Saturday, September 18, 2010

DANA PELABURAN AL-HUSNA AGIH KEUNTUNGAN 18.20% BAGI TAHUN 2007

DANA PELABURAN AL-HUSNA AGIH KEUNTUNGAN 18.20% BAGI TAHUN 2007

4 Feb 2008 - Dana pelaburan al-husna yang diuruskan oleh bahagian pelaburan Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad telah berjaya mengagihkan keuntungan sebanyak 18.20% bagi tahun 2007 kepada para pelabur.

Keuntungan ini diagihkan 3 kali iaitu untuk tempoh pelaburan Januari – April 2007 sebanyak 7.57%, Mei – Ogos 2007 sebanyak 7.08% dan September – Disember 2007 sebanyak 3.55%. Jumlah keuntungan yang telah diagihkan bagi tempoh setahun tersebut ialah sebanyak RM152,405.38.

Berakhir 31 Disember 2007, dana pelaburan ini telah berjaya dikumpulkan sebanyak RM1,031,753.00. Sepanjang tahun 2007, peluang-peluang pelaburan yang baik dan menarik banyak diperolehi oleh KBI di samping kedudukan pasaran saham Malaysia yang kukuh telah membantu KBI untuk membuat keuntungan melalui pelaburan ini.

Peluang pelaburan ini masih terbuka dan KBI amat mengalu-alukan penyertaan daripada semua umat Islam di Malaysia terutamanya anggota-anggota sedia ada KBI untuk melabur di dalam dana ini. Pihak pengurusan KBI akan terus berusaha bagi memastikan para pelabur memperolehi pulangan yang menarik melalui pelaburan di dalam dana ini. "
>

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP