Showing posts with label Lelong. Show all posts
Showing posts with label Lelong. Show all posts

Thursday, April 1, 2010

7 Tip beli rumah lelong

Sumber:http://www.drumah.com/7-tip-beli-rumah-lelong/33.html
“Beli rumah lelong? nah… sebelum tu awak kena pastikan benda ni… ni… ini…” itulah cakap-cakap yang kerap kali kita dengar dari kawan-kawan yang entah berpengalaman atau tidak dalam selok belok beli rumah lelong. Walau apa pun cakap-cakap orang, dibawah ini saya sertakan 7 tip beli rumah lelong. sila baca tip-tip dibawah.

1. Sebelum membeli rumah lelong, buatlah carian hak milik secara rasmi dipejabat tanah terbabit, lawat rumah lelong berkenaan dan jika boleh pergi ke pejabat pemaju untuk dapatkan maklumat selanjutnya. (benda ni kadang-kadang boleh dapat, kadang-kadang pemaju tak layan kita… apa boleh buat cari jalan lain lah!)

2. Hubungi pelelong untuk perisytiharan jualan lelong dan dapatkan nasihat lanjut daripada peguam untuk mendapatkan segala maklumat.

3. Selain itu, mungkin wajar juga anda meninjau sendiri rumah lelong itu dan mengambil gambar hartanah itu, lepas tu yang paling penting… datang tempat lelongan tepat pada waktunya.. kalau awal lagi baik.

4. Pada hari lelongan, pembida wajib sediakan 10 peratus daripada harga rizab harta atau rumah, sama ada dalam bentuk bank draf atau tunai. Cek selalunya tidak diterima.

5. jangan lupa pembida perlu membawa kad pengenalan asal dan 2 salinan kad pengenalan.

6. Jika menjadi wakil, kedua-dua kad pengenalan asal dan surat kuasa yang membenarkan dia menjadi wakil untuk mendapatkan lelongan perlu dibawa.

7. Kalau hantar wakil, wakil pun mesti bawa wang untuk bayar antara 10 peratus harga pembelian dan tandatangan jualan kontrak.

7 tip ini sebagai pengetahuan umum saja, dari pengalaman saya, 7 perkara ni memang wajib dan kena tahu. Walau apa pun rumah lelong mungkin ada masalah jika hartanah tu sendiri ada masalah. Jadi nasihat saya, dapat kan nasihat kawan-kawan dan selamat berlelong!


Read more...

Mengapa anda perlu satu rumah lelong

Sumber:http://www.drumah.com/mengapa-anda-perlu-satu-rumah-lelong/952.html
Pembelian hartanah lelong mungkin ada baik dan buruknya. Pada sesetengah orang hartanah lelong adalah satu urusan pembelian yang menguntungkan. Bukan saja bakal memiliki hartanah pada harga bawah pasaran, hartanah lelong juga adalah satu alternatif lain pada individu yang memiliki bajet rendah untuk memiliki rumah.

Didalam musim lelong ini, Drumah ingin berkongsi beberapa maklumat yang dirasakan bakal membantu pembida-pembida hartanah lelong yang berminat, setidak-tidaknya ia bakal memberikan panduan walaupun mungkin ramai yang telah mengetahuinya.

1. Buat penilaian bajet mendalam
Pembidaan hartanah lelong bukan sahaja melibatkan lokasi yang strategik, ia juga menuntut beberapa kos tertentu yang perlu dikenal pasti semasa proses pembidaan harta. Jika anda berminat dengan hartanah lelong, penilaian bajet perlu dilakukan dengan berhati-hati, jangan bergantung sangat pada harga risab yang rendah semata-mata. kebiasaanya hartanah lelong akan meningkat dari 10% sehigga 15% dari harga bukaan. Jika persaingan sengit… risiko terbida harga melampau tinggi mudah terjadi jika pembida tiada panduan yang betul. Jadi semak nilai hartanah atau dapatkan bantuan profesional untuk membantu.

Penilaian bajet lelong tidak terhenti setakat mengetahui nilai pasaran dan harga bidaan luar jangka. Persoalan utama adakah pembida mampu menampung kos pemulihan dan penyelengaraan selepas ini? Adakah anda punyai krew untuk membantu? Jika bercadang untuk disewakan… adakah anda mampu untuk menampung bayaran bulanan pinjaman sebelum berjumpa dengan penyewa yang sesuai? Jadi tanya diri anda sebelum membuat komitmen dan elakkan risiko lain yang bakal timbul.

Rata-rata hartanah lelong mempunyai tempoh 90 hari sehingga 120 hari untuk diselesaikan. Tempoh ini amat singkat dan mungkin lebih baik jika pembida mengambil khidmat perunding hartanah agar ia lebih mudah dan tidak memeningkan kepala.

2. Lihat hartanah anda
“Dari mata turun ke hati” itulah pepatah yang tepat apabila anda membeli hartanah. Sebaik-baiknya pembida sendiri harus melawat sendiri hartanah yang hendak dilelong. Tetapi jika anda seorang pelabur dari Sabah dan ingin membida hartanah di Johor… lebih mudah anda melantik wakil yang memahami kondisi pasaran disana untuk menilai secara peribadi. Tidak seperti hartanah jualan biasa yang pembeli punyai akses untuk meneliti hartanah dengan lebih terperinci. Melawat hartanah lelong, pembeli mungkin hanya dapat melihatnya dari luar.

Satu tip yang boleh membantu; Jika hartanah lelong itu kosong, anda boleh cuba menegur jiran disebelah dan memperkenalkan diri anda. Katakan pada beliau yang anda berminat untuk membida hartanah disebelah, dan berharap beliau dapat membantu. Bertanyalah dengan rasa hormat pasti beliau akan membantu anda. Pamerkan sikap ramah anda yang mantap, mungkin anda berpeluang untuk membuat “lawatan” kedalam rumahnya. Jika tidak berpeluang, gunakan imaginasi anda untuk menilainya dari luar.

3. Semak peti surat
Jika anda bertandang ke rumah lelong, jangan lupa untuk melihat peti pos alamat sasaran. Jika anda bertuah, mungkin anda akan berjumpa dengan bil-bil telefon, elektrik, air, yuran penyelenggaraan (maintanance fee), cukai pintu dan cukai tanah. Tetapi jika anda tidak dapat mana-mana maklumat diatas, anda terpaksa lah pergi ke pejabat pengurusan dan semak bil-bil tersebut. Jika kos tersebut terlalu tinggi bagi anda, mungkin anda boleh mencuba pada hartanah lain pula.

4. Lihat jiran dan potensinya
Lihat tarikan suasana dan jiran tetangga adalah satu cara yang wajib dilakukan jika anda bercadang untuk tinggal disana. Jika anda membida untuk menyewakannya, cuba cari potensi kadar sewa di sekeliling. Harga sewaan pada setiap lokasi amat berbeza dan bergantung pada permintaan. Cara paling mudah adalah dengan meneliti papan tanda disekeliling rumah, lihat kalau-kalau ada rumah yang didalam keadaan luas dan kondisi yang sama untuk disewa dan berapa kadarnya? Selain itu, internet juga mungkin boleh dijadikan satu tanda perbandingan untuk kadar sewaan.

5. Jangan fikir keuntungan segera
Pembelian hartanah lelong sudah pasti membantu anda untuk membuat keuntungan. Tetapi jangan terlalu taksub dengan keuntungan segera. Tiada satu pun peluang pelaburan yang menjanjikan pulangan segera yang berlipat kali ganda. Jika anda berminat dengan hartanah lelong, jangan takut untuk mencuba pengalaman baru ini, dan jika kurang yakin… dapatkan khidmat perunding hartanah untuk membantu anda.

Sebenarnya, pembelian hartanah lelong memang menarik untuk diterokai oleh pelabur. Jika boleh bekerjasamalah dengan agensi hartanah agar pembidaan anda berjalan dengan lancar, apa yang penting pelaburan anda terjamin dengan pembelian hartanah yang tepat.

Sekian, selamat berjaya pelabur semua.


Read more...

Saturday, October 24, 2009

Macammana saya nak beli rumah lelong ?

Sumber:http://tuanbri.com/blog/2009/10/soalan2x-lazim-auction-queries/

Macammana saya nak beli rumah lelong ?
1. Menyediakan Deposit
Amaun deposit adalah bersamaan 5% ATAU 10% daripada Harga Rezab.

Anda perlu memastikan amaun ini daripada terma-terma di dalam Pengisytiharan Jualan (Proclamation of Sales) di iklan-iklan lelongan tersebut di akhbar atau pun melalui pelelong berkenaan.
Contact the auctioneer for a copy of the POS.


2. Membuat Bayaran Deposit
Kebiasaannya 2 jenis bayaran yang diterima untuk deposit adalah melalui ‘Bankers Cheque’ dan ‘Cashiers Order’.
Ada juga pelelong yang terima Kad Kredit atau Tunai.
Sekali lagi, anda perlu dapatkan maklumat ini di dalam Pengisytiharan Jualan atau menghubungi pelelong berkenaan. Adalah sebaiknya untuk mengelak daripada membayar secara Tunai.


3. Mendaftar Diri sebagai Pembida
Hadir awal 1/2 jam sebelum lelongan untuk pendaftaran.

Pastikan anda membawa bersama deposit anda untuk pendaftaran dan mendapatkan resit bayaran/borang pendaftaran pembida daripada pelelong.
Sila pastikan juga no. lelongan hartanah adalah sama dengan hartanah yang ingin dibida oleh anda. *Elakkan daripada memaklumkan kepada orang yang tidak dikenali daripada mengetahui hartanah yang ingin anda bida dan juga harga tertinggi yang sanggup anda bida. Ini adalah untuk mengelakkan daripada diketahui oleh sindiket di lelongan tersebut.
keyword “Ulat”. Ini akan saya kisahkan dalam artikel yg lain.



4. Menggunakan Ejen sebagai wakil anda
Boleh mendapatkan khidmat ejen hartanah yang boleh bertindak sebagai wakil kepada anda untuk membuat bidaan.

Pastikan ejen tersebut adalah daripada wakil syarikat ejen hartanah yang sah, seperti saya.



5. Membuat Bidaan
Anda akan diberikan pad bidaan untuk membuat bidaan apabila giliran hartanah yang ingin dibida anda tiba. Pelelong akan membaca sedikit maklumat asas mengenai hartanah sebelum bidaan dimulakan pada harga rezab. Pelelong juga biasanya akan mengumumkan amaun kenaikan setiap bidaan jika terdapat lebih dari satu pembida, contohnya kenaikan RM1,000 pada setiap bidaan. Anda hanya perlu menunjukkan no. bidaan anda apabila ingin membuat bidaan. Lelongan akan berhenti apabila tiada lagi persaingan untuk bidaan.


6. Pengumuman pembida berjaya
Setelah tiada lagi pembida yang memuat tawaran lebih tinggi, pelelong akan mengira sehingga 3 (1,2,3) dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup dan mengumumkan pembida yang berjaya. Pembida yang berjaya kemudiannya dikehendaki untuk menandatangani borang penerimaan belian dan membayar baki deposit kepada pelelong selepas lelongan berakhir pada hari yang sama.

7. Mendapatkan Pinjaman
Dalam tempoh 90 atau 120 hari (tengok balik dalam POS), pembeli dikehendaki menjelaskan baki harga jualan sama ada dengan mendapatkan pinjaman ataupun membayar tunai. Jika tidak dilaksanakan, pembeli berisiko berhadapan kehilangan wang deposit melainkan kelewatan adalah bukan disebabkan oleh pembeli. Boleh minta lanjutan tempoh drpd pihak Bank tetapi atas budi bicara bank tersebut untuk memberi lajnutan tersebut. (bahaya!)
Tidaklah begitu susah untuk membeli rumah lelong. Cuma perlu penuhkan ilmu di dada dahulu sebelum membida.


Ingat tuan tanah, ingat tuanbri.

Anybody interested in purchasing auction properties ?
Rumah Lelong 2009 Auction properties.
CIMB RHB OCBC

i can be contacted at
016 310 6500
-tuanbri-
bri(at)satusolution.com
Satu Solution Corporate Services


Rumah Lelong – Harga Beli sama dengan harga yang diiklankan ?
Harga yang diiklankan ialaha pada RP, bermaksud “Reserve Price”.
Harga Lelongan akan dibuka pada harga ini. Ini bermaksud harga tidak boleh kurang daripada RP apabila unit tersebut dibuka untuk lelongan.
Kalau cuma ada satu Penawar (bidder), iaitu ANDA, maka ANDA berjaya membeli unit tersebut pada RP.
Kalau ada lebih daripada satu Penawar (Bidders), maka proses lelongan akan dimulakan.
Setiap penawar akan memegang Kipas Bernombor (Bidding Pad) dan setiap kali ianya diangkat, harga akan dinaikkan sebanyak RM1,000 (lazimnya).
Unit tersebut akan dijual kepada orang terakhir yang mengangkat bidding pad, setelah tiada penawar lain yang sanggup menawar harga yang lebih tinggi.

Deposit kalau kalah lelongan, macam mana ?
Deposit yang diletakkan sebelum lelongan (5% atau 10%) akan dipulangkan kepada Penawar-penawar yang TIDAK berjaya dalam lelongan.
Bagi yang menang, (wow! tahniah!) deposit akan dipegang oleh Pelelong sebagai tanda Komitmen pembelian unit lelongan.
Sebarang perbezaan di antara deposit dan 10% drpd harga Kemenangan perlulah dibayar pada hari yang sama kepada Pelelong.
Contoh :
Harga buka : RM80,000
Deposit : RM8,000 - (10%)
Harga Menang : RM100,000
Bayaran yang perlu dibuat : RM2,000
Jumlah deposit : 10% drpd RM100,000 (RM8,000 + RM2,000)
Jumlah : RM10,000
Susah ke nak beli rumah lelong ?

Boleh ke saya beli rumah lelong guna loan govt ?
Saya kerap mendapat soalan ini, disebabkan ramai yang ingin menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan.
Satu, sebab ianya Murah (4% flat rate).
Dua, ini adalah bagi mereka yang telah menggunakan sepenuhnya komitmen dengan bank-bank tempatan.
Pinjaman Kerajaan TIDAK dapat digunapakai untuk membeli rumah yang dilelong secara awam atau di mahkamah atau lelongan pejabat tanah.
Pengecualian :
Lelongan tersebut dibuat oleh Kerajaan Malaysia.
Contoh :
En. A beli rumah guna pinjaman kerajaan. Bila En. A berhenti drpd kerajaan, dia tak bayar dan seterusnya rumah tersebut akan dilelong oleh Kerajaan.
Rumah inilah yang boleh dibeli menggunakan pinjaman kerajaan.
Masih lagi mempunyai persoalan ?
Hubungi pihak yang berkenaan, yang berkaitan dengan pinjaman perumahan kerajaan untuk mendapatkan kepastian.

Fee termasuk kos lawyer dan baikpulih rumah ?
Fee yang kami charge dah terlampau rendah.
Cuba anda kira masa yang digunapakai, kos minyak dan kenderaan dan telefon dan sebagainya.
Kos Peguam akan ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.
Kos baikpulih juga ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.
Kami hanya membantu anda mendapatkan Hartanah yang anda impikan dengan kos yang tidak masuk akal.

Read more...

Wednesday, August 12, 2009

Asas pelaburan dalam lelongan

Sumber:www.drumah.com/asas-pelaburan-dalam-lelongan/590.html
Melabur dalam lelongan boleh mendatangkan pendapatan mudah. Walaupun banyak risiko tidak terjangka yang boleh dialami oleh pelabur baru namun melabur dalam lelongan adalah peluang terbaik untuk menjana wang dalam ekonomi sekarang. Sepertimana semua usaha niaga perniagaan yang lain, pelaburan jenis ini mempunyai risiko walaupun ia adalah yang terbaik dan lumayan. Mencari hartanah yang dilelong dalam keadaan pasaran perumahan sekarang bukanlah perkara yang sukar.


Melabur dalam lelongan dipercayai oleh pelabur-pelabur sebagai cara paling pantas untuk pemain pasaran mendapatkan keuntungan. Ia hanya memerlukan modal yang kecil tetapi boleh menjana harta dengan cepat. Pelaburan lelongan juga adalah peluang terbaik untuk membeli hartanah dengan harga di bawah pasaran atau bergantung keadaan pasaran. Biasanya ia lebih murah dari harga biasa pasaran.

Pelaburan jenis ini adalah cara terbaik untuk menemui urus niaga yang bagus dalam pasaran hartanah. Ini boleh direalisasikan bila anda mempunyai sistem yang betul, senarai hartanah dan simpanan wang untuk pembelian hartanah anda. Melabur dalam lelongan bagaimanapun bukanlah sentiasa menguntungkan tetapi hasilnya selalu berbaloi dengan usaha. Bila anda melabur dalam hartanah, perbaiki hartanah anda untuk memudahkan ia dijual kembali dan meningkatkan peratus keuntungan anda.

Pelaburan hartanah sudah berada di tahap baru di mana banyak peluang pelaburan yang muncul dari pelbagai tempat. Maka, adalah penting untuk anda mempunyai pengetahuan yang betul bila peluang ini muncul di depan anda supaya anda boleh mengambil peluang itu.

Pasaran hartanah telah menerima kesan yang teruk kerana kegawatan ekonomi sekarang. Ini menyebabkan harga pasaran hartanah komersil dan perumahan turun mendadak. Banyak juga hartanah yang dirampas oleh pihak bank kerana pemilik tidak mampu membayar ansuran bulanan. Kebanyakan hartanah yang dirampas memerlukan banyak pembaikian kerana biasanya pemilik rumah jenis ini tidak mengambil tahu hal ehwal rumah apatah lagi pembayaran bulanan. Pelaburan hartanah jenis ini akan dan seharusnya memberi keuntungan untuk anda bagi tahun-tahun yang mendatang.

Di pasaran sekarang ada banyak hartanah lelong pihak bank tetapi anda harus menyedari risiko yang ada sebelum mendapatkan pinjaman kewangan untuk membelinya. Membeli dari lelongan adalah satu proses yang mudah dan tidak berisiko hanya sekiranya anda memahami bagaimana untuk melakukannya. Pihak Bank tidak berminat untuk memegang hartanah terlalu lama kerana perniagaan mereka bukan untuk memiliki hartanah.

Rumah lelongan adalah pilihan pelaburan yang menarik tetapi anda harus ketahui perkara seperti penyitaan dan hutang yang masih ada dengan hartanah tersebut. Lelongan adalah tempat sasaran untuk pelabur di mana penjual mahu menjual dengan cepat dan tidak mempunyai banyak pilihan. Penjual yang tidak bermotivasi untuk bercakap dengan anda dalam telefon adalah petanda awal bahawa urusniaga hartanah ini tidak akan menjadi satu urusniaga yang baik kerana penjual tidak berminat untuk menawar harga. Jual beli lelongan adalah sesuatu yang memenatkan minda. Pemilik hartanah terdedah kepada pelbagai tekanan keputusan segera. Hasilnya, banyak negara yang mengenakan tindakan undang-undang untuk melindungi penjual hartanah di lelongan daripada kehilangan hartanah kepada mereka yang hanya mahu mengambil kesempatan.

Perkara paling penting untuk diingat ialah, lebih ramai jutawan yang boleh dicipta melalui hartanah daripada pelaburan lain. Maka, jangan takut untuk melibatkan diri. Belajar apa yang perlu, cari urusniaga terbaik dan ikuti sistem yang telah terbukti. Jadilah jutawan itu!

Read more...

Sunday, July 12, 2009

Bagaimana bank isytihar hartanah anda di lelong

Sumber:www.drumah.com/bagaimana-bank-isytihar-hartanah-anda-di-lelong/359.html
Mungkin kita selalu mendengar mengenai kawan-kawan kita yang berjaya memiliki rumah lelong pada harga tak logik rendahnya. Harga rumah murah ini kadang-kadang jadi satu tren dan “boring” bila terlalu banyak spekulasi dari pembida atau sindiket - sindiket rumah lelong.

Hari ini saya ingin bercerita sedikit mengenai rumah lelong, tetapi bukan cara beli rumah lelong tetapi bagaimana bank melelong hartanah anda. Dari setiap lelongan jika sesebuah rumah itu tidak dapat dilelong pada tarikh tertentu, pada tarikh lelongan akan datang, harga rumah lelong itu akan di turunkan sebanyak 5% hingga 10% berdasarkan pada harga lelong lepas.

Kesemua bank di Malaysia punyai prosedur tertentu dan syarat-syarat ketat sebelum mereka mengisytiharkan hartanah anda untuk di lelong. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan bank seperti; Menghantar surat peringatan pertama pada tuan rumah (peminjam).

Pada bulan kedua pula, bank akan sekali lagi menghantar notis susulan dengan peringatan akhir agar anda lekas-lekas membayar ansuran pinjaman rumah tersebut. Pada bulan ketiga dan keempat; bank akan menghantar surat kuasa dari peguam untuk menyuruh anda membayar semua baki tunggakkan dalam masa 14 hari.

Lepas tarikh yang ditetapkan oleh pihak bank, pihak bank akan sekali lagi menghantar surat kuasa penarikan balik kemudahan dari pihak peguam, dan sekali lagi menuntut anda membayar segala baki tertunggak termasuk keseluruhan jumlah pinjaman dalam tempoh maksima 14 hari.

Kebiasaannya jika anda tidak dapat membayar ansuran rumah didalam masa 3 bulan berturut-turut secara rasminya Bank Negara menetapkan yang anda adalah sebagai hutang tidak berbayar (NPL). Setelah sampai tempoh lima bulan, dan anda masih tidak membuat sebarang bayaran, Notis akan dikeluarkan oleh pihak bank mengenai kemungkiran suatu gadaian (borang 16D) keatas pemilik rumah (peminjam).

Masuk pada bulan keenam dan ketujuh, anda mula dipanggil kemahkamah. Prosiding mahkamah ini bergantung pada jenis geran hartanah, peguam dari pihak bank pula cepat-cepat memohon untuk memperolehi arahan jualan dari pihak mahkamah, selain itu mereka juga sibuk untuk melantik pelelong, dan menetapkan tarikh lelongan dan juga harga rizab mengikut baki pinjaman semasa anda sebagai peminjam dan tuan rumah.

Kebiasaan disini, bank akan melantik penilai hartanah untuk mendapatkan harga rizab lelong berdasarkan harga pasaran yang dibuat oleh penilai hartanah lelong. Segala proses ini memakan masa dalam tempoh tujuh hingga lapan sebelum rumah anda disytiharkan sebagai rumah lelong.

Jadi jika anda tidak mahu rumah anda di lelong, berusahalah memastikan bayaran ansuran pinjaman berjalan dengan lancar.


Read more...

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP