Saturday, August 29, 2009

Pelaburan amanah saham, satu renungan-Pakdi

Sumber:www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=258
Mendengar konsultan saham amanah bercerita mengenai amanah saham memang mengasyikkan.

1. diversify
2. long term investment
3. safer than stock / low risk
4. dollar cost averaging

dan seterusnya.

Namun, mendapatkan untung dalam saham amanah bukan semudah yang disangka. Saya sendiri masih stuck dalam beberapa fund akibat kekurangan pengetahuan sewaktu mula-mula terlibat dalam industri amanah saham ini, dan dalam keadaan market sekarang, saya masih tak dapat keluarkan duit dengan keuntungan.

Justeru, sebelum anda membeli sesuatu amanah saham, sila pastikan:

1. anda mendapat konsultan/ejen yang berpengalaman, 3 tahun++ (sudah mengalami turun naik dan susah payah mendapatkan untung untuk pelabur)
2. Timing. Dollar Cost Averaging hanya sesuai digunakan sekiranya dana yang anda beli sedang meningkat naik harganya. Bukan semakin jatuh harga, semakin banyak anda beli. Apabila anda bersetuju melabur serendah RM50 sebulan pun, tidak bermakna anda perlu membeli sesuatu dana itu setiap bulan. Ada masanya anda perlu tidak membelinya langsung. Sekali lagi, konsultan perlu membantu anda dan pengetahuan anda mengenai pelaburan dapat mengelakkan anda dari ditipu.
3. Consistency. Pastikan dana yang anda beli itu memberikan pulangan tahunan yang konsisten. Paling sikit, 15%.

Kenapa?

a. Fees. Tahun pertama, anda akan kehilangan dalam 8% akibat fees and costs yang dikenakan. Tahun seterusnya, sekitar 1-2%.
b. Inflasi. Andaikan 4% inflasi, dicampur dengan 8% management fees dan cost, anda sudah rugi kira-kira 12% sebaik sahaja anda melabur dalam amanah saham.

4. Paling tidak, pastikan pelaburan anda berada dalam dana (index fund) yang boleh menyamai atau track prestasi Indeks Bursa Malaysia. Sekiranya tidak mampu menyamai prestasi index, duit anda dalam bahaya, keluarkan jelah duit tu, dan letak dalam Fixed Depost, sekurang-kurangnya anda tidak rugi.

Ingat duit yang anda laburkan adalah duit anda. DUIT ANDA! DUIT ANDA! bukan duit konsultan anda. dan bukan juga duit company amanah saham. Carilah konsultan yang benar-benar ingin membantu anda, dan bukannya konsultan yang hanya mahukan anda melabur tetapi sebenarnya hanya inginkan komisen yang tinggi.

Konsultan boleh dapat 3% setiap kali anda mula membeli sesuatu dana.

Kalau konsultan dapat 3%, syarikat dapat baki x%, setelah diberi kepada konsultan, inflasi dah makan dalam 4-5%, takkanlah anda mahu dapat 1% sahaja?

Adakah itu yang anda mahukan?
Sebenarnya, bukan amanah saham itu sendiri yang menjadi masalah. Tetapi kekurangan pengetahuan yang menyebabkan kerugian.

Pengajaran yang saya dapat:

1. Sebelum melabur, kena ada ilmu. Selamat saya bermula dari amanah saham, sekurang-kurangnya kerugian saya kecil berbanding terus melabur dalam pasaran saham.
2. Dengan mula melabur di amanah saham, akhirnya saya mendapat pengetahuan demi pengetahuan yang berguna kerana dapat belajar dari kesilapan.
3. Konsultan kena luas ilmunya. Barulah duit pelaburan yang kita gunakan jadi lebih selamat. Semoga konsultan yang sedia ada dapat terus menambah ilmu pengetahuan mereka agar terus dapat membantu klien.
4. Dari sudut pulangan, adalah penting untuk mendapat pulangan yang konsisten. Walaupun ASB hanya beri pulangan sekitar 8-10%, tetapi ia konsisten. Bagi saya, ia adalah lebih baik dari dana yang tidak memberikan pulangan yang konsisten. Sekejap untung, sekejap rugi.

Contoh dana lain, adalah pelaburan Bank Rakyat. 15% setahun yang diberi Bank Rakyat adalah pulangan yang baik. Tetapi malangnya ia sudah ditutup sehingga hari ini. Semoga ada banyak dana yang mampu berikan pulangan yang konsisten sebegitu kerana kita melabur dalam amanah saham, adalah untuk mendapatkan keuntungan dan bukan kerugian

Dalam kes saya, saya membeli dana amanah yang beri high return pada tahun pertama, tetapi rugi pada tahun kedua dan pulangan yang rendah pada tahun berikutnya.
5. Kena pandai beza sales pitch dan facts. Antara yang selalu dibentangkan adalah, kita buat regular savings RM 200, initial investment RM1000, dan andaikan satu dana tu beri pulangan 10% setahun, kita akan ada:

Tahun pertama: RM 3,608.11
Tahun kelima: RM 16,922.76
Tahun ke-10: RM 42,566.51
Tahun ke-20: RM 150,379.39
Tahun ke-30: RM 430,018.27

Memang seronok. Lebih-lebih lagi kita diberitahu juga total investment kita hanya sekitar RM 73 000 dan selebihnya pulangan pelaburan. Sedangkan hakikatnya, pulangan sebegitu hanya boleh dicapai dengan dana yang berikan pulangan konsisten 10% setiap tahun. Dan tidak semua dana yang ditawarkan mampu berikan consisten return sebegitu.

Yang penting, ilmu pelaburan mesti ditambah dari masa ke masa. Dengan adanya ilmu, melabur di mana sahaja pun, risiko kerugian boleh dikurangkan baik melabur di mana sekalipun.

Ini pengalaman saya. Mungkin ada orang ada pengalaman yang berbeza 8) dan saya tidak menyesal melabur di amanah saham walaupun kerugian, kerana kesilapan membuat keputusan yang betul ini membolehkan saya belajar sesuatu untuk dibaiki di masa hadapan.
__________________



Read more...

Monday, August 24, 2009

Life Insurance Coverage for Influenza A(H1N1) – Press Release

Sumber:/www.meshio.com/2009/08/malaysia-health-insurance-and-h1n1/
Life Insurance Coverage for Influenza A(H1N1) – Press Release

Kuala Lumpur, 21 August 2009: The Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) has confirmed that death due to the Influenza A(H1N1) will be payable. In addition, all the 16 life insurance companies under LIAM will also be paying claims arising from hospitalization due to Influenza A(H1N1). Even though a majority of the medical policies carry exclusion on communicable diseases requiring quarantine by law, life insurers are responding to an immediate need of the nation in light of the increasing number of people who have been infected.

Life insurance companies will nonetheless continue to monitor the Influenza A(H1N1) situation. In the event of any review of this decision on life insurance coverage, the policyholders will be duly informed.


Read more...

Investment-Linked Insurance Policy

Sumber:www.meshio.com/2006/05/investment-linked-insurance-policy-an-overview/
First of all, you most likely already have an investment-linked insurance policy (ILP).

Maybe your agent might not have told you about it, but if you are like many others who has a medical health plan, it is most likely to have been tied with one.

When it comes to ILP, there are many different views on it. Some says it’s the future of the insurance industry (well, to the extend that some companies ONLY have ILP products) while some say they would rather not risk their insurance coverage with investments. Do you still remember why you got yourself an ILP?

Do you understand the risks you are taking all these while as an ILP policyholder?

Also why must your medical card plan be tied to an ILP? I can’t be sure, but I can speculate on a few possible reasons:

1) a medical health plan is a very important defensive financial tool to help you guard against expensive medical expenses. Since the inflation for medical and hospitalization stands at about 6-7% on an average, it’s not surprising that the profit margin for medical health plan is the lowest for the Insurance Companies (IC). So, what better way to rebalance it with a tie-up with insurance policy.


Read more...

Bilakah masa anda membuat pinjaman semula?

Sumber:www.asasteguh.com/2009/08/refinancing-housing-loanpinjaman-semula.html
Bilakah masa anda membuat pinjaman semula?

Bilakah anda perlu untuk membuat pinjaman semula (refinancing) pinjaman rumah? Ada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membuat pinjaman semula, antaranya :-

1. Mengambilkira tempoh pembayaran balik kerana ianya melibatkan kos-kos seperti kos guaman (legal fees), kos penilaian (valuation fees), disbursement fees, penalti bayaran awal (penalty on lock in period). Walaubagaimana pun terdapat kos-kos tersebut di serap oleh bank yang di kenali sebagai pakej Zero Moving Cost.

2. Penurunan kadar faedah lebih daripada 2% daripada kadar faedah pinjaman asal.

3. Penalti yang di kenakan oleh pihak bank sekiranya bayaran penuh di buat dalam tempoh lock in period. Kebiasaannya penalti di kenakan sebanyak 3% daripada jumlah pinjaman asal di sebabkan bayaran penuh dibuat (full settlement) dalam tempoh lock in period di mana kebiasaannya tempoh tersebut dalam jangkamasa 5 tahun.
4. Nilai semasa rumah mestilah melebihi daripada baki pinjaman asal kerana pihak bank akan memberikan pinjaman 90% atau kurang daripada nilai semasa rumah.

5. Mencari bank-bank yang menawarkan pakej yang terbaik bersesuaian dengan pendapatan dan perbelanjaan, anda perlu berurusan dengan beberapa buah bank atau institusi kewangan tempatan untuk mendapatkan tawaran yang terbaik. Shopping around ialah kaedah yang terbaik supaya anda dapat membuat perbandingan terhadap tawaran yang di buat. Oleh yang demikian, anda perlu mengetahui beberapa terminoloji yang di gunakan seperti berikut :-
a. Zero Moving Cost – Semua kos di tanggung oleh pihak bank seperti stamping fees, legal fees, valuation fees dan disbursement fees.
b. Non Moving Cost – Anda menanggung semua kos-kos seperti di para 5a.
c. Penalty – Caj yang di kenakan sekiranya pembayaran penuh (full settlement) di buat dalam tempoh lock in period.
d. Lock in period – Satu tempoh di mana pihak peminjam tidak di benarkan untuk membuat pembayaran penuh dan sekiranya melanggar peraturan ini akan di kenakan penalti.
e. Margin of Finance (MOF) – Jumlah margin pinjaman yang di luluskan seperti 90% daripada jumlah nilai semasa.
f. Flexi Loan – Pakej pinjaman yang membolehkan peminjam membuat pengeluaran lebihan bayaran ansuran bulanan yang terkumpul.

Setelah mempertimbangkan perkara2 diatas barulah anda membuat keputusan samada perlu atau tidak untuk meneruskan hasrat membuat pinjaman semula. Mengambil kira keadaan semasa di mana Base Lending Rate (BLR) ialah 5.55% berkemungkinan inilah masa yang terbaik di samping faktor-faktor yang di sebutkan diatas terutama apabila pinjaman asal anda sudah melebih 5 tahun di mana pada masa tersebut kadar faedah pinjaman asal anda melebihi 6%.

Refinancing Housing Loan/Pinjaman Semula Pinjaman Perumahan 2
Posted by Zul BM Asasteguh | | 0 comments »

Sebelum membuat keputusan untuk refinancing (memandangkan proses ini agak remeh dan merumitkan serta mencabar kesabaran anda), perkara-perkara perlu anda pertimbangkan :-

1. Apakah objektif atau tujuannya membuat refinancing? (Cthnya : Mendapatkan kadar yg rendah, mengurangkan bayaran ansuran bulanan, membayar hutang2, mendapatkan lebihan wang utk pelaburan, pelajaran anak2, simpanan utk persaraan.)
2. Apakah nilai pasaran semasa (current market value)rumah anda?
3. Apakah pilihan anda tehadap tawaran oleh bank2 perdagangan/institusi kewangan? (Flexi package, konvensional, Islamik, kadar faedah, kadar tetap, penalti cepat bayar atau lock in period).
4. Berapakah baki semasa pinjaman anda (balance of full settlement)?
5. Baki tempoh pinjaman? Kadar faedah pinjaman yg sedia ada).
6. Adakah anda masih dalam tempoh lock in period?
7. Berapakah jumlah penalti yang di kenakan sekiranya pinjaman yg sedia ada masih dalam tempoh lock in period?
8. Bagaimana pula dengan MRTA? Bolehkan anda mendapatkan pulangan bakinya nanti?
9. Apakah status geran rumah anda? (terutamanya utk jenis bertingkat spt kondominium, apartment)

Setelah mengambil kira perkara2 di atas barulah boleh membuat keputusan samada refinancing ini dapat memberikan manfaat yang maksimum dan terbaik.

Selalunya tempoh proses refinancing ini mengambil masa selama 3 - 4 bulan samada utk mendapatkan lebihan wang atau proses tamat.

Contoh refinancing dengan penalti (pinjaman anda masih dalam lock in period dimana kebiasaannya lock in period ini diantara 3 - 5 tahun tertakluk kepada pakej). Kebiasaannya juga penalti yang dikenakan adalah 3% daripada jumlah pinjaman asal atau baki pinjaman semasa (jarang belaku).

Encik Ahmad membuat pinjaman perumahan dgn Bank ABC spt maklumat berikut :-

* Harga pasaran rumah - RM600,000.00
* Jumlah pinjaman asal - RM450,000.00
* Tempoh bayaran balik - 30 tahun
* Baki tempoh bayaran balik - 28 tahun.
* Bayaran ansuran pinjaman semasa - RM2,994.00 sebulan
* Lock in period - 5 tahun
* Baki semasa (full settlement) - RM 435,252.00
* Penalti yg dikenakan berdasarkan 3% drpd jumlah pinjaman asal - RM 13,500.00
* Kadar faedah semasa - BLR + 0.25% = 7.00%

Encik Ahmad membuat pinjaman semula dgn Bank XYZ dengan kadar faedahnya BLR - 2.00% bersamaan dengan 4.75% ( BLR semasa 5.75% - 2.00% = 4.75%). Beliau membuat keputusan untuk mengekalkan tempoh pinjaman selama 28 tahun. Dengan jumlah pinjaman semula sebanyak RM 448,752.00 ( Baki semasa di campurkan dengan penalti yg di kenakan berjumlah RM 13,500), beliau perlu membuat bayaran ansuran RM2,417.00 sebulan.

Berapakah jumlah bayaran ansuran bulanan yg dapat beliau jimatkan dengan tempoh yang sama dengan pinjaman asal iaitu 28 tahun? Beliau dapat menjimatkan RM 577 sebulan. Beliau secara tidak langsung dapat menjimatkan jumlah faedah yang di kenakan terhadap pinjamannya.

Berbaloikah Encik Ahmad membuat pinjaman semula ini? Anda jawab sendiri.....................

Jadi dapatlah Encik Ahmad menyimpan RM 577 sebulan kedalam Amanah Saham Bumiputra (ASB) utk persediaan persaraannya nanti atau menyimpannya di Tabung Haji utk menunaikan fardu hajinya pada tahun 2014 suami isteri dgn jumlah terkumpul lebih kurang RM35,000.00.

Bersambung lagi....... Read more!

Read more...

Wednesday, August 19, 2009

THINK & GROW RICH

Sumber:azman-aziz.blogspot.com
Buku pertama yang aku tengah kaji sekarang ni berjudul "Think & Grow Rich". Karangan Napoleon Hill. Sebenarnya ni buku kedua Think & Grow Rich yang aku beli. Dulu aku dah ada.... hilang bila dipinjamkan pada kawan. Lama baru aku jumpa edisi yang terbaru ni.

Cetakan pertama buku ni pada tahun 1937. Maknanya buku ni dah berusia 72 TAHUN. Penulisnya pun dah meninggal 30 tahun lebih. Sejak mula dikeluarkan hampir 20 JUTA naskah telah terjual tidak termasuk yang telah diterjemahkan ke berbagai bahasa. Versi bahasa Melayu ada berjudul "BERFIKIR UNTUK MENJADI KAYA". Aku cuba baca tetapi aku suka baca karangan asal lagi. Ianya boleh dikatakan menjadi rujukan "WAJIB" bagi jutawan- jutawan yang telah berjaya sekarang ni.

Apa yang menariknya buku ini sehingga berjaya bertahan sehingga hampir 100 tahun dipasaran?

Sebenarnya sebelum menulis buku ni Napoleon Hill adalah seorang wartawan yang ditugaskan untuk menemuramah orang- orang yang berjaya pada masa tersebut seperti Andrew Carnegie (Orang paling kaya masa tu 1900an), Hendry Ford, Thomas A Edison, Dr Alexander Graham Bell dan banyak lagi nama- nama besar yang tercatat dalam sejarah. 25 tahun masa diambil dan 500 orang berjaya ditemui secara bersemuka.

Daripada kajian tersebut, Napoleon Hill melihat sebenarnya orang- orang berjaya ni mempunyai banyak persamaan baik dari sudut pemikiran mahupun tindakan. Hasilnya Napoleon Hill berjaya mengekstrak dan membuat RUMUSAN tentang apa dan bagaimana kesemua mereka ini boleh berjaya dengan cemerlang sekali. Hasilnya juga Napoleon telah menggariskan panduan, 13 Langkah untuk menjadi kaya.

Setelah hampir 72 tahun ditulis, Kebanyakan jutawan dan orang yang berjaya pada masa sekarang mengakui mempraktikkan apa yang ditulis oleh NApoleon Hill samada secara sedar atau tidak sedar. Edisi terbaru banyak memasukkan testimoni orang yang telahpun berjaya dengan mengamalkan langkah- langkah yang telah disebutkan dalam buku ini.

Kesimpulannya. Jika anda rasa ingin berjaya aku sarankan dapatkan buku ini. Tidak rugi memeilikinya hinggakan aku sanggup membelinya 2 kali. Buku pertama aku membacanya sekali lau dan buku kedua ni aku baca word by word, cuba memahami maksud Napoleon Hill satu persatu, mengambil nota dan rumusan dan paling penting aku mula mengamalkannya.
Posted by Azman Bin A Aziz


Read more...

The Intelligent Investor

Sumber:azman-aziz.blogspot.com
Korang mungkin kenal dengan nama WARREN E. BUFFETT. Orang terkaya dunia sekarang ni, sejak tahun lepas setelah berjaya memintas Bill Gates yang berjaya memegang rekod orang terkaya dunia selama 13 tahun berturut- turut.

Warren Buffett adalah seorang pelabur. Melalui portfolio pelaburannya beliau memiliki lebih 60 syarikat gergasi dunia. Antaranya termasuklah Coca Cola, Syarikat Perkapalan, Syarikat Pembuatan Jet dan sebagainya. Boleh lihat di sini, http://www.berkshirehathaway.com

Bila baca tentang Warren Buffett satu nama yang paling berkait rapat dengan beliau pasti akan ditemui iaitu BENJAMIN GRAHAM. Mahaguru Pelaburan kepada Buffett yang juga pernah menjadi majikannya.

Benjamin Graham (1894 - 1976) merupakan pensyarah di Colombia University dimana tempat Buffett belajar. Beliau adalah pengasas "Value Investing" (Pelaburan Nilai) yang banyak disentuh di dalam Buku Bertajuk THE INTELLIGENT INVESTOR. Buku yang pasti menjadi buruan bagi pelabur yang ingin berjaya.

Lama aku mencari buku ni ni Kedai- kedai buku seperti Popular dan MPH tapi tak jumpa. Tapi sekarang Alhamdulillah, mungkin berkat kesungguhan dan keinginan yang membara, atau mungkin juga rezeki yang datang menggolek, aku search punya search kat internet akhirnya aku jumpa satu salinan Softcopy di Internet. Satu buku lengkap 641 ms.

Secara ringkasnya buku ini memberi panduan untuk menyesuaikan dan mempraktikkan polisi- polisi pelaburan. Buku ini kurang menyentuh tentang teknik menganalisa sekuriti sebaliknya penekanan buku ini adalah pada "INVESTMENT PRINCIPLES & INVESTORS' ATTITUDES".

Aku sasarkan untuk menghabiskan kedua- dua buku ni dalam masa dua bulan. Besar kemungkinan blog aku akan jarang diupdate.

Rupa- rupanya ada yang mengikuti blog ni dari masa ke semasa. Hinggakan ada yang telefon aku bila lama tak update. Kepada mereka aku ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan korang semua. Mungkin bila aku lebih berkeyakinan aku ingin mengajak mereka yang berminat untuk sama- sama menubuhkan pusat kajian Pelaburan dan Kekayaan.
Posted by Azman Bin A Aziz at 5:24 AM 0 comments


Read more...

Monday, August 17, 2009

Betul ke hartanah Bidang terhebat?

Sumber:www.drumah.com/betul-ke-hartanah-bidang-terhebat/592.html
Ada banyak kebaikan dalam menjadikan bidang hartanah sebagai pilihan pelaburan. Sebagai pelabur… matlamat utama kita disini adalah untuk mendapatkan wang lebih, bukan? Saban tahun sektor hartanah banyak menarik pelabur-pelabur dari pelbagai latar belakang. Tidak kiralah anda seorang doktor, jurutera, guru, malah pelajar juga boleh melakukannya. Jadi… Inilah masa terbaik untuk menceburi perniagaan bernilai bilion ringgit itu.


Walau sehebat mana pun perniagaan ini, Perniagaan ini bagaimanapun bukan untuk semua orang. Anda harus menjadi seorang yang bermotivasi tinggi untuk teruja belajar mengenai industri ini. Satu dari pelajaran terbaik ialah berkenaan pengecualian cukai yang boleh anda lakukan. Ya, betul! Apabila anda melabur dalam bidang hartanah, anda boleh dikecualikan dari faedah yang anda perlu bayar kepada pinjaman kewangan termasuklah bayaran kos senggaraan. Ini bermakna anda boleh melapurkan liabiliti-liabiliti ini sebagai aset dan membina ekuiti sementara nilai hartanah anda terus meningkat.

Ada banyak orang yang mahukan pengecualian ini tetapi sayangnya anda tidak layak jika anda tidak melabur dalam bidang hartanah.Ada banyak maklumat yang boleh anda pelajari dari internet. Terdapat juga kursus pelaburan yang anda boleh ambil. Sebaik menamatkan kursus sedemikian anda sudah mempunyai pengetahuan yang lengkap untuk menjalankan tugas anda. Lapuran cukai memang melecehkan. Anda mungkin mahu menggunakan perisian pelaburan hartanah yang boleh membantu anda mendapatkan lapuran terperinci mengenai hartanah anda.

Pelaburan memang perniagaan berisiko. Melabur dalam pasaran saham kerap berdepan dengan keadaan yang tidak menentu tetapi hartanah boleh diinsuranskan terhadap apa-apa sahaja peristiwa tidak menentu yang diluar kawalan anda. Ini adalah cara untuk melindungi ekuiti anda. Perisian pelaburan hartanah boleh membantu anda dalam situasi kewangan yang tidak stabil. Ia boleh memberi anda jangkaan tepat mengenai kelemahan hartanah anda jika pendapatan sewa berkurangan atau jika hartanah anda kosong untuk jangka masa yang lama.

Perkara yang paling menarik mengenai pelaburan dalam sektor ini adalah potensi pendapatan. Anda mempunyai kawalan penuh kepada pelaburan anda. Anda boleh menaikkan nilainya dengan menambah baik hartanah atau memasang kelengkapan baru. Jika anda serius dalam sektor ini, anda boleh mengikuti pelbagai blog pelaburan hartanah yang kaya dengan pelbagai panduan. Anda boleh menggunakannya untuk mengetahui pulangan di sesuatu lokasi dan harga pasaran. Selagi anda mengetahui semuanya yang anda perlu mengenai hartanah anda dan mempunyai alat kelengkapan untuk berjaya, anda boleh sama-sama meraih pulangan lumayan dalam perniagaan yang menguntungkan ini!

Read more...

Saturday, August 15, 2009

Downsized!

Sumber:www.pakdi.my/blog/downsized/
Dalam artikel Shuth, antara alasan orang nak makan gaji sampai ke tua adalah:

“Makan gaji ler senang.. cukup bulan mesti dapat gaji! Tak payah susah-susah nak pening kepala.”


Bagi saya adalah, makan gaji atau berniaga bukan persoalan utama, tetapi adakah anda bersedia menghadapi zaman susah baik ketika makan gaji atau berniaga, itu adalah lebih penting untuk difikirkan.

Ingat, kalau semua orang main saham 24 jam, beli hartanah satu Malaysia, jual pisang goreng di pasar malam, siapa pula nak jadi doktor? Siapa pula nak jadi jurutera? Siapa pula nak jadi pak guard? Siapa pula nak jadi mekanik?

Justeru, baik anda bekerja makan gaji atau bekerja sendiri, anda perlu bersedia untuk menghadapi masa susah.

Dalam permainan Cashflow 101, ada satu petak dinamakan downsized! Anda dibuang kerja! Anda tidak mempunyai pendapatan selama 2 bulan! Tetapi bukan VSS, sebab VSS dapat pampasan :D

Kalau kita tiada aset, tiada cashflow, tiada savings yang mencukupi, saat-saat mendekati petak downsized cukup menggerunkan. Dan semua pemain menarik nafas lega bila petak ‘durjana’ tersebut dilepasi dengan jayanya. Itu baru permainan simulasi, bayangkan sekiranya situasi itu betul-betul berlaku dalam diri anda.

Bak kata Donald Trump dalam siri The Apprentice: You’re fired!

Walaupun ia adalah petak durjana, tetapi sekiranya anda mempunyai savings dan yang paling utama, aset yang tertentu, anda akan menarik nafas lega. Lebih-lebih lagi kalau kad small deal & big deal dibacakan dan anda mendapat untung besar!

Ini menunjukkan, sekiranya anda mempunyai pengetahuan mengenai dunia kewangan yang betul dan bersedia untuk menghadapi 1001 cabaran buruk yang bakal melanda, anda akan melepasi ujian getir tersebut.

Pengalaman saya mengendalikan simulasi permainan Cashflow ini kepada pelajar IPTA banyak mengajar diri saya apabila melihat emotional reaction yang berlaku semasa para peserta mendapat petak downsized. Ada yang boleh tersenyum, ada yang menepuk dahi dan ada yang cukup-cukup nafas aje.

Sekiranya hari ini anda diberi notis berhenti kerja 24 jam, adakah anda boleh tersenyum atau sebaliknya?

Tepuk dada dan tanya pengetahuan kewangan anda.

Read more...

Periksa Cashflow Bulanan Anda

Sumber:www.pakdi.my/blog/periksa-cashflow-bulanan-anda
Sekiranya anda mengetahui cara pengurusan kewangan yang betul, anda sebenarnya tidak memerlukan gaji yang terlalu besar untuk mencapai financial freedom. (Oh ya, inilah antara pembelajaran dalam permainan Cashflow 101 yang sangat menarik!) Semua orang, boleh mencapainya dengan syarat anda mesti berdisiplin tinggi.


Apa yang anda perlukan bukan gaji yang besar, tetapi cashflow yang besar!

Mari kita lihat apakah perkara yang selalunya dibelanjakan oleh anda, penduduk Malaysia, dengan anggaran kos hidup paling minimum dalam sebulan.

1. Hutang rumah – RM 1200
2. Hutang pendidikan (MARA, PTPTN, JPA dll) – RM 250
3. Hutang kereta – RM 450
4. Hutang kad hutang (credit card ;) ) – RM 100
5. Duit makan minum, belanja runcit, utiliti dan lain-lain – RM 800
6. Perbelanjaan anak-anak – RM 200

Perbelanjaan wajib sebegini sahaja sudah memakan belanja sekitar RM 3000. Maka tidak hairan lah banyak pasangan yang terpaksa bekerja bersama untuk menampung keperluan hidup.

Financial freedom bukan perkara magik, tetapi kombinasi ilmu + usaha + tawakal

Apa pun kiraan sebenar perbelanjaan anda, baik yang masih bujang atau pun sudah berkahwin, pastikan anda mempunyai cashflow yang positif setiap bulan. (Pastikan ia dikira setelah anda membuat active savings terlebih dahulu.

Kenapa anda perlu mempunyai cashflow positif?

1. Untuk membolehkan anda mula melabur & berniaga
2. Untuk perbelanjaan yang tidak disangka (tayar pancit, paip bocor)

Walaupun anda cuma mempunyai RM 50 cashflow positif sebulan, dan anda tidak tahu apa-apa mengenai pelaburan, sekurang-kurangnya anda sudah boleh mula membaca sebuah buku kewangan sebulan. Itu adalah permulaan pelaburan pendidikan kewangan anda.

Bayangkan apa yang anda boleh lakukan lagi sekiranya cashflow positif anda sebulan sudah pun mencapai RM 1000 ke atas dan anda memang sudah tahu mengenai pelaburan serta sudah pun mula berniaga?

Inilah yang selalu disebut orang miskin bertambah miskin, orang kaya bertambah kaya kerana perbedaan ilmu kewangan yang sangat ketara.

Dan sekiranya anda mempunyai cashflow negatif sebulan, ding! Anda perlu segera bertindak, sama ada memeriksa semula perbelanjaan anda, apakah liabiliti dan doodads yang boleh segera dihentikan dan yang lebih baik, fikirkan cara untuk anda menambah pendapatan anda, seperti memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Yang lebih teruk sekiranya anda mempunyai cashflow negatif, dibebani hutang keliling pinggang, dan tidak mahu belajar ilmu kewangan, akhirnya anda memilih untuk ditipu dengan skim pelaburan cepat kaya, berjudi dan meminjam dengan ah long. Keluarga yang menjadi mangsa akibat sikap buruk anda itu tadi.

Justeru, apabila kegagalan anda untuk mempunyai cashflow positif sebulan akibat kesilapan anda sendiri, kenaikan gaji satu kali ganda pun tidak dapat mengatasi masalah anda kerana anda mempunyai tabiat pengurusan kewangan yang teruk.

Kalau anda tidak tahu menguruskan RM 100 dengan baik (sama ada untuk dibelanjakan atau dilaburkan), adakah anda fikir anda mampu menguruskan RM 10 000 dengan lebih baik?

Saya tidak fikir begitu.

Read more...

Apa Yang Mesti Anda Buat Selepas Dapat Gaji

Sumber:www.pakdi.my/blog/apa-yang-mesti-anda-buat-selepas-dapat-gaji/
Anda baru cek akaun bank anda menerusi mesin ATM.

Yes. Gaji sudah masuk!

Dan seperti biasa anda sudah berkira-kira untuk membayar …

* Duit rumah
* Duit kereta
* Bil air
* Bil api
* Bil internet
* Bil telefon
* Hutang bank
* Dan seterusnya

Kemudian anda pun membelanjakan baki gaji yang ada untuk keperluan yang lain dan urusan hidup anda sehinggalah masuk gaji seterusnya pada bulan hadapan.

Kalau ada lebih, baru anda fikir untuk simpan.
Kan Kan Kan Kan ?

Tetapi amalan biasa anda sebegini adalah
Salah!

Dan anda perlu mengubah amalan ini untuk kebaikan masa depan kewangan anda.

Mahu kah anda mengetahui 2 perkara mudah yang mesti anda buat selepas dapat gaji bulanan anda ?
Ya.

Dengan melakukan 2 perkara mudah ini terlebih dahulu, keadaan kewangan anda akan berubah untuk selama-lamanya.
# 1 : Pay Yourself First

Anda mesti memperuntukkan paling kurang 30% dari keseluruhan pendapatan anda untuk disimpan.

Sekiranya gaji bersih anda RM 1800, maka anda perlu menyimpan kira-kira RM 540 ke salah satu dari 4 pilihan yang berikut:

1. ASB
2. Tabung Haji
3. Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit)
4. Akaun Simpanan Biasa (Savings / Current)

Sila buat potongan tetap setiap bulan secara automatik dan simpan buku akaun atau kad ATM di tempat yang sukar untuk diambil.

Maka dengan cara ini anda boleh terus menyiapkan diri anda dengan jumlah simpanan yang bersamaan (step by step)

* 3 bulan perbelanjaan
* 6 bulan perbelanjaan
* 12 bulan perbelanjaan
* 24 bulan perbelanjaan
* 48 bulan perbelanjaan
* 60 bulan perbelanjaan
* 84 bulan perbelanjaan

Dan segala duit bonus, pendapatan sampingan anda juga digalakkan untuk dimasukkan ke dalam akaun ini.
# 2 : Zakat & Derma

Anda perlu memperuntukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda untuk tujuan zakat dan derma.

Sekiranya gaji bersih anda RM 1800, maka RM 180 digunakan untuk tujuan ini.

Cara yang paling kool adalah dengan menderma di tabung-tabung masjid pada hari Jumaat.

Cara yang lebih kool pergi cari rumah-rumah kebajikan atau badan-badan kebajikan tertentu yang memerlukan sumbangan duit orang ramai.

(Err.. untuk bulan November boleh gunakan duit tu untuk menyertai larian Terry Fox)

Cara yang agak lari dari kebiasaan tetapi masih boleh dilakukan adalah dengan membelanja kaum keluarga dan rakan-rakan anda untuk acara makan-makan.

Ibu bapa anda mesti suka kalau tiba-tiba anak mereka (anda lah tu) mengumpulkan sesama adik beradik untuk acara makan-makan sesama keluarga.

(Ini tidak, apabila buat kenduri kahwin ada yang mengharapkan sampul becek dari tetamu. Uhuk uhuk!)

Sekarang anda mempunyai baki 60% dari gaji anda untuk dibelanjakan sesuka hati.

Apa lagi.

Pergi lah bantu orang lain menjadi kaya pula.


Read more...

Thursday, August 13, 2009

Standard Chartered Mortgage KLIBOR

Sumber:fortunesense.blogspot.com/2009/08/standard-chartered-mortgage-klibor.html
Standard Chartered currently running a promotion on the home loan that is based on the KLIBOR (Kuala Lumpur Interbank Offered Rate), , the Mortgage KLIBOR.


The loan rate from now till 18 September is as below
First 2 years - Klibor + 0.85 %
Third years onward - Klibor + 1.16 %

Based on the current 3-month KLIBOR of 2.13% p.a. until 30 September 2009. This is equivalents to the loan rate of,
First 2 years - 2.99%
Third years onward - 3.19 %

The minimum loan size for this Mortgage KLIBOR is RM100,000 and is subject to a 5-year lock-in period. Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) is required for this loan.

For example with the loan amount of RM 300, 000 with loan tenure of 30 years,

Total interest paid is around RM 165, 076.42

Comapre this to the BLR based home loan,

For example with the loan amount of RM 300, 000, the BLR rate of 5.55 and loan tenure of 30 years

1) loan rate of BLR - 2.3, that is 3.25% for the whole period,
Total interest paid is around RM 170, 022.82

2) loan rate of BLR - 2.4, that is 3.15% for the whole period,
Total interest paid is around RM 164, 115.83

The KLIBOR rate will be reviewed for every three months and the BLR is based on the overnight policy rate (OPR).

Merely based on the total interest paid suggested that the Mortgage KLIBOR seems to be quite attractive. Welcome to share any information and experience that you have for this Mortgage KLIBOR and the pro and con compared to other type of house loan.



Read more...

Wednesday, August 12, 2009

Hukum ASB-Ustaz Zaharuddin

Sumber:/www.zaharuddin.net/content/view/224/95/
Perbincangan Hukum Pelaburan ASB
: Versi Kemaskini
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.

ASB?

Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita.

1) Pandangan Yang Mengharuskan

Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :

"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".

Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :

1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.

a- Ihya Ulumiddin

b- Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab As-Syafie

2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-

Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)

1. Fatwa Yang Mengharamkan

Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya


" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

Demikianlah dua aliran pendapat dan fatwa berkenaan Amanh Saham Bumiputra, namun dengan hormat kepada kesemua badan fatwa, secara ringkasnya, saya menyokong pendapat yang mengharamkan di atas asas berikut :-


1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas

Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.

Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.


2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.

Termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha ‘Mudarib" (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para pelabur.

Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.

Keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab juga. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.

Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ).

Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah (Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313)

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-

a- Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.

b- Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)


3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.

Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.

Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.

2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %

3- British American Tobacco berhad 1.07 %

Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33 peratus industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.

Saya tidak bermaksud Pelaburan ASB telah dibincang dan ditolak oleh Majlis tersebut, tetapi ianya belum lagi iktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab mengesahkan sesuatu pelaburan itu halal atau tidak. Iaitu, ia belum dibincangkan dan tidak pula di ‘table' untuk perbincangan mereka.

Namun, Majlis Penasihat Shariah ini pernah mengeluarkan keputusan garis panduan atau ukur rujuk berkenaan pelaburan dalam syarikat (secara beli sahamnya atau lainnya) yang mana perniagaannya bercampur seperti berikut ( agak panjang dan saya terpaksa menyertakan yang berkaitan sahaja):

" The SAC (Shariah Advisory Council) at its second meeting on 21st August 1996, discussed the status of companies running a mix of permissible and prohibited activities. The SAC resolved that such companies with some prohibited elements which do not exceed the benchmark determined by SAC. ..............

..... iii. The core activiies of the company have importance and maslahah ( benefit in general) to the Muslim ummah and the country, and the haram element is very small and involves matters such as 'umum balwa ( common plight ), 'urf and the right of the non-muslim community which are accepted by Islam..

Based on the Prophet SAW word 1/3 or 33.33 % "is enough" and can be used as a guideline for the basis of formulating a benchmark. The question is whether this benchmark is suitable to be used for mixed companies, because it relates to the bequest of property and giving of alms. Even so, it cannot be denied that it can be used as a benchmark to set the upper limit of a mixture because an amount exceeding the percentage will be considered excessive"

Justeru, jika kita melihat jumlah peratusan pel;aburan ASB di bank konvensional iaitu 37 peratus, ia telah melebihi ‘benchmark' 1/3 yang ditetapkan badan berwibawa ini.

Hakikatnya, masih banyak lagi kaunter atau syarikat yang halal untuk dilabur oleh dana ASB walaupun mungkin tidak mampu memberikan keuntungan setinggi bank konvensional ini, yang terpenting biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram

Ada sesetengah pihak berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah.

Namun bagi saya ia ternyata hujjah yang longgar. Ini kerana maslahat yang dicanagkan adalah merupakan kepentingan yang boleh diperolehi dengan cara halal. Masih banyak tempat yang halal untuk dilaburkan.

Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat:-


1- Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2- Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3- Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4- Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.

Justeru amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.

Ini bukanlah fatwa tetapi hanya pendapat peribadi atas kajian peribadi, bagi sesiapa yang menyakini fatwa yang mengharuskan, ia terpulang kepada anda, dan bagi sesiapa yang menyakini fatwa Selangor dan tulisan ini, anda juga bebas.

PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.
Sekian, Wassalam


Read more...

Kajian kes Etika Emas Estet Sdn Bhd : Mengapa Pelabur Mengalami Kerugian?

Sumber:Jutawanemas.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.

Saya di sini sibuk banyak. Sekarang nie tengah sibuk buat research pasal pelaburan emas. InsyaAllah kalau takder aral melintang hujung bulan ini saya dah boleh keluarkan e-book saya sendiri :)

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin berkongsi maklumat kajian kes skim pelaburan emas yang dijalankan oleh Etika Emas Estet Sdn Bhd.

Dalam kes ini saya akan menerangkan kaedah pengiraan kerugian pelabur-pelabur skim Etika Emas Estet dan kenapa kerugian tersebut berlaku.
Follow-up posting yang lepas.

Di dalam artikel yang lepas, saya ada meminta pelabur-pelabur yang bermasalah dengan skim pelaburan emas untuk menghubungi saya.

Niat saya ialah untuk membantu menilai jumlah kerugian yang dialami serta memberikan penyelesaian bagaimana nak meminimakan kerugian.

Saya telah menerima 29 e-mail daripada pelabur yang menyertai skim pelaburan emas.

Kesemuanya daripada pelabur Etika Emas Estet Sdn. Bhd.

Jadi saya membuat keputusan untuk memaparkan cara mengira untung rugi bagi pelabur Etika Emas.

Ini adalah bagi kes Ar-Rahnu.
Bagaimana mengira kerugian/keuntungan anda?

Untuk membuat pengiraan anda perlukan maklumat-maklumat berikut:

1. Berapa nilai marhum emas yang dipajak
2. Nilai pinjaman Ar-Rahnu
3. Upah simpan bulanan
4. Jumlah upah simpan (setelah 6 bulan)
5. Tarikh tamat kontrak
6. Berapa harga emas ketika dibeli dengan Etika Emas
7. Berapa harga emas yang boleh dijual (kepada pihak ketiga)

Contohnya:
En. A melabur 100 gram (1 +1) pada 17/6/2009 dengan kos RM13 296

- Tarikh masuk program = 17/6/2009
- Tarikh tamat = 17/12/2009
- Jumlah emas yang dipajak = 200 gram
- Nilai marhum = RM25 326
- Nilai pinjaman = RM16 460
- Upah simpan sebulan = RM191.51
- Jumlah upah simpan setelah 6 bulan = RM1149.04
- Kos kontrak = RM100
- Harga belian Etika Emas = RM13 296 (termasuk 5% brokerage fee)
- Harga emas dijual kepada pihak ketiga = RM10500/100 gram (harga pada 10/8/2009)

Pengiraan untuk En. A:
Jika menggunakan pihak ketiga untuk menebus emas (pada bulan 8/2009) , maka pengiraan untung rugi adalah seperti berikut:

Bayaran yang diterima = RM10 500 x 2 ketul
= RM21 000 –>

ditolak semua kos-kos dibawah
(- ) RM16 460 –> nilai pinjaman Ar-Rahnu
(-) RM383.12 (upah simpan 2 bulan, sehingga bulan 8 sahaja)
(-) RM100 (kos kontrak etika)
Baki ditangan = RM4056.88

Jumlah modal ketika menyertai pelaburan = RM13 296
Jumlah modal yang dapat diselamatkan = RM4056.88
Jumlah kerugian = RM9239.
Peratus kerugian = 69.48%

hmm… banyak juga kerugian En. A.

Lebih kurang 70% modal beliau telah hangus.
Disclaimer:

Jumlah keuntungan dan kerugian pelabur Etika Emas tak sama antara seorang pelabur dan pelabur yang lain. Kat sini saya cuma mengira kerugian bagi kes encik A.

Sekiranya anda tergolong didalam kategori yang dah untung.. Alhamdulillah.. syukur pada Allah.
Bagaimanakah cara meminimakan kerugian?

Setelah anda membuat pengiraan dan mengetahui jumlah kerugian yang perlu ditanggung, maka anda boleh mengambil tindakan-tindakan alternatif seperti :

1. Biar pihak ketiga uruskan penebusan. Anda boleh terima hakikat yang anda telah
rugi. Kalau simpan pun menyakitkan hati jer..

2. Biar aje dalam Ar-Rahnu sehingga kontrak hampir tamat. Anda boleh tunggu
harga emas naik supaya boleh jual tinggi kepada pihak ketiga.
(p/s: anda masih perlu membayar semua upah simpan kat Ar-Rahnu)

3. Kalau kontrak dah nak expired, anda boleh bayar upah simpan sahaja
dan sambung kontrak lagi 6 bulan (andaian harga akan naik lebih tinggi nanti).
Harap-harap anda akan dapat harga yang lebih baik lah..

4. Tebus sendiri dan simpan semua emas-emas tersebut sendiri (kalau ada modal)

5. Biar habis kontrak dan emas tu kena lelong. Kalau lelong dapat harga tinggi nanti
Bank Rakyat akan pulangkan lebihan wang kat anda (ini alternatif terakhir lah..)
Kalau dibuatnyer orang tak beli emas lelong anda, jatuh rugi lah jugak..
Mengapa pelabur rugi banyak?

Berdasarkan analisa saya, pelabur Etika Emas mengalami banyak kerugian disebabkan faktor-faktor berikut:

1. Harga emas yang dijual oleh Etika Emas lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Jadi apabila masalah berlaku, pihak Etika Emas tidak mampu membeli semula pada
harga yang dijanjikan di dalam kontrak ( -2%) sebaliknya emas tersebut terpaksa
dijual kepada pihak ketiga pada harga yang rendah.

2. On top of that, ada cas 5% brokerage fee ke atas harga jualan emas Etika Emas
menyebabkan kos yang ditanggung pelabur lebih tinggi.

3. Semua wang gadaian diberikan kepada Etika Emas.

4. Pelabur terpaksa menanggung upah simpan di Ar-Rahnu
(sebab akaun Etika Emas kena freez dengan Bank Negara)

5. Hibah bulanan daripada Etika Emas dah tak dapat.

6. Emas tersebut terpaksa dijual pada harga diskaun kepada pihak ketiga.
Ini kerana tiada siapa yang hendak membeli emas tersebut pada harga Etika Emas.

7. Kalau buat personal loan dengan bank, maka kena tanggung interest.
Ini adalah kerugian dalam jangkamasa panjang. Kalau campur dengan kerugian
interest loan, memang lebih banyak kerugian yang perlu ditanggung oleh pelabur.
Apakah pengajaran daripada peristiwa ini?

Well, saya rasa ramai pelabur yang sudah serik nak menyertai skim-skim pelaburan emas. Ini kerana skim pelaburan emas dilihat mempunyai risiko yang tinggi.

Siapa sangka syarikat-syarikat ini akan diserbu dan disiasat oleh pihak berkuasa.

Namun begitu jangan jadikan pengalaman pahit ini sebagai penghalang daripada anda membuat pelaburan emas.

Pelaburan emas memang sangat menguntungkan, tapi ia perlu dilakukan dengan betul.

Kalau nak tahu pasal kaedah pelaburan emas yang betul, anda kena ikuti blog juwawanemas nie. Saya akan ceritakan bagaimana cara membuat pelaburan emas yang sebenarnya.

By the way, saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan anda semua. Ini saya perolehi daripada buku Robert Kiyosaki yang bertajuk “The REAL Book of Real Estate. Real Expert. Real Stories. Real Life.

robert_kiyosaki_book

Didalam buku tersebut, salah seorang penulisnya telah menceritakan pengalaman peribadi beliau sebelum berjaya.

Katanya “Kejayaan bukanlah datang di dalam bentuk garis lurus; ia adalah siri perjalanan dan perhentian, naik dan turun”

i_thought2

Tapi itu bukanlah realitinya.

Ini sebenarnya perjalanan ke arah kejayaan:

reality_of_success1

Jika kita terus bersabar, berani belajar dari kesilapan dan sentiasa tabah.

Dan yang penting sekali ialah menimba ilmu pengetahuan sebelum membuat sesuatu.

Kita akan berjaya. InsyaAllah.
Mari berkongsi pengalaman.

Ok, kat sini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua.

Perjalanan mencari kekayaan saya sebijik macam graf zig zag kat atas tu.

Ada ketikanya dapat untung banyak.. lepas tu kena scam, kena tipu dengan janji palsu dan banyak lagi. Berpuluh ribu jugaklah abis..

Semua tu menyebabkan saya lebih berhati-hati.

Nak kumpul duit memang susah.. nak hilang duit senang ajer…

Jadi saya telah berjanji kepada diri saya sendiri.. sebelum saya berbuat sesuatu, saya akan pastikan yang saya mendalaminya terlebih dahulu.


Read more...

Asas pelaburan dalam lelongan

Sumber:www.drumah.com/asas-pelaburan-dalam-lelongan/590.html
Melabur dalam lelongan boleh mendatangkan pendapatan mudah. Walaupun banyak risiko tidak terjangka yang boleh dialami oleh pelabur baru namun melabur dalam lelongan adalah peluang terbaik untuk menjana wang dalam ekonomi sekarang. Sepertimana semua usaha niaga perniagaan yang lain, pelaburan jenis ini mempunyai risiko walaupun ia adalah yang terbaik dan lumayan. Mencari hartanah yang dilelong dalam keadaan pasaran perumahan sekarang bukanlah perkara yang sukar.


Melabur dalam lelongan dipercayai oleh pelabur-pelabur sebagai cara paling pantas untuk pemain pasaran mendapatkan keuntungan. Ia hanya memerlukan modal yang kecil tetapi boleh menjana harta dengan cepat. Pelaburan lelongan juga adalah peluang terbaik untuk membeli hartanah dengan harga di bawah pasaran atau bergantung keadaan pasaran. Biasanya ia lebih murah dari harga biasa pasaran.

Pelaburan jenis ini adalah cara terbaik untuk menemui urus niaga yang bagus dalam pasaran hartanah. Ini boleh direalisasikan bila anda mempunyai sistem yang betul, senarai hartanah dan simpanan wang untuk pembelian hartanah anda. Melabur dalam lelongan bagaimanapun bukanlah sentiasa menguntungkan tetapi hasilnya selalu berbaloi dengan usaha. Bila anda melabur dalam hartanah, perbaiki hartanah anda untuk memudahkan ia dijual kembali dan meningkatkan peratus keuntungan anda.

Pelaburan hartanah sudah berada di tahap baru di mana banyak peluang pelaburan yang muncul dari pelbagai tempat. Maka, adalah penting untuk anda mempunyai pengetahuan yang betul bila peluang ini muncul di depan anda supaya anda boleh mengambil peluang itu.

Pasaran hartanah telah menerima kesan yang teruk kerana kegawatan ekonomi sekarang. Ini menyebabkan harga pasaran hartanah komersil dan perumahan turun mendadak. Banyak juga hartanah yang dirampas oleh pihak bank kerana pemilik tidak mampu membayar ansuran bulanan. Kebanyakan hartanah yang dirampas memerlukan banyak pembaikian kerana biasanya pemilik rumah jenis ini tidak mengambil tahu hal ehwal rumah apatah lagi pembayaran bulanan. Pelaburan hartanah jenis ini akan dan seharusnya memberi keuntungan untuk anda bagi tahun-tahun yang mendatang.

Di pasaran sekarang ada banyak hartanah lelong pihak bank tetapi anda harus menyedari risiko yang ada sebelum mendapatkan pinjaman kewangan untuk membelinya. Membeli dari lelongan adalah satu proses yang mudah dan tidak berisiko hanya sekiranya anda memahami bagaimana untuk melakukannya. Pihak Bank tidak berminat untuk memegang hartanah terlalu lama kerana perniagaan mereka bukan untuk memiliki hartanah.

Rumah lelongan adalah pilihan pelaburan yang menarik tetapi anda harus ketahui perkara seperti penyitaan dan hutang yang masih ada dengan hartanah tersebut. Lelongan adalah tempat sasaran untuk pelabur di mana penjual mahu menjual dengan cepat dan tidak mempunyai banyak pilihan. Penjual yang tidak bermotivasi untuk bercakap dengan anda dalam telefon adalah petanda awal bahawa urusniaga hartanah ini tidak akan menjadi satu urusniaga yang baik kerana penjual tidak berminat untuk menawar harga. Jual beli lelongan adalah sesuatu yang memenatkan minda. Pemilik hartanah terdedah kepada pelbagai tekanan keputusan segera. Hasilnya, banyak negara yang mengenakan tindakan undang-undang untuk melindungi penjual hartanah di lelongan daripada kehilangan hartanah kepada mereka yang hanya mahu mengambil kesempatan.

Perkara paling penting untuk diingat ialah, lebih ramai jutawan yang boleh dicipta melalui hartanah daripada pelaburan lain. Maka, jangan takut untuk melibatkan diri. Belajar apa yang perlu, cari urusniaga terbaik dan ikuti sistem yang telah terbukti. Jadilah jutawan itu!

Read more...

Tuesday, August 11, 2009

Borang-borang yang paling penting dalam industri hartanah

Sumber:www.drumah.com/borang-borang-yang-paling-penting-dalam-industri-hartanah/580.html
Mereka yang terlibat dalam hartanah menyedari bahawa proses pindahmilik hartanah adalah sesuatu perkara yang merumitkan. Ianya bermula daripada keputusan pemilik menjual rumah sehingga masa penyerahan kunci kepada pemilik baru. Setiap proses perlu direkodkan secara rasmi menggunakan pelbagai jenis borang hartanah.

Borang tawaran untuk membeli adalah penting. Borang ini menunjukkan harga dimana pembeli sanggup membayar untuk harta tersebut dan juga merangkakan bagaimana wang akan dibayar. Selain itu, juga terkandung di dalam boring berkenaan ialah bayaran pendahuluan yang perlu dibayar, tarikh akhir bayaran baki, dan kaedah bayaran ( tunai, cek bank, pindahan bank).

Walaupun pembeli rumah boleh memilih samada mahu menyediakan tawaran mereka sendiri untuk dokumen pembelian, tetapi cara yang terbaik adalah dengan berunding dengan peguam hartanah atau agen hartanah terlebih dahulu untuk mengesahkan samada format dan kandungan selaras dengan standard negeri dan persekutuan.

Satu lagi pilihan yang boleh diambil ialah dengan menggunakan borang tawaran untuk membeli yang telah siap yang mana boleh dibeli atau muat turun dari internet.

Bagaimanakah untuk mewujudkan ‘first impression’ yang positif terhadap rumah anda yang ingin dijual?

Keputusan untuk membeli rumah selalunya bergantung kepada tanggapan pertama pembeli. Ini bermakna, rumah perlu berada dalam keadaan baik supaya ianya boleh memberi kesan emosi kepada pembeli yang berpotensi sekaligus menyukai rumah itu.

Bagi kebanyakkan pembeli, keputusan untuk membeli sesebuah rumah adalah mudah dipengaruhi oleh emosi. Kenalpasti fakta ini, anda perlu membuatkan pembeli menyukainya pada pandangan pertama. Isu ini sangat penting ini kerana seluruh industri ini berkembang untuk membantu anda melakukannya.

Anda boleh bergantung kepada pihak yang lebih professional dan berpengalaman dalam mempersembahkan rumah yang ingin dijual itu. Mereka akan dating meninjau dan melihat rumah anda dan kemudiannya menyusun semula rumah itu untuk menjadikannya lebih mesra pembeli.

Pihak professional ini yang akan membantu anda untuk menjual rumah anda. Mereka akan menyusun atur rumah itu dalam gaya yang membantu kearah itu. Sebaliknya anda telah menyusun atur rumah mengikut citarasa. Anda perlu sedar bahawa dua matlamat ini adalah sangat berbeza dan anda perlu menyedarinya.

Apabila membuat keputusan untuk menjual rumah, citarasa anda tidak lagi relevan. Sebaliknya, anda perlulah mengikut citarasa semasa yang dapat menarik perhatian pembeli yang baru.


Read more...

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP