Thursday, June 3, 2010

Koperasi Belia Islam (ABIM)

Source:http://www.kbi.com.my/danahusna.asp?task=alhusna

Dana Pelaburan Al-Husna

Dana Pelaburan Al-Husna ini berkonsepkan tabungan wang anggota yang akan diuruskan oleh KBI untuk tujuan pelaburan berisiko rendah dan dijangka memberi pulangan yang baik ke atas wang yang dilaburkan. Al-Husna dipetik daripada Al-Quran yang membawa maksud hasil yang baik, balasan yang baik, kurniaan yang baik malahan dalam surah Yunus ayat ke 18, Allah S.W.T menggunakan perkataan Al-Husna sebagai pahala yang terbaik iaitu syurga untuk dianugerahkan kepada orang-orang yang mengerjakan perbuatan baik. Nama Al-Husna dipilih sebagai menifestasi sumber rezeki baik yang dikurniakan Allah kepada kita dan kemudian dilaburkan di tempat yang baik dengan harapan akan memberi pulangan yang baik pula.

Fokus utama pelaburan dana ini ialah pelaburan ke atas skim Pembiayaan Saham Secara Syariah yang mengkhususkan pembiayaan langganan saham dibawah ESOS (Employees' Share Option Scheme) oleh pekerja syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Pelaburan di dalam skim ini dianggap berisiko rendah dan selamat kerana keupayaan dalam menjangka margin keuntungan berdasarkan harga pasaran semasa berbanding dengan harga langganan yang telah ditetapkan.

Syarat-Syarat Asas Pelaburan

* Beragama Islam
* Menjadi Anggota KBI dengan Bayaran pendaftaran RM25
* Bersetuju dengan tempoh matang pelaburan paling kurang 3 bulan
* Bersetuju dengan syarat dan terma yang ditetapkan oleh KBI


Jumlah Pelaburan

* Jumlah minimum pelaburan ialah sebanyak RM5,000


Perkongsian Keuntungan

Setiap pelaburanyang dibuat akan terikat dengan perjanjian perkongsian keuntungan diantara anggota KBI (pelabur) dengan KBI (pengurus dana) melalui konsep mudharabah mengikut nisbah berikut :-

* Pelabur : 70%
* KBI : 30%


Keistimewaan dalam Pelaburan Dana Al-Husna

* Berisiko rendah
* Berupaya menjangka margin keuntungan
* Kadar perkongsian keuntungan kepada pelabur tinggi
* Tempoh matang yang singkat iaitu 3 bulan
* Pengagihan keuntungan 2 kali setahun
* Jangkaan pulangan pelaburan melebihi 15% setahun

0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Blog Archive

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP