ‘close’ pada keesokan harinya atau selang beberapa hari. Contoh Overnight Trading :



Tarikh 2 Jun 2008

Open : 3510

High : 3570

Low : 3490

Close : 3550



Tarikh 3 Jun 2008

Open : 3540

High : 3590

Low : 3530

Close : 3540



2 Jun : Trader membuat arahan pada FBR untuk ‘Buy Long’ 4 Lot pada harga 3510

3 Jun : Trader membuat arahan pada FBR untuk ‘Close’ 4 Lot semalam pada harga

3540



Untung / Rugi :



3540 – 3510 = (+)30 tick (1 tick = RM25)

30 X RM25 = RM750 / Lot

RM750 X 4 Lot = RM3000 (Untung)



Tarikh 2 Jun 2008

Open : 3510

High : 3570

Low : 3490

Close : 3550



10 : 30 am : 3510 (Open)

11 : 00 am : 3526

11 : 30 am : 3540

12 : 00 pm : 3570 (High)

12 : 30 pm : 3554



03 : 00 pm : 3545

03 : 30 pm : 3515

04 : 00 pm : 3500

04 : 30 pm : 3490 (Low)

05 : 00 pm : 3510

05 : 30 pm : 3525

06 : 00 pm : 3550 (Close)



10 : 30 am : Arahan pada FBR untuk ‘Buy Long’ 3 Lot pada harga 3510

11 : 30 pm : Arahan pada FBR untuk ‘Close’ 3 Lot tadi pada harga 3540

04 : 30 pm : Arahan pada FBR untuk ‘Sell Short’ 2 Lot pada harga 3490

05 : 00 pm : Arahan pada FBR untuk ‘Close’ 2 Lot tadi pada harga 3510



Untung / Rugi :



Sesi pagi

3540 – 3510 = (+)30 tick (1 tick = RM25)

30 X RM25 = RM750 / Lot

RM750 X 3 Lot = RM2250 (Untung)



Sesi Petang

3490 – 3510 = (-)20 tick (1 tick = RM25)

20 X RM25 = RM500 / Lot

RM500 X 2 Lot = RM1000 (Rugi)



Jumlah Untung / Rugi : RM2250 – RM1000 = RM1250 (Untung)


Overnight Trading



Overnight Trading bermaksud membuat urusniaga dan ‘close’ pada keesokan harinya atau selang beberapa hari. Contoh Overnight Trading :



Tarikh 2 Jun 2008

Open : 3510

High : 3570

Low : 3490

Close : 3550



Tarikh 3 Jun 2008

Open : 3540

High : 3590

Low : 3530

Close : 3540



2 Jun : Trader membuat arahan pada FBR untuk ‘Buy Long’ 4 Lot pada harga 3510

3 Jun : Trader membuat arahan pada FBR untuk ‘Close’ 4 Lot semalam pada harga

3540



Untung / Rugi :



3540 – 3510 = (+)30 tick (1 tick = RM25)

30 X RM25 = RM750 / Lot

RM750 X 4 Lot = RM3000 (Untung)

Read more...

FCPO-Analisis Teknikal

Source:http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/analisisteknikal.htm


Data / Statistik


Sebelum membuat sesuatu analisis tekninal, seseorang trader perlu mendapatkan historical data harian untuk FCPO. Data ini boleh diperolehi daripada website Bursa Malaysia ataupun daripada FBR yang telah dilantik. Berikut adalah contoh historical data FCPO untuk bulan Januari, Februari dan Mac 2008 (Sumber dari website Bursa Malaysia) :




Chart

Selepas memperolehi historical data, langkah seterusnya adalah membuat analisis terhadap data tersebut. Ini bertujuan untuk mendapatkan indicator atau petunjuk untuk memasuki pasaran. Selain itu kita dalam melihat trend market pada ketika itu.



Chart adalah rekod data harga yang mana bila disusun dalam satu carta, akan menceritakan tabiat pasaran (market behaviour). Dengan adanya kompilasi tabiat pasaran di masa lepas, sedikit sebanyak kita dapat membuat anggaran tentang tabiat pasaran di masa hadapan. Jenis – jenis chart adalah seperti candlestick, kagi, point, figures bar dan line.

Disarankan agar tidak menggunakan chart dalam banyak jenis. Kekal dengan satu sudah memadai. Nasihat kepada novice, pilih satu market, dapatkan data untuk 30 hari. Selepas itu lukis dengan tangan. Kemudian setiap hari kumpul data dan lukis lagi dengan tangan. Teruskan untuk sekurang-kurangnya 2 minggu lagi. Insyallah kita akan mendapat market feel.

Data harian ini boleh boleh diperolehi daripada akhbar The Star dalam Starbiz Section. Data harian ini adalah untuk hari sebelumnya bermakna kita perlu mengambil data dari hari selasa hingga sabtu setiap minggu.
Semasa mengumpul data tersebut, ambil sekali data volume dan open interest. Kepentingannya akan dihuraikan kemudian.



Indikator

Indicator pula adalah rumusan tentang kekuatan arah sesuatu pergerakan pasaran (conclusion of market directional strength). Indicator biasanya dibina daripada formula matematik, selalunya berasaskan data bacaan akhir (closing data). Ada juga yang menggunakan data julat tinggi (high data) tetapi tidak digalakkan kerana data julat tinggi biasanya mengandungi data urusniaga yang ekstrem. Jenis indicator pula termasuklah Moving Average (simple, exponential), MACD, RSI, DMI, DMX, Bollinger Bands, Fibonacci (Fan, Retracements) dan lain-lain.

Bagi indicator, cari formula matematik di sebalik indicator pilihan kita itu. Seperti chart, buat kiraan dan lukis dengan tangan. Lukis indicator tu biar bertindih atau sebelah bawah chart. Yang penting kira pakai kalkulator dan lukis pakai tangan. Jangan sekali – kali menggunakan Microsoft Excel. Apabila telah mendapat feel nanti, kita akan sampai pada tahap di mana kita boleh target bila price close pada sekian harga serta apa yang akan terjadi pada indicator dan kesan bacaannya berbanding chart.

Walaupun remeh dan menyusahkan tapi ini satu proses yang amat penting. Kemudian hari, ianya amat berguna dalam menentukan guna-pakai sesuatu support lines dan resistance lines (dihuraikan kemudian). Sekiranya telah mahir dengan satu indicator, cuba pula dengan indicator lain. Dalam amalan profesional nanti, gunakan sekurang-kurang 2 indicator tapi tidak lebih daripada 3.


Volume dan Open Interest


Volume dan Open Interest yang dimaksudkan disini adalah merujuk kepada volume dan open interest harian.

Volume adalah jumlah keseluruhan kontrak (berapa lot) yang didagangkan pada sesuatu hari. Jumlah ini adalah jumlah yang MERANGKUMI KEDUA - DUA BUY DAN SELL pada hari itu.

Apabila market jatuh, SALAH jika kita anggap volume adalah merujuk kepada berapa lot yang dijual. Begitu juga, SALAH untuk menganggap yang volume menunjukkan jumlah lot yang dibeli apabila harga pasaran adalah menaik. Volume boleh membantu sebagai penunjuk aras minat trader terhadap pasaran.

Volume yang TINGGI pada pergerakan harga yang besar KE ATAS, menunjukkan pergerakan harga yang SEJATI. Volume yang TINGGI pada pergerakan harga yang besar KE BAWAH, menunjukkan pergerakan harga yang SEJATI.

Volume yang RENDAH pada pergerakan harga yang besar KE ATAS, menandakan kemungkinan pergerakkan harga adalah DIBUAT - BUAT. Volume yang RENDAH pada pergerakan harga yang besar KE BAWAH, menandakan kemungkinan pergerakkan harga adalah DIBUAT-BUAT.

Open interest menunjukkan jumlah kontrak yang masih dipegang oleh trader pada akhir sesuatu hari trading, merangkumi kontrak yang telah dibeli atau telah dijual.



Apabila open interest dikesan MENINGKAT secara ketara, kita boleh membuat anggapan bahawa aliran utama (pada daily chart dan weekly chart) pada masa itu AKAN BERTERUSAN. Apabila open interest dikesan menurun dengan ketara, kita boleh membuat tanggapan bahawa aliran utama (trend pada daily chart dan weekly chart) pada masa itu AKAN BERAKHIR.

Perubahan ketara dalam open interest BUKANLAH penanda perubahan aliran yang mutlak (NOT AN ABSOLUTE REVERSAL SIGNAL) tetapi ia boleh dianggap sebagai PETANDA AWAL untuk kita mengambil ingat; lebih peka pada perubahan dalam chart, indicator dan trend. Ia juga sebagai mengingatkan kita supaya bersedia untuk merangka trading plan alternatif atau yang baru.


PIVOT POINT SEBAGAI SUPPORT DAN RESISTANCE


Support adalah di mana tahap harga akan disokong oleh kebanyakan pembeli untuk membuat belian. Pada tahap support, kebarangkalian untuk harga bergerak ke bawah adalah kecil, sekaligus membeli untuk mendapat untung adalah pertimbangan yang bijak.

Resistance adalah di mana tahap harga akan ditekan oleh kebanyakan penjual dengan cara membuat jualan. Pada tahap resistance, kebarangkalian untuk harga bergerak ke atas adalah kecil, sekaligus menjual untuk mendapat untung adalah pertimbangan yang juga bijak.

Sebagai peniaga FCPO, lazimnya akan membuat target terhadap tahap support dan resistance selain menentukan trend. Mengenal pasti support dan resistance dapat membantu peniaga memilih tempat masuk pasaran (point of entry) dan tempat keluar pasaran (point of exit).

Terdapat dua kaedah popular bagi mengenal pasti support dan resistance. Pertama, dengan kaedah kajian sikap pergerakan harga (price movement behaviour pattern).

Pivot Point adalah adalah lebih objektif dan hanya memerlukan sedikit data dan pengiraan. Bagi novice, mungkin lebih selesa dengan kaedah ini.

Pivot Point hanya memerlukan data harian iaitu high, low dan close. Justeru Pivot Point perlu dikira setiap hari. Untuk Pivot Point yang akan digunakan hari ini, data high, low dan close semalam diperlukan. Berikut adalah formulanya :

H = high bagi data semalam
L = low bagi data semalam
C = harga ditutup semalam

P = Pivot Point
P = (H + L + C ) / 3

R1 = Tahap resistance pertama
R1 = (P x 2) - L

S1 = Tahap support pertama
S1 = (P x 2) - H

R2 = Tahap resistance kedua
R2 = P + (R1 - S1)

S2 = Tahap support kedua
S2 = P - (R1- S1)

R3 = Tahap resistance ketiga
R3 = R2 + H - L

S3 = Tahap support ketiga
S3 = S2 - H + L

Sebagai kaedah mudah, anggapkan :



1. Harga dibuka pada aras lebih tinggi dari P, maka hari berkenaan kemungkinan besarnya adalah menaik (bullish).
2. Harga dibuka pada aras lebih rendah dari P, maka hari berkenaan kemungkinan besarnya adalah menurun (bearish).
3. S3, S2, S1, P, R1, R2 dan R3 adalah dalam susunan menaik. Anggapkan paras-paras harga berkenaan adalah tangga dimana harga menaik atau menurun; sepertimana paras support dan resistance yang biasa. (Perhatian bahawa P itu sendiri adalah juga support / resistance)


MENCARI TREND UTAMA


Trend (arah aliran harga pasaran) yang utama hanya dapat dilihat pada carta mingguan dan harian. Beberapa perkara yang perlu ditimbangkan semasa mencari trend utama ini adalah :

1. Guna carta tanpa indicator. Terutamanya novice, indicator boleh menjadi gangguan kepada pandangan dan penilaian.

2. Pandang carta dengan mata kanak-kanak berumur sepuluh tahun.

3. Perhatikan warna candlestick (terutamanya 20 - 25 candlestick terakhir). Dari kiri ke kanan carta , yang mana lebih banyak - up candle atau down candle.

4. Perhatikan panjang candlestick (terutamanya 20 - 25 candlestick terakhir). Majoriti candle panjang adalah up candle atau down candle.

5. Harga naik-turun bukan secara lurus tetapi secara kitaran atas dan bawah. Perhatikan kitaran turun-naik harga (terutamanya 20 - 25 candlestick terakhir) ; semakin lama kitaran manakah yang semakin pendek/kecil dan kitaran manakah yang semakin panjang/besar. (memerhatikan bukaan/tempoh kitaran)

6. Merujuk kepada #5, perhatikan samaada kitaran harga menjadi semakin tinggi atau semakin rendah. (memerhatikan ketinggian/paras harga kitaran)

7. Setiap kitaran naik mempunyai puncak kitaran. Perhatikan samada puncak kitaran adalah semakin tinggi atau semakin rendah (terutamanya 20 - 25 candlestick terakhir).

8. Setiap kitaran turun mempunyai dasar kitaran. Perhatikan samada dasar kitaran adalah semakin tinggi atau semakin rendah (terutamanya 20 - 25 candlestick terakhir).


SMA : SIMPLE MOVING AVERAGE

SMA adalah singkatan kepada Simple Moving Average. SMA adalah merujuk kepada nilai purata sesuatu harga tertentu. Contohnya SMA 10 merujuk kepada nilai purata 10 data terakhir. Manakala SMA 25 merujuk kepada nilai purata 25 data terakhir.



Biasanya data yang digunakan adalah data penutupan (close/settlement). Jika kita merujuk kepada carta harian maka data penutupan adalah data penutupan bagi 10 hari terakhir atau data penutupan bagi 25 hari terakhir. Jika kita merujuk kepada carta 15minit, maka data penutupan berkenaan merujuk kepada 10 atau 25 data terakhir bagi setiap data 15 minit.



Setiap kali data harian atau data 15 minit ini dikumpulkan, maka kita boleh membuat pengiraan SMA yang baru. Pada akhirnya kita akan memperolehi satu siri data SMA yang berturut. Data SMA yang berturut ini pula, apabila diplotkan di atas kertas graf atau carta akan memberikan satu garis. Garis inilah yang kita namakan sebagai garis SMA.



Bagi mengelakkan kekeliruan, penggunaan SMA adalah tidak terhad kepada SMA 10 atau SMA 25 sahaja. Malah SMA juga tidak terhad kepada mana-mana timeframe yang khusus. SMA boleh digunakan pada apa jua nilai indikator dan pada mana -mana jua timeframe carta.



Kebiasaannya garis SMA ini diplotkan secara bertindih dengan carta candlestick. Secara teorinya, SMA adalah garis yang menyatakan purata kepada pergerakan harga. Pada SMA 10, garis SMA adalah garis purata kepada 10 pergerakan harga (10 candlestick - merujuk kepada nilai close sahaja). Begitu juga bagi SMA 25, garis SMA merujuk kepada garis purata kepada 25 pergerakan harga (25 candlestick - merujuk kepada nilai close sahaja).



Kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa lebih besar nilai SMA yang digunakan, maka ia merujuk kepada purata jangkamasa lebih panjang. Sebaliknya lebih kecil nilai SMA yang digunakan, maka ia merujuk kepada purata jangkamasa yang lebih pendek.



Justeru, jika anda merupakan seorang yang memilih untuk berurusniaga dalam trend lebih panjang, anda akan memilih SMA yang lebih besar nilainya. Begitu juga sebaliknya jika anda lebih gemar berurusniaga dalam tempoh trend yang lebih pendek, anda tentukan akan mengguna pakai SMA yang lebih kecil nilainya.



Berikut adalah dua carta candlestick yang mengggunakan SMA yang berbeza :



SMA 25



SMA 60



SMA boleh membantu kita mengenali trend. Rujuk kepada carta - carta di atas. Pada masa SMA berada di bawah candlestick, pergerakan harga adalah di dalam trend ke atas. Apabila SMA berada di atas candlestick, pergerakan harga adalah di dalam trend ke bawah.



Ada juga masanya SMA dan candlestick saling memotong secara berulang-ulang dengan kerap. Ini dinamakan pergerakan harga dalam trend mendatar. SMA juga dapat membantu kita mengenalpasti dan memilih pemasaan untuk membeli atau menjual. Sekali lagi rujuk kepada carta-carta di atas.



Apabila SMA memotong candlestick dari atas ke bawah, ini menandakan peralihan trend dari down trend kepada up trend. Ini adalah masa untuk kita membeli. Begitu juga sebaliknya apabila SMA memotong candlestick dari bawah ke atas, ini menandakan peralihan trend dari up trend kepada down trend. Ini adalah masa untuk kita menjual.



Tentunya, membandingkan antara kedua-dua carta di atas, penggunaan SMA 25 dan SMA 60 memberikan pembacaan yang berbeza dalam aspek trend mahupun pemasaan untuk membeli / menjual. Di sebabkan itu, amatlah penting bagi seseorang peniaga FCPO mengenal pasti diri sebagai seorang peniaga dalam trend jangka pendek ataupun peniaga dalam trend yang lebih panjang tempohnya.

Mungkin kita mempunyai jangkamasa sendiri yang lebih sesuai semasa berurusniaga. Adalah digalakkan agar seseorang itu mencuba dengan sendiri, apakah timeframe carta dan parameter SMA yang paling sesuai dengan kaedah tradingnya.



Walaupun SMA adalah indikator yang amat popular dan digunakan secara meluas, ia juga mempunyai kelemahan. Prinsip membeli dan menjual pada masa SMA memotong candlestick tidak boleh digunakan semasa trend di dalam keadaan mendatar. Ini kerana, seperti yang disebutkan di atas, pada masa trend mendatar, SMA dan candlestick akan saling memotong secara berulang dan kerap. Justeru kita perlulah memastikan, apabila berlaku pemotongan antara SMA dan candlestick, adakah ianya akan membentuk trend ke atas, ke bawah ataupun trend mendatar.



Kelemahan SMA dalam kes trend mendatar ini dapat diatasi dengan beberapa variasi SMA dan juga penggunaan indikator ADX. Perkara-perkara ini akan di bincangkan dalam tajuk-tajuk yang berasingan.

SMA vs EMA

SMA telah diperjelaskan dalam topik sebelum ini, bermaksud Simple Moving Average. SMA adalah purata mudah bagi sebilangan data.



Apa pula EMA? EMA adalah singkatan kepada Exponential Moving Average. EMA masih lagi merujuk kepada purata sesuatu bilangan data. Walau bagaimanapun, berbeza dengan SMA yang mengambil kira purata secara mudah, EMA menggunakan pendarab tertentu dalam pengiraannya.



Pendarab ini akan menyebabkan data yang terkini menjadi lebih diutamakan berbanding data yang terdahulu. Dalam istilah matematiknya proses ini dinyatakan sebagai meletakkan pemberat (weighted) kepada data yang lebih terkini.



Sebagai contoh, kita lihat perbandingan antara SMA 25 dan EMA 25.



Dalam SMA 25, kesemua 25 data adalah dikira sebagai samarata kepentingannya. Maka puratanya di kirakan sebagai purata mudah (di bahagi dengan 25).



Bagi EMA 25, data ke dua puluh lima diletakkan pemberat sebagai lebih besar pengaruhnya berbanding data pertama (data pertama adalah data terawal dalam pengiraan manakala data 25 adalah data terkini dalam pengiraan). Secara prinsip, begitulah perbandingannya.



Secara asasnya, SMA dan EMA digunakan dengan cara yang sama. Kedua-duanya dilukis bertindan dengan candlestick. Kedua-duanya juga boleh digunakan sebagai penanda trend dan penanda masa belian atau jualan (sila rujuk tajuk sebelum ini). Malah EMA mempunyai kelemahan yang sama seperti SMA iaitu tidak sesuai digunakan sebagai penanda masa belian/jualan semasa trend dalam keadaan mendatar.



Jadi apakah bezanya menggunakan SMA dan EMA. Apabila kita meneliti formula pengiraan kedua-duanya, kita dapat memperolehi jawapannya.



Sebagai penanda purata mudah, SMA lebih mengutamakan arah pergerakan harga dalam sesuatu tempoh masa semata-mata. Manakala EMA yang mengenakan pemberat kepada data yang lebih terkini, mengutamakan perubahan dalam pergerakan harga. Dalam pengiraan matematik, SMA dan EMA tidak memberi hasil purata yang ketara perbezaannya.



KESIMPULANNYA, EMA ADALAH LEBIH SENSITIF KEPADA PERGERAKAN HARGA BERBANDING SMA.





Berikut adalah carta yang membandingkan SMA dan EMA yang mempunyai parameter yang sama iaitu 25. SMA 25 digambarkan dengan garis berwarna kuning manakala EMA 25 digambarkan dengan garis berwarna coklat.


Pada perubahan trend, SMA selalunya memotong candlesticks pada pemasaan yang lebih lambat. Walau bagaimanapun, garisnya adalah lebih licin (smooth) iaitu hanya berkeluk pada perubahan-perubahan harga yang penting sahaja.



Pada perubahan trend, EMA kebiasaannya memotong candlesticks pada pemasaan yang lebih cepat. Memandangkan sifatnya yang lebih sensitif, garisnya mempunyai lebih banyak keluk walaupun pada perubahan harga yang tidak begitu ketara.



Kebiasaannya, peniaga tidak memberi perhatian kepada perbezaan SMA dan EMA ini. Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa SMA dan EMA tidak memberi perbezaan yang ketara maka tidak ada beza mana satu yang digunakan. Malah ramai juga yang hanya terikut-ikut sahaja apabila menggunakan SMA atau EMA.



Apa yang perlu ditekankan di sini ialah betapa pentingnya seseorang itu memilih untuk menjadi seorang peniaga samada secara jangka pendek atau jangka panjang. Keputusan ini akan menentukan toleransi seseorang itu kepada risiko, timeframe carta yang akan digunakannya malah strategi urusniaganya sekalipun.



Sekiranya kita memilih untuk berurusniaga sebagai peniaga jangka pendek, EMA adalah lebih sesuai. Begitu juga sebaliknya jika kita ingin berurusniaga dalam jangkamasa lebih panjang, SMA adalah lebih sesuai. Ini adalah prinsip yang digunapakai oleh peniaga profesional secara meluas.



Sebagaimana sebelumnya, digalakkan agar membuat kajian, manakah satu antara SMA dan EMA yang sesuai untuk kita. Sesebuah model kereta yang baru perlu melalui sesi pandu uji sebelum dihasilkan secara besar-besaran untuk pasaran. Malahan, setiap kereta yang dihasilkan secara besar-besaran ini pun perlu dipandu uji sebelum dihantar ke wakil penjual.

PENGGUNAAN DUA SMA

Penggunaan dua SMA serentak, umumnya adalah agak meluas. Namun sebalik penggunaan SMA dengan kaedah ini, ramai yang menjadi semakin keliru.

Keliru disebabkan oleh dua perkara. Pertamanya, sukar untuk menentukan pasangan perimeter yang sesuai untuk digunakan. Keduanya, pembacaan SMA didapati semakin kompleks dan lebih sukar untuk diintepretasi.

Meneruskan pembacaan anda di sini akan lebih mengelirukan jika tidak mempunyai asas yang kukuh di dalam kajian SMA. Justeru bagi mereka yang berkenaan, sila rujuk dan fahami dahulu tajuk terdahulu berkenaan sebelum meneruskan kajian dalam penggunaan dua SMA secara serentak ini.

Umumnya ada dua pendekatan semasa menggunakan dua SMA serentak. Pendekatan pertama adalah pendekatan yang dinamakan sebagai pendekatan silang. Pendekatan kedua pula dinamakan sebagai pendekatan trend.

PENDEKATAN SILANG



Sebagai contoh kami akan menggunakan carta 15 minit dengan menggunakan dua SMA serentak iaitu SMA 25 dan SMA 35. Sila beri perhatian bahawa dalam pendekatan ini, nilai parameter kedua-dua SMA adalah tidak sama tetapi tidak jauh beza nilainya. Sebaik-baiknya perbezaan nilai kedua-dua SMA itu tidak lebih daripada 15.



Sifat SMA sebagai penentu trend digunakan pada kedua - dua SMA. Apabila kedua-dua SMA berada di atas candlestick maka trend adalah berada di dalam keadaan menurun. Apabila kedua-dua SMA berada di bawah candlestick maka trend adalah berada dalam keadaan menaik.

Apabila candlestick berada berada di antara kedua - dua SMA, ia bermaksud pergerakan harga akan membuat keputusan penting samada mahu menukar trend atau tidak. Dalam keadaan ini, peniaga biasanya akan membuat pemerhatian secara lebih dekat samada untuk membeli atau menjual.

Merujuk kepada kelemahan SMA di dalam trend mendatar, perkara yang sama juga perlu diberi perhatian apabila menggunakan dua SMA serentak. Manakala sifat SMA sebagai penanda beli / jual pula menjadi kurang penting. Bagi menggantikan kekurangan ini, persilangan kedua-dua SMA akan menjadi petunjuk baru untuk membeli/menjual.

Apabila SMA pendek (SMA 25) memotong SMA panjang (SMA 35) dari BAWAH ke ATAS maka ia adalah petanda untuk membeli. Petanda ini adalah petanda yang ideal apabila berlaku di bawah candlestick.

Apabila SMA pendek (SMA 25) memotong SMA panjang (SMA 35) dari ATAS ke BAWAH maka ia adalah petanda untuk menjual. Petanda ini adalah petanda yang ideal apabila berlaku di atas candlestick.

Bagi mencari parameter yang sesuai untuk pasangan SMA masing-masing, cari dahulu SMA panjang yang sesuai. Apabila parameter SMA panjang telah ditentukan, dapatkan parameter SMA pendek dengan membuat ujian. Fokus ujian adalah untuk mendapatkan SMA pendek yang memotong SMA panjang dalam keadaan yang paling sedikit risikonya.

Yang utamanya, SMA pendek dan SMA panjang mempunyai perbezaan parameter tidak melebihi nilai 15. Kita mungkin perlu menguji setiap satu nilai perbezaan berbanding parameter SMA panjang (sehingga 15 kali) bagi mendapatkan pasangan SMA yang terbaik.

Di dalam penggunaan dua SMA secara serentak, pendekatan silang ini adalah pendekatan yang digunakan secara lebih meluas berbanding pendekatan trend. Ini kerana pendekatan silang adalah kurang kompleks dan lebih jelas.

Walau bagaimanapun, kerap kali pendekatan silang ini gagal dimanfaatkan sepenuhnya kerana ramai yang tidak mempunyai pemahaman jelas tentang kelemahannya. Perlu diingat kelemahan utama SMA adalah apabila di dalam trend mendatar.

Sebagai contoh, trend ke atas boleh berubah samada kepada trend menurun atau trend mendatar. Dalam keadaan normal, kebarangkalian perubahan kepada trend menurun adalah 50% manakala kebarangkalian perubahan kepada trend mendatar adalah juga 50%.

Jika kita membuat kajian secara ke belakang (back-study), kita akan mendapati, dalam setiap 10 kali persilangan antara SMA, antara satu hingga empat kali daripadanya adalah berubah kepada trend mendatar. Begitu juga dalam 10 kali pemotongan SMA dengan candlestick, antara satu hingga empat kali daripadanya adalah berubah kepada trend mendatar.

Oleh itu penentuan trend adalah tidak semudah mengesan bila SMA memotong ke atas atau ke bawah candlestick. Penentuan petanda beli atau jual juga tidak semudah SMA pendek memotong SMA panjang.

Justeru, kaedah ini sebenarnya lebih sesuai kepada peniaga yang membuat urusniaga dalam tempoh pendek (short term). Malah pendekatan ini sesuai hanya jika peniaga mahu berurusniaga dalam kekerapan yang tinggi.

PENDEKATAN TREND


Dalam perbincangan ini, kami menggunakan carta 15 minit dengan menggunakan dua SMA serentak iaitu SMA 90 dan SMA 25. Sila beri perhatian bahawa dalam pendekatan ini, nilai parameter kedua-dua SMA adalah tidak sama dan jauh beza nilainya.

SMA yang lebih panjang (SMA 90) adalah bersifat sebagai petunjuk trend. Manakala SMA yang lebih pendek (SMA 25) adalah bersifat pengukur trend (trend meter). Jarak nilai SMA antara kedua-dua garis ini tidak khusus tetapi sifat setiap SMA sebagai petunjuk trend dan pengukur trend perlu diberi perhatian.



SMA secara sendirian digunakan sebagai penentu trend dan juga sebagai petunjuk kepada untuk membeli dan menjual. Secara tidak langsung, melalui pendekatan ini, kita telah mengasingkan sifat SMA itu sendiri.

Secara umumnya, pendekatan ini menggunakan langkah-langkah dalam turutan berikut:

1. Mengenal pasti trend.
2. Hanya memasuki urusniaga mengikut trend sahaja
3. Memasuki urusniaga apabila kedua-dua SMA berada di atas harga pasaran(bagi jual) atau
4. Memasuki urusniaga apabila kedua-dua SMA berada di bawah (bagi beli) paras harga.
5. Keluar daripada urusniaga apabila kedudukan kedua-dua SMA tidak berada dalam keadaan seperti langkah 3.



Sila rujuk carta, DARI KIRI KE KANAN.

Dalam kedudukan SMA 90 di atas paras harga, trend menurun telah bermula. Apabila SMA 25 memotong SMA 90 dari atas ke bawah, ini adalah titik untuk memasuki urusniaga dengan menjual.

Seterusnya perhatikan bagaimana SMA 25 memotong harga ke bawah. Pada masa ini SMA 90 masih lagi di atas harga. Ini bermaksud bahawa trend ke bawah masih lagi utuh tetapi mula melemah. Pada masa ini kita harus membeli untuk keluar daripada urusniaga tadi. Kini urusniaga telah dilengkapkan dan sekarang berada diluar pasaran.

Seterusnya perhatikan pula, apabila harga mendekati SMA 90, pergerakan harga ke atas terhenti dan ia mula bergerak ke bawah semula. Apabila SMA 25 memotong harga ke bawah sekali lagi, ini adalah tempat memasuki pasaran semula dan menjual lagi. Pada masa ini, interpretasi yang sewajarnya adalah trend ke bawah masih utuh dan akan memulakan gelombang kedua bagi pergerakan harga ke bawah.

Kemudiannya, apabila harga menaik semula, SMA 25 memotong harga ke bawah. Ini menandakan trend ke bawah telah menjadi lemah semula. Pada masa ini kita sepatutnya membeli untuk melengkapkan urusniaga buat kali kedua. Sekali lagi kita telah berada di luar pasaran. Akhir sekali, apabila SMA 90 memotong harga ke bawah, trend kebawah boleh ditakrifkan sebagai telah bertukar kepada trend menaik. Walau bagaimanapun, tidak disyorkan untuk membeli.

Hanya apabila SMA 25 telah memotong SMA 90 keatas, barulah sesuai masanya untuk memasuki pasaran dengan membeli. Jelas di sini, SMA 90 hanya digunakan sebagai penentu trend. SMA 25 pula berperanan untuk mengukur kekuatan trend tadi.

Bagi mencari parameter yang sesuai untuk dua SMA anda, secara visualnya elakkan dari mencuba secara berpasangan. Cuba cari parameter SMA yang sesuai bagi trend dan pengukur trend secara berasingan. Apabila telah berpuashati dengan dua parameter yang berbeza, barulah gabungkan kedua-dua SMA dan buat penilaian baru dari segi kesesuaian.

Pendekatan ini benar-benar bergantung kepada trend secara sepenuhnya. Oleh itu ia lebih sesuai untuk mereka yang menggemari urusniaga dalam tempoh yang lebih panjang. Pendekatan ini juga tidak membenarkan kekerapan yang tinggi dalam bilangan urusniaga tetapi lebih mengutamakan pulangan yang stabil dengan risiko yang lebih kecil berbanding dengan pendekatan silang.


Berikut adalah carta 15 minit untuk pendekatan silang yang menggunakan SMA 25 dan SMA 35.



Persilangan SMA 25 dan 35 berlaku pada 16hb Julai 2008. Sejak daripada tarikh itu, pasaran kekal dengan kedudukan atau susunan harga di bawah sekali diikuti SMA 25 diatasnya manakala SMA 35 adalah di atas sekali. Ini bermakna trend ke bawah masih kekal.

Dengan mengekalkan prinsip memasuki pasaran mengikut arah trend, point jual di cari untuk memasuki urus niaga. Manakala titik membeli adalah digunakan untuk keluar dari urusniaga. BUKAN SEBALIKNYA.

Pada akhir 18hb Julai 2008, harga pasaran di tutup dengan bersentuhan di SMA 25. Peniaga agresif akan mengekalkan pegangannya kerana trend belum berubah.

Manakala peniaga konservatif akan keluar dahulu dari pasaran. Maklumlah, jarak harga pada masa itu untuk memotong SMA 35 adalah tidak jauh. Dalam sekitar 10 tick sahaja.

Pada hari niaga berikutnya, 21hb Julai 2008, harga dibuka jauh ke bawah. Peniaga sepatutnya turut menjual pada masa ini. Terbukti, harga tidak bergerak ke atas dan memotong SMA 25 dan SMA 35 sebaliknya meneruskan trend ke bawah. Jika penjualan di buat pada masa tersebut, kedudukan urusniaga berkenaan masih di dalam keadaan untung.

Berikut adalah carta 15 minit untuk pendekatan trend yang menggunakan SMA 25 dan SMA 90.


Persilangan SMA 25 dan 90 juga berlaku pada 16hb Julai 2008. Sejak daripada tarikh itu, pasaran kekal dengan kedudukan atau susunan harga di bawah sekali diikuti SMA 25 diatasnya manakala SMA 90 adalah di atas sekali. Ini bermakna trend ke bawah masih kekal.

Justeru, pegangan urusniaga jual pada hari Rabu lepas sepatutnya dikekalkan sehingga ke hari ini. Bagi peniaga agresif, urusniaga jualan akan di tambah bila pasaran dibuka pada 18hb dan 21hb Julai 2008. Manakala peniaga konservatif akan kekal menyimpan pegangan jualan mereka kerana pasaran masih kekal dalam keadaan trend ke bawah.

Justeru, ia adalah lebih sesuai bagi mereka yang berurusniaga secara sambilan kerana ia tidak memerlukan pengawasan pasaran yang ketat. Di sini kami ingin mengingatkan agar tidak menggunakan pendekatan ini dalam trend mendatar. Selain itu, adalah baik jika dapat membuat back-testing sebelum menggunakan pendekatan ini dalam urusniaga yang sebenar.


Penutup


Paper trading adalah satu usaha yang baik kerana ia tidak membebankan kita dengan risiko wang ringgit. Masa yang dihabiskan untuk paper trading akan menjadi berbaloi apabila dapat mempelajari bagaimana untuk meminimakan risiko dan memaksimakan untung.



Segala analisis teknikal yang anda lihat dan baca di atas juga adalah secara teori sahaja. Anda perlu perlu mempraktikkannya agar lebih mudah untuk difahami. Kami harap ianya akan dapat membantu dalam memberi info yang berguna untuk anda menjalankan urusniaga FCPO. Ada banyak lagi analisis teknikal yang boleh dihuraikan tetapi kami hanya menghuraikan secara asas sahaja khas kepada newbie atau orang baru. Jika ingin mendalami analisis teknikal dengan lebih lanjut, sila hadiri kursus – kursus yang ditawarkan oleh pihak yang berkaitan. Selamat berjaya. Wassalam.

Read more...

FCPO-Vendor

Source:http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/senaraivendor.htm

Berikut adalah senarai Vendor yang dilantik secara sah oleh Bursa Malaysia sebagai penyedia “Real Time Market Information”. Perkhidmatan ini adalah sebagai “ trading tool ” yang amat penting kepada trader untuk mendapatkan pergerakan harga urusniaga FCPO secara “ real time ”. Trader boleh melanggan perkhidmatan ini dari mana – mana Vendor seperti jadual di bawah dengan bayaran sewa langganan secara bulanan.


Maklumat Vendor/Website

BARCLAYS BANK PLC SINGAPORE


www.barclays.com

BERNAMA SYSTEMS & SOLUTIONS ADVISOR SDN BHD


www.bessar.com.my

BLOOMBERG L.P


www.bloomberg.com

CQG INC


www.cqg.com

DMG & PARTNERS SECURITIES PTE LTD


www.dmgaps.com.sg

DTN, INC


www.dtn.com

EXCEL FORCE MSC BHD


www.excelforce.com.my

FINEXASIA.COM SDN BHD


www.osk188.com

GL TRADE


www.gltrade.com

INTERACTIVE DATA CORPORATION


www.interactivedata.com

MARKIT, N.V


www.markit.com

N2N GLOBAL SOLUTIONS SDN BHD (wef 1 Nov 2008)


www.n2nconnect.com

NATIONAL TECHNOLOGY GROUP


www.ntgegypt.com

NEXTVIEW SDN BHD


www.thenextview.com

REUTERS LIMITED


www.reuters.com

SIX TELEKURS LTD


www.telekurs.com

TELEQUOTE (M) SDN BHD


www.my.tq.net

TENFORE SYSTEMS LIMITED


www.tenfore.com

Read more...

FCPO-Broker

Source:http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/senaraibroker.htm

Senarai Futures Broker (Trading House)

AmFutures Sdn Bhd
15th Floor,
Bangunan AmBank Group
55 Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur


Tel: 603 9235 3235
Fax: 603 2032 3221


Tel: 603 9235 3223
Fax: 603 2032 3221

futures@ambg.com.my

JF Apex Securities Bhd
6th Floor Menara Apex
Off Jalan Semenyih
Bukit Mewah
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan


Tel: 603 8732 3218
Fax: 603 8733 2926


Tel: 603 8734 1261
Fax: 603 873 60732

apexfutures@jfapex.com.my

CIMB Futures Sdn Bhd
9th Floor, Commerce Square
Jalan Semantan
Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur


Tel: 603 2084 9999
Fax:603 2093 7782


Tel: 603-2093 2968
Fax: 603-2094 6368

futures@cimb.com

ECM Libra Investment Bank Bhd
1st, 2nd & 3rd Floor
Wisma Genting
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur


Tel: 603 2178 1921
Fax: 603 2031 7323


Tel: 603 2711 9726
603 2178 1926
Fax: 603 2715 0873

Fedrums Sdn Bhd
PLO 338,
Jalan Tembaga Dua
Kawasan Perindustrian Pasir Gudang
P O Box 80
81707 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim


Tel: 607 268 8222
Fax: 607 251 4970




Fontannaz Futures Sdn Bhd
Suite 22-2, 22nd Floor,
Wisma UOA II
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur


Tel: 603 2710 9722
603 2710 9723
603 2163 4866
Fax: 603 2715 0873
603 2163 4873


Tel: 603 2711 9726
Fax: 603 2715 0873

ftzfut@po.jaring.my


HDM Futures Sdn Bhd
Tingkat 16 (Sebahagian),
Plaza Masalam
2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah
E9 / E Section 9
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan


Tel: 603 5519 3398
Fax: 603 5511 5002


Tel: 603 5519 3398
Fax: 603 5511 5002

smtai@hdbs.com.my


HLG Futures Sdn Bhd
Level 6, Menara HLA
No.3, Jalan Kia Peng
50450 Kuala Lumpur


Tel: 603 2163 6288
Fax: 603 2161 8109


Tel: 603 2163 6288
Fax: 603 2161 8109

futures@hlgs.hongleong.com.my

Innosabah Options Futures Sdn Bhd
11 Equity House,
Block K Sadong Jaya,
Karamunsing
88100 Kota Kinabalu,
Sabah


Tel: 088 267 163
Fax: 088 267 162


Tel: 6088 267 163
Fax: 6088 267 162

ifsb@innosabah.com.my


Inter-Pacific Securities Sdn Bhd
West Wing, Level 13,
Berjaya Times Square
No. 1, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur


Tel: 603 2117 1838
Fax: 603 2144 1686


Tel: 607 222 8199
Fax: 607 222 0033

edwinlee@interpac.com.my

JPMorgan Securities (Malaysia) Sdn Bhd
Menara Dion, Level 27
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur


Tel: 603 2270 4732
Fax: 603 2270 4282


Tel: 65 6882 2041
Fax: 65 6223 2712

david.l.strachan@jpmorgan.com

Kenanga Deutsche Futures Sdn Bhd
3 - 10 & 16 Floor
Kenanga International
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur


Tel: 603 2162 7000
(Clearing)
603 2162 6000
(Dealing)
Fax: 603 2164 9799
(Clearing)
603 2164 9798
(Dealing)


Tel: 603 2162 6000
Fax: 603 2164 9798

futures@kenanga.com.my

NHG-Huafu Futures & Options S/B
Level 6, Menara Hap Seng
Jalan P.Ramlee
50250 Kuala Lumpur


Tel: 603 2054 1601
Fax: 603 2072 0802


Tel: 603 2054 1718
Fax: 603 2072 0802

reneeling@nhg-huafu.com.my


Okachi (M) Sdn Bhd
51A & B 51st Floor
Empire Tower
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur


Tel: 603 2164 4633
Fax: 603 2770 9866


Tel: 603 2164 4633
Fax:603 2770 9866

info@okachi.com.my


Oriental Pacific Futures Sdn Bhd
Suite 21-7, Level 21
Wisma UOA II
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur


Tel: 603 2162 3512
Fax: 603 2162 3584


Tel: 603 2162 3606
Fax: 603 2162 3584

rickychin@opf.com.my


OSK Investment Bank Bhd
Tingkat 9, 12 (Sebahagian) & 21,
Plaza OSK
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur


Tel: 603 2333 8205
603 2333 8391
Fax: 603 2175 3333


Tel: 603 2164 2002
Fax: 603 2175 3209

futures@osk.com.my

Phillip Futures Sdn Bhd
B-2-6, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur


Tel : 03-2162 1628
Fax : 03-2162 1678


Tel: 603 2162 1628
Fax: 603 2162 1678

phillipfutures@poems.com.my


RHB Investment Bank Bhd
Level 10
Tower One RHB Centre
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur


Tel: 603 9280 2529
Fax: 603 9286 1845


Tel: 603 9281 0088
Fax: 603 9286 1845

lee.yew.kong@
rhbinvestmentbank.com

Sunny Futures Sdn Bhd
Suite 21-9 & 21-10,
21st Floor,
Wisma UOA II
No. 21 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur


Tel: 603 2164 4468
603 2164 4469
603 2164 4470
603 2164 4472
Fax: 603 2164 4590


Tel: 603 2164 4468
Fax: 603 2164 4590

info@sunnyfutures.com.my


TA Futures Sdn Bhd
32nd Floor, Menara TA One
22 Jalan P Ramlee
50250 Kuala Lumpur


Tel: 603 2072 4831
603 2026 1919
Fax: 603 2072 5001


Tel: 603 2072 4832
Fax: 603 2072 5001

tafutures@ta.com.my

Read more...

FCPO-Penyeliaan

Source:http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/penyeliaan.htm

Penyeliaan Terhadap Operasi Urusniaga Pasaran Hadapan



Apabila seseorang pelabur hendak membuat pelaburan dalam FCPO, dia perlu mendapatkan seorang FBR (Futures Broker Representative – gaji bulanan) atau CFBR (Commissioned FBR - komisyen). FBR dan CFBR ini adalah berlesen dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Walau bagaimanapun, FBR dan CFBR ini tidak boleh mendaftarkan diri sendiri secara individu. Mereka perlulah ditaja oleh Futures Broker. Futures Broker adalah syarikat yang diberi lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan pembrokeran pasaran hadapan.

Operasi FBR dan CFBR diselia oleh Futures Broker.
Futures Broker pula diselia oleh Bursa Malaysia Derivatives (BMD) dan Bursa Malaysia Derivatives Clearing (BMDC).
BMD dan BMDC diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Penyeliaan terhadap FBR dan CFBR dibuat berdasarkan Manual Operasi yang dikeluarkan oleh Futures Broker.

Penyeliaan terhadap Futures Broker dibuat berdasarkan BMD Business Rules dan BMDC Business Ruless yang masing-masing dikeluarkan oleh BMD dan BMDC.

Penyeliaan terhadap BMD dan BMDC dibuat berdasarkan Futures Industry Act (1993) dan Securities Industry Act (1983).

Juru Audit dari Bursa Malaysia akan membuat audit berkala ke atas setiap Futures Broker. Pada masa yang sama FBR dan CFBR yang ada di Futures Broker berkenaan akan turut diaudit.

Manakala Suruhanjaya Sekuriti pula akan membuat audit ke atas Futures Broker secara rawak dari masa ke semasa.

Sebarang kegagalan pematuhan oleh FBR dan CFBR terhadap Manual Operasi sesuatu Futures Broker, terpulanglah kepada Futures Broker itu untuk membuat keputusan.

Sebarang kegagalan pematuhan oleh FBR, CFBR atau Futures Broker terhadap BMD Business Rules dan BMDC Business Rules, Bursa Malaysia akan mempertimbangkan untuk memberi peringatan, amaran, mengenakan denda wang, atau membuat cadangan kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk menggantung atau membatalkan lesen FBR, CFBR dan Futures Broker berkenaan.

Sebarang kegagalan pematuhan oleh FBR, CFBR atau Futures Broker terhadap Futures Industry Act (1993) dan Securities Industry Act (1983), Suruhanjaya Sekuriti akan membuat keputusan samada memberi peringatan, amaran, mengenakan denda wang, menggantung atau membatalkan lesen FBR, CFBR dan Futures Broker berkenaan.

Semua FBR, CFBR dan Futures Broker adalah dikawal dari segi tingkah laku profession yang merangkumi pengendalian wang pelabur, kualiti perkhidmatan, etika dan pengurusan dalaman.

Read more...

FCPO-Pihak Berkaitan

Source:http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/pihakberkaitan.htm
Siapakah yang berurusniaga di dalam futures? Mereka ini terbahagi kepada 4 kategori utama.

1. Hedger

Mereka ini adalah dari kalangan ahli industri minyak sawit; ladang sawit, kilang sawit, pengeksport sawit dan lain-lain lagi. Mereka ini berurusniaga secara fizikal (hakiki) dalam bentuk buah sawit, minyak sawit dan lain-lain hasil sampingan lain sawit.

Jika sekarang (Julai 2008), peladang berpendapat harga sawit akan jatuh pada 6 bulan lagi, mereka akan menjual FCPO (contohnya pada 2500) bagi kontrak Januari 2009. Dengan itu apabila hasil sawit dituai bulan Januari 2009 dan harga benar-benar jatuh ke 2200, peladang ini akan membuat penghantaran fizikal kepada pembeli melalui Bursa (apabila kontrak FCPO yang dijualnya matang) dan harga jualannya adalah kekal pada 2500 dan bukan 2200.

Bagi pengilang, mengurangkan kesan kenaikan harga sawit boleh dilakukan dengan membeli kontrak FCPO. Pada akhir kematangan kontrak FCPO, pengilang ini akan menerima bekalan sawit daripada penjual melalui Bursa pada harga yang di belinya beberapa bulan lepas, bukan pada harga semasa sawit.

Pendek kata, FCPO bagi hedgers adalah mekanisma insuran bagi mengelakkan atau mengurangkan kesan daripada pergerakan turun naik harga sawit di pasaran fizikal.


2. Retailer (Spekulator dan Local Member)

Mereka ini adalah kumpulan yang cuba mencari keuntungan daripada turun naiknya harga FCPO. Spekulator tidak melibatkan diri dalam urusniaga fizikal baik di pasaran sawit mahupun di bursa. Mereka hanya memasuki pasaran dan melengkapkan urusniaga sebelum kontrak FCPO tersebut matang.

Mereka ini tertarik dengan keupayaan futures menawarkan keuntungan dan sanggup mengambil risiko yang tertentu bagi memperolehi peluang keuntungan berkenaan.

Local Member pula adalah individu yang diberi lesen khas oleh bursa untuk berurusniaga bagi diri mereka sendiri. Local Member adalah trader yang profesional.

Walaupun spekulator dan Local Member tidak terlibat secara langsung dengan industri fizikal sawit, mereka adalah golongan yang menyumbangkan kepada kecairan FCPO. Melalui penglibatan golongan ini juga, sentiasa ada pembeli dan penjual di pasaran FCPO.


3. Arbitrageur

Saingan FCPO adalah minyak soya (BO) daripada Amerika Syarikat. BO juga ada diniagakan di pasaran hadapan di US. Arbitrageur adalah golongan yang memerhatikan kedua-dua pasaran FCPO dan BO. Pada kebiasaannya harga FCPO dan BO bergerak secara relatifnya sama. Kadangkala FCPO dan BO bergerak pada kadar yang berbeza dan menghasilkan jurang sebelum dibetulkan semula oleh permintaan dan penawaran pasaran.

Arbitrageur akan mengambil peluang perbezaan ini untuk menjual salah satu daripada FCPO dan BO ini dan membeli yang satu lagi. Apabila kedua-dua harga FCPO dan BO ini kembali normal, arbitrageur ini akan melengkapkan urusniaganya dan mengaut keuntungan daripadanya.

Arbitrageur hanya muncul pada masa wujudnya peluang perbezaan berkenaan. Pada masa pergerakan harga yang normal, arbitrageur ini mungkin adalah hedgers atau spekulator.


4. Peniaga Institusi

Peniaga institusi adalah merangkumi Pengurus Unit Amanah, syarikat insuran dan institusi kewangan. Mereka melibatkan diri dalam FCPO bagi memperolehi keuntungan untuk portfolio dana mereka.

Sektor korporat perladangan yang besar juga dikategorikan sebagai peniaga institusi dan mereka mengambil bahagian dalam urusniaga FCPO sebagai salah satu kaedah pengurusan risiko mereka di dalam pasaran fizikal sawit. Kumpulan ini biasanya mempunyai kaedah urusniaga seperti hedgers tetapi pada skala yang amat besar. Penglibatan mereka dalam FCPO ini tidak sepanjang masa; hanya apabila keperluan dalam pengurusan risiko tersebut wujud.


Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia, berikut adalah demografi FCPO (pecahan penglibatan dalam FCPO) bagi tahun 2008.



Kesimpulannya, FCPO adalah didominasi oleh retailer yang menyuntik kadar kecairan yang tinggi ke dalam pasaran. Ini juga bermakna FCPO adalah pasaran yang benar -benar adil di mana permintaan dan penawaran harga menguasai pasaran manakala faktor manipulasi pula boleh diabaikan.

Read more...

FCPO-Specifikasi

Source:http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/spesifikasi.htm

Contract Code
: FCPO

Underlying Instrument : Crude Palm Oil

Contract Size : 25 Metric Tons

Minimum Price Fluctuations : RM1.00 Per Metric Ton

Trading Day : Monday - Friday

Trading Hour : 10.30am - 12.30pm /3.00pm - 6.00pm

Contract Months :
Spot month and the next 5 succeeding month, and thereafter, alternate months up to 24 month ahead.

Speculative Position Limits :
500 contracts net long or net short for the spot month.
5000 contracts fot any single delivery month except for the spot month.
8000 contracts for all contract months combined.

Final Trading Day and Maturity:
Contracts expires at noon on the 15th day if the delivery month, or if the 15th is a non-market day, the proceeding business day.

Final Settlement :
1st business day to the 20th business day of the delivery month, or if the 20th is a non-market day, the proceeding business day.

Read more...

FCPO-Kenapa

Source:http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/kenapafcpo.htm
Beberapa sebab kami memilih urusniaga Pasaran Hadapan FCPO berbanding pasaran hadapan yang lain.

Antaranya :



1. FCPO adalah produk pelaburan tempatan dan diniagakan dalam Ringgit Malaysia.



2. FCPO adalah produk pelaburan yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia dimana ketelusan dan kredibilitinya dipantau secara langsung oleh kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.



3. FCPO adalah disahkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti sebagai produk pelaburan yang mematuhi syariah.



4. Keuntungan daripada pelaburan FCPO adalah bebas daripada cukai.



5. FCPO adalah instrumen pelaburan yang mempunyai ketahanan inflasi dan kebanyakan pengaruh ekonomi lain kerana sifatnya yang dwi-arah (two way market).



6. FCPO adalah produk futures yang paling lama bertahan yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia.



7. FCPO menawarkan leverage yang tinggi di mana potensi pulangan adalah lebih tinggi (bagi setiap RM yang dilaburkan) berbanding peluang pelaburan kewangan yang lain yang ditawarkan di Malaysia.



8. FCPO adalah disandarkan kepada pasaran minyak sawit yang matang dan global di mana peserta fizikal (hedgers) adalah terlibat secara aktif dan ini menyumbang kepada pergerakan pasaran yang benar-benar disandarkan kepada permintaan dan penawaran pasaran minyak sawit itu sendiri.

Read more...

FCPO-Fakta

Source:http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/faktafcpo.htm
FCPO adalah salah satu dari produk futures yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia Derivatif (BMD). Ia adalah produk futures yang mematuhi syariah (syariah compliant) yang disandarkan kepada pasaran fizikal kelapa sawit dunia.

FCPO diniagakan dalam Ringgit Malaysia. Satu pergerakan minima harga (satu tick) bagi FCPO adalah RM1 di futures yang membawa nilai sebenar RM25. Oleh itu jika harga FCPO bergerak sebanyak RM5, ini bermakna nilai sebenar kepada trader adalah RM25 X RM5 = RM125.

FCPO didefinisikan sebagai suatu kontrak derivatif (yang diperakui undang-undang Malaysia) di antara pembeli dan penjual untuk menerima atau menghantar minyak sawit mentah (1 lot FCPO bersamaan dengan 25 Tan Metrik minyak sawit mentah) pada suatu masa tertentu di masa hadapan.

Kontrak ini adalah mengikut bulan. Kontrak yang ditawarkan BMD adalah kontrak bagi bulan semasa dan lima bulan berikutnya, diikuti bulan-bulan seterusnya secara berselang satu bulan, sehinggalah ke bulan 24 yang akan datang. Kontrak akan menjadi matang pada 15 haribulan pada bulan dimana kontrak itu disebut. Contohnya, kontrak bulan Julai 2007 akan matang pada bulan Julai 2007 manakala tarikh akhir urusniaganya adalah pada 15 Julai 2007.

Futures membenarkan kita membeli dahulu dan kemudian jual. Futures juga membenarkan kita menjual dahulu dan kemudian baru membeli. Yang pentingnya, kita melengkapkan urusniaga kita dengan membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi; tak kesahlah beli dan jual atau jual dan beli.

Adalah juga penting untuk melengkapkan urusniaga. Kontrak yang diniagakan adalah sah dari segi undang-undang. Jika urusniaga tidak dilengkapkan dan kontrak itu matang, kita wajib meneruskan dengan proses tender fizikal minyak sawit. Dalam kata lain; trader yang masih memegang kontrak belian FCPO pada tarikh matang perlu menerima 25 tan metrik minyak sawit (bagi setiap kontrak) daripada trader yang masih memegang kontrak jualan FCPO pada tarikh matang yang sama.

Trader bebas memilih untuk membeli dan menjual kontrak dari bulan mana-mana sahaja. Namun trader diingatkan bahawa berurusniaga pada bulan yang hampir matang mungkin akan menyebabkan trader terpaksa berurusan dengan minyak sawit secara fizikal.

Jual atau beli kontrak pada bulan yang masih jauh juga boleh memerangkap trader kerana kontrak bulan sebegini, kadar kecairannya adalah rendah. Bila beli, mungkin susah nak jual kemudiannya kerana tiada pembeli. Begitu juga sebaliknya, bila jual susah nak beli kemudiannya kerana tidak ada penjual.

Adalah menjadi kebiasaan trader di dalam pasaran, terutamanya spekulator, untuk berurusniaga FCPO pada kontrak bulan ke tiga. Istilahnya adalah 'benchmark contract month'. Apabila membeli atau menjual kontrak bulan ketiga, ada cukup masa untuk melengkapkan urusniaga manakala kadar kecairannya adalah paling tinggi.

Masa urusniaga FCPO di BMD terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi (10.30 hingga 12.30) dan sesi petang (3.00 hingga 6.00).

Kadar margin atau deposit bagi setiap lot adalah ditentukan oleh BMD Clearing. BMD Clearing akan menyemak kadar ini dari masa kesemasa dan mengubahnya mengikut keperluan pengurusan risiko mereka.

Pada masa sekarang, kadar margin bagi setiap lot FCPO telah ditetapkan oleh BMD Clearing pada RM5,500. Walau bagaimanapun, ada syarikat broker yang membenarkan separuh margin (RM2,750) bagi urusniaga singkat (melengkapkan urusniaga pada hari yang sama).



Masa urusniaga bagi FCPO adalah seperti berikut:

Sesi pagi : 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Sesi petang : 3.00 petang hingga 6.00 petang.


Walau bagaimanapun, terdapat suatu tempoh yang dinamakan 'pre-opening' pada setiap sesi. Pada tempoh ini, pelabur boleh membuat tempahan harga, mengubah tempahan harga, atau membatalkan tempahan harga. Dalam tempoh ini, beli dan jual tidak dipadankan.

Tempahan beli dan tempahan jual yang dibuat dalam tempoh ini akan dikumpulkan dan hanya akan dipadankan pada jam 10.30 pagi (bagi sesi pagi) dan 3.00 petang (bagi sesi petang) iaitu apabila bermulanya tempoh urusniaga sebenar. Purata harga bagi tempahan yang dikumpulkan itu akan menjadi harga pertama urusniaga pada sesi berkenaan.

Tempoh 'pre-opening' atau pra pembukaan pasaran ini adalah seperti berikut :

Sesi pagi : 10.00 pagi hingga 10.30 pagi.
Sesi petang : 2.30 petang hingga 3.00 petang.


Pelabur FCPO, pada tempoh 'pre-opening' ini, digalakkan menelefon FBR masing-masing dan menyemak kedudukan soybean oil (daytrade dan project A) serta lain-lain fakta perubahan fundamental yang penting bagi mengelakkan kejutan semasa pembukaan sesi.

Sekiranya ada jangkaan pada perubahan mengejut dalam aliran pasaran, bolehlah peniaga membuat persediaan menukar strategi dan memberi arahan kepada FBR untuk sebarang tempahan harga bagi urusniaga baru, stop loss ataupun membatalkan tempahan harga yang telah dibuat.

Fakta dalam Fakta : Struktur pemasaan pasaran yang sebenar adalah lebih kompleks tetapi telah dipermudahkan disini bagi tujuan kefahaman pelabur.Masa yang dinyatakan diatas adalah terhad kepada tempoh dimana pelabur boleh melibatkan diri dalam pasaran.



Bagaimana bursa menemukan pembeli dan penjual? Kaedah yang digunakan dikenali sebagai NOVATION.

Novation adalah proses dimana bursa akan memadankan dua urusniaga; belian dan jualan. Apabila didapati seorang pembeli A dan seorang penjual B menawarkan harga masing-masing pada aras harga yang sama; bursa akan membeli daripada penjual B dan pada masa yang sama bursa juga menjual kepada pembeli A. Ini adalah cara bagaimana bursa menemukan pembeli dan penjual. Kenapa sampai begitu?

Pertamanya, ini untuk memastikan pada tarikh matang kontrak, pembeli dan penjual spekulasi dapat melengkapkan urusniaga mereka. Baki pemegang kontrak yang tinggal adalah hedgers yang mahu menghantar dan menerima minyak sawit. Seterusnya Bursa akan menyelia penghantaran dan penerimaan minyak sawit berkenaan. Dengan ini keperluan dan matlamat spekulator, hedger atau lain-lain kategori peniaga FCPO adalah tercapai.

Keduanya, novation membolehkan Bursa mengawal dan menyelia pasaran yang adil dan saksama melalui urusniaga yang sah selain mengelakkan gangguan atau manipulasi pihak tertentu.

Akhir sekali, Bursa juga dapat mengawal dan menyelia serta memastikan sesuatu urusniaga itu dapat dikesan dan diniagakan oleh peniaga yang didaftarkan melalui pembukaan akaun di syarikat broker. Ini penting bagi tujuan menyemak akauntabiliti setiap urusniaga dan mereka yang terlibat didalam sesuatu urusniaga tersebut.

Kerana inilah juga urusniaga FCPO dapat dijamin keberkesanan operasinya dan menyakinkan pelabur terhadap ketelusannya.

Akhir sekali, diharap bagi mereka yang masih ragu-ragu, dapat memahami bahawa urusniaga futures bukanlah urusniaga 'atas angin' kerana kita membeli daripada bursa dan kita menjual juga kepada bursa.

Read more...

FCPO-Pengenalan

Source:http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web ini. Laman web ini diwujudkan atas dasar ingin memberi panduan dan berkongsi maklumat mengenai urusniaga Pasaran Hadapan Minyak Sawit (FCPO).

Mungkin ramai yang tahu atau mendengar tentang FCPO, tetapi tidak ramai yang tahu secara mendalam tentang urusniaga yang dijalankan. Kami ingin mengubah persepsi orang ramai yang berpendapat urusniaga FCPO ini adalah sukar dan berisiko tinggi.

Beberapa faktor yang perlu ada dalam diri seseorang trader sebelum menjalankan urusniaga. Antaranya adalah ilmu, kesabaran, modal yang mencukupi serta sanggup menanggung risiko kerugian. Sekiranya trader mempunyai faktor – faktor ini, kami yakin urusniaga FCPO boleh memberikan pendapatan yang amat lumayan.

Pasaran Hadapan

Pasaran hadapan seperti yang ditulis dalam website Bursa Malaysia:
“Derivatives are financial instruments used to manage one’s exposure to today’s volatile markets. A derivative product’s value depends upon and is derived from an underlying instrument, such as commodity prices, interest rates, indices, and share prices.”

Ini bermaksud, fungsi utama pasaran hadapan digunakan untuk pengurusan risiko (risk management) untuk mengimbangi portfolio anda. Walaupun para spekulator juga memasuki pasaran hadapan, tetapi pasaran hadapan juga adalah tempat yang penting untuk para pelabur professional mengurangkan risiko masing-masing dengan teknik tertentu.

Futures market adalah perkembangan dari spot market dan juga forward market. Untuk memudahkan kefahaman anda, ini analoginya:

Spot: Abu seorang peladang kelapa sawit. Ali pembeli buah kelapa sawit dari Abu. Ali membayar RM500 untuk setan buah kelapa sawit, dan mendapat buah kelapa sawit pada masa itu juga.

Forward: Ali pembeli / pemborong buah kelapa sawit. Samad pengilang memproses kelapa sawit. Samad memerlukan kelapa sawit sebanyak 100 tan dalam tempoh 3 bulan lagi. Jadi, Samad berjumpa dengan Ali dan menawarkan harga RM600 setan kerana bimbang kelapa sawit berkemungkinan naik menjadi RM700 setan 3 bulan lagi. Samad mahukan kelapa sawit tersebut 3 bulan lagi dan bukannya sekarang.

Ali juga menerima tawaran harga RM600 setan kerana dia juga bimbang harga akan menjadi RM500 setan 3 bulan lagi . Justeru, Ali juga bersetuju untuk menghantar 100 tan kelapa sawit 3 bulan dari sekarang dengan harga yang ditawarkan.

Futures: Abu seorang peladang kelapa sawit. Samad pengilang memproses kelapa sawit. Samad memerlukan 100 tan kelapa sawit dalam tempoh 3 bulan dari sekarang. Proses yang sama dibuat seperti forward contract di atas, tetapi kontrak itu dilakukan bukan di antara Samad dan Abu, tapi oleh pihak ketiga, yang dikenali sebagai Bursa Malaysia.

Bursa Malaysia yang menentukan harga dengan berdasarkan supply dan demand, serta mempunyai data-data dan tugasan lainnya. Bursa Malaysia juga adalah pihak yang menetapkan harga - harga kelapa sawit untuk semua yang terlibat dalam sektor kelapa sawit. Bukan sekadar jual-beli antara Abu dan Samad sahaja.

Pemborong dan peladang kecil barangkali tidak menyedari kepentingan instrumen ini diwujudkan, tetapi sekiranya anda memerlukan kelapa sawit dalam kuantiti yang besar dan perniagaan anda terdedah dengan pelbagai risiko tertentu, maka pasaran hadapan akan membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

Di Malaysia, produk derivatives atau pasaran hadapan ini sudah dikendalikan oleh Bursa Malaysia sepenuhnya. Ada 9 pasaran hadapan yang wujud di Bursa Malaysia iaitu:

* KLCI (FKLI) Futures
* KLCI (OKLI) Options
* 3 Mth Month Kuala Lumpur Interbank Offered Rate interest rate (FKB3) Futures
* Crude Palm Oil (FCPO) Futures
* 3-Year Malaysian Government Securities (FMG3) Futures
* 5-Year Malaysian Government Securities (FMG5) Futures
* 10-Year Malaysian Government Securities (FMGA) Futures
* Crude Palm Kernel Oil (FPKO) Futures
* Single Stock Futures (SSFs)
* Ethylene OTC Futures Contract

Pasaran hadapan adalah instrumen kewangan yang sophisticated. Tetapi ia bukanlah terlalu sukar untuk difahami. Asalkan anda berusaha lebih sedikit maka anda akan mengetahui peluang besar yang wujud di dalamnya.

Untuk pengetahuan, website ini hanya akan memberi pengkhususan untuk urusniaga Futures Crude Palm Oil (FCPO) sahaja. Untuk urusniaga pasaran hadapan yang lain, sila rujuk laman web yang berkaitan.


Read more...

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP