Saturday, July 25, 2009

Pakej Pinjaman: Apa itu ZEC / NZEC & FMC / NFMC

Sumber:wsahabat.blogspot.com/2009/05/pakej-pinjaman-apa-itu-zec-nzec-fmc.html
Saya seringkali ditanya oleh rakan-rakan saya yang ingin membuat pinjaman atau pembiayaan semula perumahan tentang ZEC / NZEC & FMC / NFMC. Jadi pada kali ini, saya ingin menulis dan berkongsi dengan anda semua di luar sana apa maksud sebenar dan terma tersebut.

Seringkali kita melihat pakej-pakej pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh setiap bank di negara ini mempunyai terma seperti tajuk di atas. Terma tersebut merupakan kata lain bagi kos-kos sampingan yang perlu di tanggung untuk setiap permohonan pinjaman perumahan.

Secara amnya untuk setiap pinjaman perumahan, terdapat beberapa kos sampingan seperti:

1) Yuran guaman
2) Duti Stamp
3) Yuran penilaian (valuation)
4) lain-lain

Kesemua kos-kos tersebut perlu ada untuk menjadikan pinjaman itu sah di sisi undang-undang dan ianya hendaklah di jelaskan oleh bakal peminjam atau ditanggung oleh pihak bank sendiri. Kadar interest bagi setiap pakej pinjaman juga akan dipengaruhi oleh kos-kos sampingan tersebut. Saya huraikan satu persatu:

ZEC (Zero Entry Cost) atau FMC (Free Moving Cost)
Jika anda terlihat pakej pinjaman perumahan yang ada menggunakan perkataan seperti di atas, ini membawa maksud bahawa setiap kos sampingan akan di tanggung oleh pihak bank. Pakej sebegini sangat sesuai bagi mereka yang tidak mahu memikirkan atau tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk membuat permohonan pinjaman. Akan tetapi kadar interest yang dikenakan oleh pihak bank selalunya agak tinggi berbanding NZEC atau NFMC

NZEC (Non Zero Entry Cost) atau NFMC (Non Free Moving Cost)
Terma di atas pula merujuk kepada setiap kos sampingan akan ditanggung oleh bakal peminjam. Pakej sebegini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai dana yang berlebihan. Secara tidak langsung kelebihan bagi golongan yang memilih pakej sebegini adalah, kadar interest selalunya agak rendah, dan untuk jangkamasa panjang ia akan menguntungkan dari segi interest berbayar. Selalunya, kos sampingan akan dikira lebih kurang 3% daripada jumlah pinjaman

Saya beri contoh untuk membezakan kadar interest yang dikenakan oleh pihak institusi kewangan di dalam pakej pinjaman perumahan mereka:

Saya ambil contoh pakej pinjaman dari ING Insurance:

Jumlah Pinjaman: RM250,000
Pakej:
ZEC: 5.25% kadar tetap (sepanjang tempoh)
NZEC: 4.85% kadar tetap (sepanjang tempoh)

Untuk kiraan bayaran bulanan dan interest berbayar pada bagi kedua-dua pakej adalah seperti berikut:

ZEC: 5.25% kadar tetap (sepanjang tempoh)
Kos Guaman = PERCUMA

Jumlah Pinjaman: RM250K
Tempoh Pinjaman: 30 tahun
Kadar Interest: 5.25% tetap
Bayaran Bulanan: RM1381.00
Jumlah Interest: RM246,983
Jumlah Keseluruhan: RM496,983

NZEC: 4.85% kadar tetap (sepanjang tempoh)
Kos Guaman = tidak lebih dari RM7500

Jumlah Pinjaman: RM250K
Tempoh Pinjaman: 30 tahun
Kadar Interest: 4.85% tetap
Bayaran Bulanan: RM1319.00
Jumlah Interest: RM224,923
Jumlah Keseluruhan: RM474,923

Daripada kiraan saya di atas, dapat dilihat bahawa;

Kos Guaman = Berpihak kepada pakej ZEC kerana percuma, anda tidak perlu menanggung kos guaman
Bayaran Bulanan = Berpihak kepada pakej NZEC kerana bayaran bulanan hanya RM1319.00 berbanding RM1381.00 (jimat sebanyak RM62 sebulan)
Jumlah Interest = Berpihak kepada NZEC kerana jumlah keseluruhan hanya RM224,923 berbanding RM246,983 (jimat sebanyak RM22,061)

Jadi, kesimpulan yang dapat saya buat adalah, bagi mereka yang mempunyai dana yang mencukupi, pilihlah pakej jenis NZEC kerana penjimatan dari segi bayaran bulanan dan interest dapat dinikmati, akan tetapi pilihlah ZEC jika anda tidak mempunyai dana atau mahu menggunakan dana lebihan tadi untuk tujuan tertentu yang lebih bermanafaat.

Sekian perkongsian saya buat kali ini, sebarang komen atau pertanyaan boleh dinyatakan di ruangan komen di bawah.

Terima Kasih :)


0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Blog Archive

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP