Thursday, August 6, 2009

Bank koperasi

Sumber:www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=1445&page=4
KUALA LUMPUR 5 April - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sedang mengkaji kemungkinan menambah modal berbayar Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. atau Bank Rakyat.

Kajian meningkatkan lagi modal bank koperasi itu daripada RM2 bilion sekarang dibuat untuk membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menjadi ahlinya.


''Kami sedang menelitinya dengan serius,'' kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Keupayaan Bank Rakyat yang menawarkan dividen yang tinggi menyebabkan terdapat banyak permintaan untuk memegang atau meningkatkan pegangan saham dalam bank itu.

''Sehingga hari ini sudah beribu-ribu orang menunggu giliran (sama ada untuk menjadi ahli atau meningkatkan pegangan saham dalam Bank Rakyat),'' katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Bank Rakyat di sini Sabtu lalu.

Turut hadir Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim dan Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat.

Noh percaya langkah menambah modal saham berbayar itu tidak akan mengundang masalah memandangkan Bank Rakyat sudah mempunyai landasan kukuh.

Bank Rakyat kini berada di tempat ketujuh sebagai bank paling kukuh di Malaysia dengan jumlah aset sebanyak RM41.7 bilion, tertinggi dalam institusi perbankan Islam.

Jumlah aset itu mewakili lebih 70 peratus daripada jumlah aset koperasi dan 17.8 peratus jumlah aset perbankan Islam.

Sementara itu, Noh berkata, kementeriannya kini berada di peringkat akhir untuk menjadikan Bank Persatuan yang berpusat di Pulau Pinang sebagai ala Bank Rakyat pada tahun ini.

Setakat ini pihaknya dan Bank Persatuan masih berbincang dari aspek perundangan sebelum penubuhan bank koperasi kedua direalisasikan.

Bagaimanapun, katanya, Bank Persatuan itu telah mula menawarkan sahamnya sehingga RM50,000 kepada orang ramai.

Ditanya sama ada penubuhan bank berkenaan akan menjadi pesaing kepada Bank Rakyat, Noh berkata: ''Persaingan tidak timbul kerana yang penting kejayaan Bank Rakyat membuktikan bank koperasi boleh berjaya dan memberi keuntungan kepada ahli-ahlinya''.

Jelas beliau, sasaran tersebut perlu diutamakan bagi memastikan koperasi di Malaysia mampu memberi sumbangan sekurang-kurangnya lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2013 berbanding satu peratus sekarang.

''Sebab itu, tumpuan kementerian pada tahun ini untuk menjadikan Bank Persatuan sebagai bank koperasi kedua,'' ujarnya.

0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP