Thursday, April 8, 2010

Rumah baru lawan rumah siap, mana lebih baik?

Sumber:drumah.com
Membuat keputusan memiliki hartanah baru yang masih didalam pembinaan atau hartanah lama yang telah siap dibina adalah satu perkara yang membingungkan pada sesetengah individu. Kedua – dua pilihan diatas mempunyai kebaikan dan keburukkannya, seperti yang anda tahu dengan keputusan ini ia bakal mempengaruhi personaliti kehidupan anda dan keluarga, mungkin juga ia akan memberi kesan psikologi pada tempoh waktu yang lama.

Jadi untuk topik kali ini saya sertakan lima asas penting diantara rumah baru dan rumah siap untuk penilaian anda.

1. Infrastuktur
Pro hartanah baru: Hartanah baru yang berada dibawah projek pembangunan mega seperti “Township” adalah satu pelaburan hartanah yang paling ideal. Ini kerana infrastrukturnya yang lebih terancang. Jalan – jalan yang lebih luas serta reka bentuk rumah dan keluasan tanah yang luas dan sangat esklusif. Jika anda peminat hartanah yang masih didalam pembinaan, carilah hartanah yang berada didalam kawasan bandar baru seperti Denai Alam, Setia Alam dan Cahaya SPK (sekadar contoh) salah sebuah projek hartanah berbentuk “Township” di lembah klang.

Kontra hartanah baru: Tetapi malangnya hartanah – hartanah diatas mungkin agak jauh dari aktiviti ekonomi dan jauh dari bandar Kuala Lumpur, dan jika anda boleh menunggu lebih 25 tahun lagi mungkin ianya adalah satu cadangan yang baik untuk dipertimbangkan. Tapi jika berkemampuan apa salahnya anda pilih saja mana – mana kondominium atau pangsapuri yang berdekatan dengan tempat kerja bagi memudahkan perjalanan pergi dan pulang. Jimat masa dan tenaga.

Pro hartanah siap: Hartanah siap mungkin lebih baik jika anda bekerja di bandaraya seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Memiliki hartanah siap di bandar – bandar mungkin lebih praktikal kerana ia memudahkan. Kebiasaanya hartanah yang siap berada didalam kawasan yang telah membangun dengan fasiliti lengkap. Kawasan membangun kebiasaanya mempunyai pengangkutan awam yang efisen, klinik kesihatan dan hospital dikawasan perumahan, pusat ekonomi dan pelbagai pusat membeli-belah yang ternama membuatkan hartanah siap di sana mempunyai nilai sentimental pada peminatnya.

Pemilihan hartanah siap lebih terbuka berbanding dengan hartanah yang masih didalam pembinaan. Ini kerana apa yang pemaju pamerkan pada pelanggan hanyalah ilustrasi semata – mata. Apabila hartanah itu siap dibina, mungkin keadaan rumah itu lain dari apa yang anda bayangkan. Yang pasti, jika anda memilih hartanah yang telah siap dibina, apa yang anda lihat anda akan dapat, selain dari mengelak risiko mangsa kes rumah terbengkalai.

Kontra Hartanah Siap: Hartanah yang siap mengkin telah diduduki atau disewa oleh ramai penghuni sebelum ini. Jadi disebabkan oleh keadaan fizikalnya yang telah lama, mungkin ada beberapa sudut atau keseluruhan rumah memerlukan perhatian anda.

Sesetengah lokasi mungkin tidak praktikal untuk dimiliki. Oleh kerana hartanah siap ini kebanyakkannya berada dilingkungan kawasan / bandar lama, kaedah susun atur banggunan dan perancangan bandar mungkin tidak sesuai untuk menampung kepesatan penduduk yang semakin bertambah.

Disinilah timbulnya kesesakkan lalu lintas dek kerana ketidak-cekapan bandaraya ini menampung kepadatan penduduk disana. Dari segi material dalaman seperti bumbung, siling, dinding, lantai, cermin, sistem elektrik, pemanas air mungkin memerlukan pembaik pulihan. Tetapi jika anda bernasib baik, mungkin hartanah yang anda cari itu cantik dan selesa tetapi yang penting berapa bajet anda?.

Rumah baru lawan rumah siap, mana lebih baik-bhg2

Gambar Hiasan

Dari artikel satu mengenai rumah baru lawan rumah siap mana yang lebih baik?

2. Keadaan Hartanah
Pro Hartanah Baru : Apabila pemaju menyerahkan kunci kepada pembelinya, rumah yang di serah berkeadaan asas. Walaupun ada sesetengah pemaju yang menyediakan penyaman udara atau kabinet dapur pada pembeli ia tetap satu hadiah yang jarang-jarang berlaku. Pemilihan hartanah baru adalah satu bentuk pelaburan yang ideal pada mereka yang merancang kewangan pada tempoh masa panjang.

Segalanya bergantung pada tujuan si pembeli, ada yang membeli untuk rancangan persaraan, perniagaan dan kerjaya yang memungkinkan pemindahan didalam tempoh waktu tertentu. Dengan tempoh siap maksima dua tahun untuk hartanah bertanah, dan tiga tahun untuk hartanah beringkat hartanah didalam pembinaan kerap kali menjadi pilihan kerana ia mudah untuk dimiliki.

Untuk makluman pembeli, setiap hartanah baru mempunyai tempoh waranti selama 18 bulan mengikut perjanjian asal, ada jua diantara pemaju yang menawarkan tambahan selama 24 bulan sebagai tempoh waranti untuk pembeli hartanah eksklusifnya. Jadi jika berlaku kerosakan atau ketidak puasan mengenai hasil kerja pemaju si pembeli boleh menuntut pembaik pulihan dari pemaju dan pemaju dengan kosnya sendiri akan membaik pulih atau membina kembali hartanah itu jika benar didapati ianya tidak dibina dengan baik oleh kontraktor.

Kontra Hartanah Baru: Kadang kala hartanah baru juga memberi masalah apabila ia disiapkan pada tempoh yang tergesa-gesa oleh kontraktor. Malah ada sesetengah pemaju yang lepas tangan dan melenggahkan pembaik pulihan sehinggalah tempoh waranti tamat. Ada juga kontraktor yang tidak bertanggung jawab mengunakan material yang mempunyai tempoh hayat tertentu. Jadi untuk mengelak perkara yang sama berulang berhati-hatilah semasa memilih pemaju, kenali pemaju anda dan pastikan hasil kerja binaan mereka menepati selera tuan dan puan.

Pro Hartanah Siap: Hartanah yang siap dibina mungkin menjadi pilihan anda kerana; “apa yang anda lihat itulah yang anda akan dapat”. Pemilihan hartanah ini mungkin satu bentuk pemilikan hartanah yang baik untuk mereka yang ingin berpindah dengan segera. Jika anda memilih hartanah siap sebagai hartanah pilihan, berkemungkinan besar anda akan berjumpa hartanah yang lengkap dengan fasiliti hebat dan pengubahsuaian hartanah yang sangat menarik. Bukan itu sahaja kadang-kala faktor lokasi yang strategik menjadikan hartanah ini lebih baik dan berbaloi untuk dimiliki berbanding hartanah yang masih didalam pembinaan.

Harus difahami bahawa kebanyakkan pemaju yang menawarkan aksesori tambahan pada hartanah yang sedang dibina adalah projek pembinaan yang amat sukar dijual. Dengan strategi promosi “jimat” atau hadiah percuma kabinet dapur sebagai contoh ia merupakan teknik pemasaran untuk menarik seseorang membeli. Berbeza dengan hartanah yang telah dibina apabila ia telah diubahsuai oleh pemilik harta, mereka bersedia menjual kesemua aksesori berbanding pemberian penghawa dingin dari pemaju yang mempunyai agenda tertentu untuk mengaburi mata pembeli.

Pembeli yang meminati hartanah siap pula tidak akan berasa tertipu, kerana mereka dapat merasai sendiri luas ruang, kawasan, lanskap atau kecacatan rumah serta berupaya mengesan jenis dan kaedah pemulihan yang dapat dilakukan. Berbanding dengan hartanah pemaju, sudahlah pembeli tidak dapat meminta diskaun jika tidak bernasib baik hasil kerjanya pula tidak begitu sempurna.

Kontra Hartanah Siap: Hartanah yang siap dibina walaupun telah diubahsuai, pengubahsuaian itu kadang-kadang tidak membawa apa-apa erti pada pembeli. Mungkin anda meminati rumahnya, tetapi pengubahsuaian ini tidak pula menepati selera. Jadi ia bakal menambah kos pengubahsuaian kelak, buat kira-kira sebelum sebarang keputusan dilaksanakan. Satu tip yang sering digunakan apabila membeli rumah siap dengan membawa kontraktor untuk tujuan pemeriksaan dan dapatkan cadangan kos pembaik pulihan hartanah sebelum membuat sebarang komitmen.

Rumah baru lawan rumah siap, mana lebih baik-bhg3

Gambar Hiasan

Dari artikel dua mengenai rumah baru lawan rumah siap mana yang lebih baik?

3. Harga tidak menentu

Pro Hartanah Baru : Isu sensitif ini sentiasa menjadi buah mulut pembeli tidak kira dimana lokasi hartanah itu dipasarkan. Dengan pelbagai pakej promosi dari pihak pemaju, hartanah didalam pembinaan sering menjadi tumpuan oleh peminatnya. Dari segi harga pemilikan harta ini mungkin agak tinggi berbanding nilai hartanah semasa. Ini kerana ia dinilai dengan unjuran 2 hingga 3 tahun akan datang. Bermakna anda membeli hartanah pada hari ini dengan harga pasaran hadapan.

Ingin tahu bagaimana membeli hartanah baru dengan harga yang lebih murah?

Begini. Kebiasaanya pemaju hartanah akan membina unit kediaman atau komersial mengikut peringkat tertentu. Dengan perancangan awal, anda mungkin bakal memiliki hartanah baru yang ingin dimajukan oleh pemaju. Kebiasaanya harga hartanah pada hari pelancaran masih didalam keadaan separa, dengan kesempatan inilah anda harus membida atau menempahnya dengan awal. Apabila pemaju melancarkan projek terbaru ini bermakna penawaran hartanah disana semakin bertambah, oleh disebabkan itu harga jualan akan kekal pada tempoh tertentu. Apabila permintaan semakin meningkat dan penawaran semakin berkurangan, berlakulah situasi seperti dibawah;

Fakta 1:
- Pemaju A menawarkan 300 buah rumah teres 2 tingkat di Puchong.
- Setelah 3 bulan pemaju telah berjaya menjual sebanyak 200 buah rumah teres
Pemaju telah berjaya mengurangkan penawaran unit dengan baki hanya 100 unit yang boleh didapati di pasaran. Pada waktu ini unit jualan hartanah semakin terhad, dan kebiasaanya pemaju akan meningkatkan harga jualannya pada kadar 5%-15% dari harga terdahulu. Sebagai seorang pembeli dan pelabur, anda harus sensitif untuk menghidu peluang. Dapatkan info terkini tentang hartanah yang akan dilancarkan, lawat pejabat jualan dan minta mereka menghubungi anda apabila ada hartanah yang menepati kriteria anda nanti. Dengan ini anda dapat menjimatkan kos pemilikan dengan pembelian hartanah yang jauh lebih rendah dari pasaran hadapan.

Kontra Hartanah Baru: Pembelian hartanah baru (didlam pembinaan) dari segi harga diketahui mungkin agak tinggi pada sesetengah individu. Seperti penjelasan harga diatas, ada sesetengah pemaju melabelkan projek hartanah mengikut reputasi mereka. Jika pemaju yang terkenal, mereka meletakkan harga hartanah pada paras harga tertentu yang mewakili simbol jenama syarikat. Seperti mana juga produk – produk seperti Nike, adidas dan Levi’s, anda membeli dengan membawa jenama terkenal mereka bersama. Jadi pembelian unit hartanah dengan pamaju tiada beza dari produk diatas, harganya tidak menentu walaupun didalam linkunggan lokasi yang sama. Kualiti? sudah tentu kualitinya berbeza kerana anda telah membayarnya.

Selain itu, pembelian hartanah pada peringkat awal mungkin menjadi kelebihan kepada kita. Tetapi pada sesetengah projek, pembelian hartanah pada awal pembinaan mungkin menjadi mimpi ngeri buat pemiliknya. Risiko berada dimana-mana, tetapi dengan ilmu, perancangan dan maklumat yang tepat bakal mengurangkan risiko berhadapan dengan projek terbengkalai. Secara asasnya, anda tidak dapat mengelak risiko rumah terbengkalai. Tetapi anda dapat mengurangkan risiko dan sekaligus menghapus risiko secara berperingkat mengikut tempoh pembinaan rumah nanti. Cara yang terbaik dengan mengenali pemaju hartanah anda, dan kenal pasti rekod prestasi mereka sebelum ini.

Pro Hartanah Siap: Dari sudut harga rumah, memang difahami bahawa harga rumah yang siap sering berubah – ubah dan tidak menentu, Apakah maksudnya?;

Ada sesetengah hartanah siap diketahui punyai nilai estetika tertentu pada pemiliknya. Mungkin semasa membeli harta tersebut beliau membelinya diatas sebab – sebab tertentu, sebagai contoh; pembelian rumah pertama, harta pusaka atau hadiah perkahwinan 20 tahun dahulu. Jadi hartanah ini tidak ternilai pada kaca mata pemilik. Pada sesetengah pemilik beliau dapat menjual unit hartanah tertentu dengan harga yang berlipat kali ganda. Tetapi mungkin tidak pada pemilik lain.

Kebiasaannya hartanah yang dijual dengan harga berlipat kali ganda ini berlaku pada unit hartanah mewah. Hartanah mewah yang berharga tinggi mungkin mudah untuk dijual dengan harga yang berlipat kali ganda kerana lokasi dan dekorasi mewah yang terdapat didalamnya. Sebagai makluman, unit hartanah yang berada didalam lingkungan lokasi “hot-spot” harga sudah tidak menjadi kepentingan pada bakal pembelinya. Yang lebih penting pada mereka adalah “kepuasan diri” – dan sikap “yang penting saya mesti memilikinya”.

Kontra Hartanah Siap : Perbezaan nilai jualan dan nilai pasaran adalah sama sekali berbeza. Bukan kerana nilainya pada pemilik tetapi nilai permintaan pembeli pada waktu itu. Harga inilah yang berubah – ubah mengikut unit mana yang tersedia untuk dijual, dan siapa yang berada dipasaran untuk membelinya. Nilai hartanah siap juga amat kompleks untuk ditakrifkan kerana ia tidak menentu. Oleh kerana itu ada sebilangan unit kediaman yang dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran semasa.

Sebagai contoh; Jika harga pasaran unit kediaman pada tahun ini berharga RMY 200, 000 tidak semestinya hartanah itu dapat dijual dengan harga itu atau lebih. Kebiasaanya hartanah itu bakal dijual dengan purata kurang dari 2%-6% dari harga penawaran. Ini disebabkan faktor permintaan yang tidak menentu dan permintaan yang sentiasa berubah – ubah.

Rumah baru lawan rumah siap, mana lebih baik-bhg4


Dari artikel bahagian ketiga dari tajuk rumah baru lawan rumah siap mana yang lebih baik?

3. Deposit dan wang pendahulan rendah atau tinggi
Seperti yang kita tahu, pihak bank akan membiayaai kos pembelian hartanah sebanyak 90 peratus dari harga belian. Ia berdasarkan pada beberapa faktor risiko dan aras kelayakkan peminjam. Oleh kerana itu, sewaktu pembelian hartanah deposit pembelian adalah satu perkara yang sering kali memeningkan kepala sehingga ada juga yang menanguhkan niat untuk membeli. Jadi mari kita telusuri kelebihan dan kelemahan deposit diantara dua jenis pembelian hartanah ini.

Pro Hartanah Baru: Dari segi pemilikan hartanah memang diakui kebanyakkan pembeli lebih selesa untuk memiliki hartanah yang baru dbina. Setiap pagi kita disajikan dengan pelbagai kempen dan tawaran hebat dari pemaju, kempen-kempen ini mudah didapati di akbar dengan pelbagai pakej eksklusif yang mana ia mungkin meringankan pengguna. Dari segi deposit pembelian hartanah baru atau didalam pembinaan kebiasaannya lebih mudah untuk dimiliki. Bergantung kepada latar belakang pemaju, kebanyakkan pemaju akan memberikan tempoh pembayaran yang lebih fleksible kepada pembelinya.

Ada diantara pemaju menawarkan pembelian mudah dengan bayaran ansuran 2 hingga 3 bulan pada pembeli. Dengan ini ia memberi sedikit masa pada pembeli menyelesaikan baki pinjaman dengan pengeluaran EPF sebagai contoh. Pembelian dari pemaju pada hartanah yang masih didalam pembinaan adalah satu cara terbaik untuk memperolehi penjimatan. Jika anda membuat sedikti perbandingan pada setiap projek pembinaan… setiap pemaju mempunyai pakej tawaran berbeza dan sentiasa bersaing. Sesetengah projek menawarkan penjimatan hebat seperti yuran guaman, yuran pencairan, yuran pindah milik, dan beberapa lagi yuran yang mungkin dikecualikan. Jadi jika anda ingin membeli hartanah pilihlah pemaju yang mempunyai pasaran kompetitif, dimana pemaju tersebut akan membuat tawaran-tawaran terbaik untuk menarik pembeli. Sudah pasti jika ada tawaran yang boleh mengurangkan pengeluaran deposit akan menjadi keutamaan semua.

Kontra Hartanah Baru: Hartanah baru dari sudut yang lain bergantung pada latar belakang pemaju itu sendiri. Ada sesetengah pemaju menawarkan pakej pemilikan mudah, ada juga yang menyusahkan. Sebagai contoh, pada mereka yang berminat dengan hartanah tertentu dari pemaju anda dikehendaki mengeluarkan sekurang-kurangnya 10% atau 10 ribu ringgit sebelum dapat membuat tempahan unit tersebut. Jika anda tidak membuat komitmen berikut hartanah itu akan dibuka untuk mereka yang layak sahaja.

Perkara ini sering berlaku pada hartanah-hartanah yang dimajukan oleh pemaju yang popular. Mungkin dari sudut tertentu mereka berasakan nilai hartanah yang mereka bagunkan mempunyai tarikan dan kerana itulah mereka mula menjual mahal. Dengan menghadkan dan mengklaskan pembeli – pembeli pada “nich” tertentu dan berorentasikan keuntungan yang melampau.

Sepatutnya sebagai pamaju mereka harus memberikan tempoh dan kemudahan yang tidak membebankan pengguna agar setiap pembangunan hartanah dan fasilitinya dapat dinikmati bersama oleh semua golongan masyarakat. Jadi sebelum membuat sebarang komitmen kenali dahulu pemaju anda.

Pro Hartanah Lama: Pembelian hartanah melalui pasaran sekunder sangat luas subjeknya. Walaupun begitu kita akan memudahkan perbincangan ini agar ia dapat difahami oleh semua pembaca. Terdapat beberapa jenis pemilikan dan subjektif seperti pemilikan hartanah dari pemilik, agensi, institusi perbankan, harta pusaka dan lain – lain lagi. Secara amnya kita akan membincangkan pemilikan hartanah terus dari pemilik atau agensi yang bertanggungjawab untuk memasarkan hartanah tersebut.

Pembelian hartanah yang telah siap dibina mungkin memudahkan pembeli untuk berurusan dengan agensi hartanah. Ini kerana mereka yang mempunyai hartanah terbaik tidak akan membuang masa untuk menjualnya sendiri. Faktor masa untuk menguruskan pembelian ini agak rumit jika tidak dikendalikan dengan betul. Walau dari siapa pun hartanah yang anda beli, hartanah lama tidak begitu banyak fleksibiliti melainkan ianya dilakukan oleh agensi atau perunding hartanah berpengalaman.

Kontra Hartanah Lama: Pernahkah anda berjumpa dengan mana-mana pemilik hartanah atau agensi hartanah yang mensyaratkan kan anda untuk meletakkan 2%-3% untuk yuran komitmen atau “booking”. Setelah anda membuat pembayaran “deposit” anda terpaksa pula menyediakan baki 10 % yang pertama sewaktu anda ingin menandatangani perjanjian jual beli dihadapan peguam. Oleh yang demikian jika anda membeli hartanah berharga RM350,000 anda terpaksa mengeluarkan RM35,000 (10% dari harga jualan) sewaktu menandatangani perjanjian, ini tidak termasuk yuran guaman dan yuran pindah hak milik. Masalahnya tidak ramai yang mempunyai bajet dan wang seperti itu, terutama sekali eksekutif muda yang baru sahaja setahun dua bekerja. Dengan ini pembelian dari hartanah sekunder (second hand) boleh diketegorikan sebagai pembelian yang memerlukan anda mengeluarkan deposit tinggi.

Mengapa ini berlaku?
Sewaktu anda menawarkan harga belian kepada pemilik hartanah, kebiasaanya pembelian ini berdasarkan “kepercayaan” diantara pembeli dan pemilik. Telah banyak kes penipuan melibatkan hartanah yang mana pemilik harta tidak mendapat wang hasil jualannya setelah menandatangani perjanjian. Jadi untuk mengelak kekeliruan dan kelewatan semasa penjualan mereka meletakkan syarat dengan menggunakan deposit tinggi.

Bukan itu sahaja banyak juga pembeli-pembeli yang pada mulanya berminat dan tiba-tiba membuat keputusan tidak jadi beli dan ini membuang masa si penjual tadi. Kerana kes-kes “kepercayaan” inilah yang membuatkan ramai pemilik hartanah melantik agensi profesional untuk menguruskan proses jual beli untuk mereka. Kerana agensi atau peruding hartanah mempunyai pengalaman didalam proses jual beli dan memudahkan pemilik tadi.


0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Blog Archive

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP