Showing posts with label BP. Show all posts
Showing posts with label BP. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Info Bank Persatuan: Had tambahan sher baru RM20k

Source:http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=146876&page=144

Antara info2 yang boleh buat pedoman:-

1. Dividen asalnya diputuskan Dlm mesyuarat perwakilan 7.5% tp bila masuk kelulusan skm hanya diluluskan 6.5%.

2. dividen walaupun dibayar setiap tahun Dlm bulan julai-September tidak bermaksud dividen dpt tempoh lebih setahun. Hanya permulaan jadi ahli saja rasa lama tp klu tiap2 tahun dpt di bln julai-September x ke jadi sama 12 bln jugak.

3.Bank Persatuan bukan x leh glamor cam bank2 lain tp kena balance dgn capabiliti yg ada.klu ikut sejarah bank Persatuan naik on their own susah senang dengan ahli-ahli yang faham hala tuju Demi kemajuan bank.

4.kaji balik sejarah bank yg sealiran dgn bank Persatuan, mereka pun Ada zaman kekurangan. Tp bank Persatuan boleh dikatakan pertumbuhan sejajar.

5.Jumlah pelaburan yg baru rm20k tu boleh ditambah selepas 25/8/11 x kira jumlah pelaburan sebelum ni. Cntoh sebelum ni Ada syer rm5k tp pas ni leh tmbah lagi rm20k so pelaburan jadi rm25k.

Ok tu je setakat ni.Wassalam

Read more...

Bayaran Dividen Tahun 2010 Bank Persatuan =6.5%

Source:http://www.bankpstn.com.my/cms/sub.do?a=2&b=69
23 Ogos 2011 14:40 PM

Perhatian Kepada Anggota-Anggota Bank Persatuan
Bayaran Dividen 2010

Kepada anggota-anggota individu (perseorangan) Bank Persatuan yang menpunyai syer keanggotaan sehinnga tempoh berakhir pada 31 Disember 2010, bayaran dividen tahun 2010 yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebanyak 6.50% adalah akan dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Persatuan mulai pada 25 Ogos hingga 26 September 2011.
Bayaran dividen melebihi RM5,000.00 adalah akan dibayar secara cek.
Terima Kasih

Setiausaha Bank Persatuan

Read more...

Friday, December 31, 2010

Bank Persatuan:had tambah share baru untuk 2011

Anggota Lembaga Bank Persatuan melalui mesyuaratnya pada 28 Disember 2010 telah meluluskan pindaan had maksimum tambahan pelaburan syer yang baru berkuatkuasa pada 1 Januari 2011 sebagaimana berikut:-


1. Had Pelaburan Syer Anggota Sedia Ada

Anggota sedia ada dibenarkan melakukan bayaran tambahan syer keanggotaan masing-masing berdasarkan had baru seperti berikut:-

i. Anggota individu sehingga RM 2,000.00
ii. Anggota Koperasi sehingga RM 20,000.00

Penambahan jumlah syer anggota-anggota sedia ada berdasarkan had maksimum di atas adalah merupakan peruntukkan had maksimum yang baru mulai 1 Januari 2011 dan tidak mengambil kira sebarang jumlah penambahan syer yang telah dilakukan oleh anggota tersebut sebelum tarikh di atas.

2. Had Pelaburan Syer Keanggotaan Baru

Semua permohonan keanggotaan baru Bank Persatuan mulai 1 Januari 2011 hanya dibenarkan membuat pelaburan syer keanggotaan sehingga had maksimum seperti berikut:-

i. Anggota Individu sehingga RM 2,000.00
ii. Anggota Koperasi sehingga RM 30,000.00

Had maksimum pelaburan syer keanggotaan Bank Persatuan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Anggota Lembaga Bank Persatuan

Sumber: Laman Web BP

Read more...

Sunday, July 25, 2010

Info:Bank Persatuan

Info dari Buletin Hasanah bil 6 07/2010 menunjukkan baki syer telah melebihi 300j..
baki syer spt pada 30/6/2010,
anggota -------------bil---------------------baki syer (rm)
individu---------49,658 org---------299,260,629.76
koperasi-------319 buah-----------26,312,440.30
jumlah---------------------------------325,573,070.06

Komen PG: Cepat-cepat lah labur dalam Bank Persatuan sebelum ia ditutup seperti mana telah berlaku pada Bank Rakyat sebelum ini.

PG
`Sharing is Caring`

Read more...

Bank Persatuan:Bank Koperasi ke-2

Source:Berita Harian
Tiga lagi koperasi mohon tubuh bank
Oleh Zuraidah Mohamed
zmohamed@bharian.com.my

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerima tiga lagi permohonan bagi menubuhkan bank koperasi di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia termasuk Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) yang mahu mengubah statusnya kepada bank koperasi dan menumpukan perkhidmatan kepada perbankan korporat.

Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan nama dua lagi koperasi terbabit yang mengemukakan permohonan bagi tujuan itu, tetapi menegaskan jika permohonan berkenaan diluluskan, bank koperasi berkenaan tidak akan bersaing sesama sendiri kerana menawarkan perkhidmatan berlainan.

“Kami sudah menerima tiga lagi permohonan untuk menubuhkan bank koperasi, bagaimanapun koperasi berkenaan perlu memenuhi syarat yang ditetapkan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),” katanya selepas menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bagi kad pelbagai guna koperasi (Kad Co-Op) antara Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dan Angkasa di Kuala Lumpur, semalam.

Bank Rakyat diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat, manakala Angkasa oleh Yang Dipertuanya, Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum. Hadir sama Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe; Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim dan Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Mangsor Saad.

Ismail Sabri berkata, jika permohonan Angkasa diluluskan, ia bakal menjadi bank koperasi ketiga di negara ini selepas Bank Rakyat dan Bank Persatuan.

Katanya, Bank Persatuan yang sebelum ini dikenali sebagai Koperasi Bank Persatuan Malaysia Bhd dijangka mula beroperasi sebagai bank koperasi pada pertengahan tahun ini.

Sementara itu, Kamaruzaman berkata, kad Co-Op ditawarkan kepada 4.98 juta ahli 3,906 koperasi yang bernaung di bawah Angkasa.

Katanya, kad berkenaan yang akan dilancarkan pertengahan tahun ini boleh digunakan sebagai kad ATM, kad debit, kad diskaun daripada Rakan Diskaun Bank Rakyat dan juga kad loyalti bagi mata ganjaran.

“Pemegang kad Co-Op boleh menikmati kemudahan transaksi ATM seperti pengeluaran tunai, pembayaran bil setempat, tambah nilai prabayar telefon bimbit, pembayaran zakat dan perkhidmatan Tabung Haji menerusi 7,000 rangkaian MEPS di seluruh negara,” katanya.

Read more...

Friday, July 16, 2010

Pengumuman Bayaran Dividen Bank Persatuan

Source:www.bankpstn.com.my

Bank Persatuan:Bayaran Dividen 10% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 akan mulai dibayar pada 19 Julai 2010.

Read more...

Wednesday, June 30, 2010

10% Dividen Bank Persatuan untuk 2009

Dividen Bank Persatuan untuk 2009-10%

sumber:http://www.bicarajutawan.com/forum/thread674-63.html#post515482

Read more...

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP