Friday, September 17, 2010

LTAT

Source:http://www.ltat.org.my/webltat/index.html
1. Apa itu LTAT?

* Lembaga Tabung Angkatan Tentera atau singkatannya LTAT ialah sebuah badan berkanun kerajaan yang telah ditubuhkan melalui akta parlimen, Akta 101, 1973 bagi mengadakan faedah-faedah persaraan dan faedah-faedah lain kepada anggota lain-lain pangkat dan satu skim simpanan kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan Anggota Kerahan Angkatan Sukarela.

2. Siapakah pencarum wajib?

* - Anggota Lain-Lain Pangkat Angkatan Tentera Malaysia.
- Kadar caruman 10% dari gaji bulanan + 15% sumbangan Kerajaan. Jumlah yang dikreditkan dalam akaun pencarum setiap bulan ialah bersamaan 25% gaji bulanan.

3. Siapakah pencarum sukarela?

* - Pegawai-pegawai Tetap Angkatan Tentera Malaysia termasuk Anggota LLP yang ditauliahkan.
- Anggota Kerahan Sepenuh Masa (AKAS).
- Kadar caruman minimum RM 25.00 dengan gandaan RM 5.00 sehingga maksimum RM 750.00 sebulan.
- Tiada sumbangan Kerajaan.
- Keahlian adalah secara memohon kepada LTAT.

4. Apakah faedah-faedah utama menjadi pencarum wajib dan pencarum sukarela?

* - Pencarum akan menerima dividen dan bonus tahunan yang akan dikreditkan terus ke dalam Akaun pencarum pada penghujung tahun.
- Dividen dan bonus ini dikompaunkan kepada jumlah caruman pencarum untuk menjadi jumlah caruman terkumpul.
- Caruman kepada LTAT tidak dikenakan cukai pendapatan.
- Khairat Kematian akan diberikan kepada waris bagi pencarum yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan.
- Faedah Hilangupaya akan diberikan kepada pencarum yang diberhentikan dari perkhidmatan kerana kecacatan tubuh badan atau akal fikiran yang berkekalan.
- Pengeluaran caruman dilakukan secara sekaligus.
- Pengeluaran sebahagian caruman untuk menampung kos pembelian rumah atau tanah kediaman yang pertama.

5. Bagaimanakah dividen atau bonus ditentukan oleh LTAT?

* Kadar dividen dan bonus, jika ada, akan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah LTAT dengan nasihat Panel Pelaburan, Aktuari Kerajaan dan Kementerian Kewangan. Kadar dividen dan bonus tahunan yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada keuntungan pelaburan LTAT bagi tahun berkenaan.

6. Apakah faedah-faedah sampingan sebagai pencarum?

* LTAT sentiasa berusaha mengenalpasti faedah baru yang boleh mendatangkan manafaat kepada pencarum atau keluarga atau warisnya.

Diantara faedah-faedah sampingan yang telah diwujudkan ialah:
- Menawarkan anggota-anggota ATM/bekas tentera untuk membeli rumah-rumah kos rendah yang dibangunkan melalui anak-anak syarikat,
- Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM bagi anak-anak anggota yang sedang berkhidmat (dengan kerjasama Kementah),
- Anugerah Wira Niaga (dengan kerjasama Affin Bank Berhad, PERHEBAT dan Boustead Holdings Berhad),
- Yayasan Warisan Perajurit (YWP) ditubuhkan oleh kumpulan syarikat LTAT, bagi menyediakan biasiswa kecil untuk kecemerlangan akademi anak-anak ATM bagi peperiksaan UPSR, PMR, IPTA serta biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di University of Nottingham Malaysia dan bagi anak-anak bekas tentera bagi peperiksaan UPSR dan PMR.

Beberapa faedah sampingan baru sedang di dalam kajian pada masa ini dan akan diperkenalkan bila tiba masanya.

7. Bagaimana cara menjadi pencarum wajib?

* Anggota Angkatan Tentera Malaysia Lain-lain Pangkat akan menjadi pencarum secara automatik setelah mereka menamatkan latihan dan diserapkan ke dalam perkhidmatan tetap. Potongan caruman diterima oleh LTAT dari UGAT.

8. Bagaimana cara menjadi pencarum sukarela?

* Pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan Anggota Kerahan Sepenuh Masa(AKAS) boleh memohon untuk menjadi pencarum sukarela dengan mengisi borang yang disediakan . Borang ini boleh diperolehi secara percuma di Pejabat LTAT atau melalui kemudahan muat turun borang dalam Laman Web LTAT.

9. Berapa lamakah permohonan untuk menjadi ahli ini diluluskan?

* - Bagi pencarum wajib keahliannya adalah automatik apabila diserapkan ke dalam perkhidmatan tetap dan berkuatkuasa apabila potongan caruman dimajukan kepada LTAT oleh pihak UGAT.
- Bagi pencarum sukarela permohonan mereka diluluskan dengan serta merta setelah borang permohonan diterima oleh LTAT dan berkuatkuasa apabila wang caruman dimajukan kepada LTAT oleh pihak UGAT.

10. Adakah LTAT menghantarkan penyata tahunan kepada pencarum?

* LTAT mengedarkan Penyata mengenai caruman bulanan kepada pencarum-pencarumnya dua kali setahun melalui khidmat Hantaran Semboyan (KHS) dengan menggunakan kod unit yang dibekalkan oleh UGAT.

- Penyata Pertengahan Tahun berakhir 30 Jun menunjukkan caruman atau simpanan dari bulan Januari hingga Jun.
- Penyata Akhir Tahun berakhir 31 Disember memaparkan caruman kumulatif dari bulan Januari hingga Disember bagi tahun berkenaan berserta maklumat mengenai dividen dan bonus yang dikreditkan.
- Bagi pencarum wajib yang ditauliahkan penyata caruman akan dikirimkan hanya di atas permintaan pencarum berkenaan.

11. Bilakah caruman boleh dikeluarkan?

* Caruman bagi pencarum wajib termasuk caruman anggota yang ditauliahkan boleh dikeluarkan:

- apabila pencarum meninggal dunia; atau
- 1 bulan setelah pencarum diberhentikan dari perkhidmatan; atau
- pencarum mencapai usia 50 tahun.

Bagi pencarum sukarela, pengeluaran simpanan boleh dibuat pada bila-bila masa dan mereka diberi kelonggaran untuk menjadi ahli bagi kali kedua walaupun telah membuat pengeluaran kali pertama.

12. Bagaimana caruman dibayar balik?

* Apabila seorang pencarum layak mengeluarkan caruman atau simpanannya, bayaran balik itu dibuat dengan bayaran sekaligus.

13. Adakah LTAT mengambil masa yang lama untuk membuat pembayaran?

* Pembayaran dibuat dalam masa 24 jam hari bekerja setelah LTAT menerima dokumen yang lengkap dari Kementerian Pertahanan.

14. Berapakah jumlah yang akan dibayar balik oleh LTAT?

* Jumlah wang yang akan dibayar balik bergantung kepada keadaan berikut:

- Mereka yang berpencen akan menerima bahagian Caruman Ahli termasuk keuntungan terkumpul ke atas caruman mereka sahaja. Caruman Kerajaan beserta keuntungan terkumpul akan dikembalikan kepada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Ahli akan dibayar pencen bulanan oleh Kerajaan.
- Mereka yang tidak berpencen akan menerima bahagian Caruman Ahli dan Caruman Kerajaan termasuk keuntungan terkumpul bagi kedua-duanya.
- Hutang piutang kepada Kerajaan, jika ada, akan dipotong oleh LTAT sebelum pembayaran balik dibuat berdasarkan Sijil Penyelesaian Hutang Kerajaan yang diterima dari Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera.
- Jika pencarum diberhentikan perkhidmatan kerana hilang keupayaan akal atau jasmani yang berkekalan, mereka akan menerima bahagian Caruman Ahli termasuk keuntungan terkumpul ditambah dengan Faedah Hilangupaya. Caruman Kerajaan akan dikembalikan kepada KWAP.
- Jika pencarum meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan, waris mereka akan menerima jumlah seperti pencarum yang berpencen ditambah dengan Khairat Kematian.

15. Berapakah jumlah bayaran Skim Khairat Kematian atau Faedah Hilangupaya?

* Jumlah pemberian di bawah Skim Khairat Kematian dan Faedah Hilangupaya adalah berasaskan satu rumusan (formula) yang mengambilkira:

- Lama tempoh perkhidmatan pencarum (diambil kira daripada tarikh keahlian pencarum di LTAT sehingga tarikh pencarum meninggal dunia atau tarikh pemberhentian perkhidmatan atas sebab hilang upaya.)
- Jumlah caruman terkumpul beliau.

Daripada butiran ini barulah jumlahnya dapat dihitungkan.

16. Bagaimanakah cara memohon mengeluarkan caruman?

* Jika syarat pengeluaran dipenuhi, permohonan untuk mengeluarkan caruman dibuat dengan melengkapkan borang LTAT/PWCA/14-2/1 yang boleh diperolehi secara percuma semasa menjalani Dokumentasi Akhir di KEMENTAH atau melalui kemudahan muat turun borang dalam Laman Web LTAT. Pastikan maklumat diri dan alamat pos yang lengkap dan tepat supaya penyerahan cek tidak tergendala.

17. Jika pencarum meninggal dunia bagaimanakah wang carumannya dikeluarkan?

* Penama atau waris pencarum boleh memohon untuk mengeluarkan caruman dengan menggunakan dokumen berikut:

- Borang LTAT / PWCA / 14-2/2 (Borang Kenyataan Waris) yang boleh diperolehi secara percuma di Pejabat LTAT atau melalui kemudahan muat turun borang dalam Laman Web LTAT.
- Salinan Fotostat kad pengenalan pewaris/penama dan lain-lain yang berkaitan.

18. Bagaimanakah pewaris atau penama mengetahui tentang caruman atau simpanan yang berada di LTAT?

* Pihak Penama atau Waris akan dihubungi. Oleh yang demikian amatlah penting maklumat waris atau penama yang kemaskini dimaklumkan kepada Jabatan Rekod dan Pencen Kementerian Pertahanan dan pencarum-pencarum diminta mengemaskini maklumat waris mereka di LTAT.

19. Adakah pembayaran balik dibuat dengan wang tunai atau cek?

* Pencarum boleh membuat pilihan pembayaran balik wang caruman LTAT seperti berikut:

- Serahan Kaunter - Pengambilan cek di kaunter LTAT
- Pos - Cek pembayaran diposkan terus ke alamat pencarum melalui pos berdaftar.
- Kredit Akaun - LTAT mengkreditkan terus pembayaran ke dalam akaun pencarum.

20. Apakah dokumen yang diperlukan untuk menunaikan cek pengeluaran dari LTAT?

* Kemukakan dokumen-dokumen berikut kepada Cawangan Affin Bank Berhad di mana pengeluaran wang akan dibuat:

- Buku Perakuan Perkhidmatan (BAT D 92)
- Kad Pengenalan Awam Pencarum atau waris/penama.




0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP