Saturday, October 17, 2009

Macam mana nak jadi tokey rumah

Sumber:http://www.rumah.net/2009/10/14/macam-mana-nak-jadi-tokey-rumah/comment-page-1/#comment-321
Dalam pelaburan hartanah ni, macam-macam cara orang dah buat. Ada yang beli murah, jual ikut harga pasaran. Ada yang remortgage atau refinance untuk dapatkan duit extra. Ada jugak yang apply facility overdraft dan home extra. Macam-macam.

OK, mari kita borak pasal macam mana nak jadi tokey rumah. Kepada yang dah bergelar tokey tu, mungkin boleh share dengan kitorang, camne tuan/puan jadi tokey. Tokey rumah ni pada definisi aku (jangan marah orang DBP) ialah orang yang buat bisnes berkaitan rumah dan hartanah. Kalau tuan rumah pulak, dia owner kepada rumah. Tokey ni kira martabat dia tinggi sikit dari tuan rumah hehehe..

Tips nak jadi tuan rumah dah banyak diceritakan. Macam mana nak kenalpasti lokasi rumah yang best-best, macam mana nak pastikan bila kita beli tu, still untung dan boleh generate pasif income yang baik, ada juga diceritakan bagaimana kita boleh mintak agen hartanah lelong macam Satu Solution (faris & bri) yang tolong carikan dan bid rumah untuk pelanggan mereka, dan juga tidak kurang tips-tips dan kaedah macam mana kita nak uruskan hal-hal berkaitan legal, apply loan, tenancy agreement dan lain-lain lagi.

Yang kurang dibicarakan secara terbuka ialah macam mana nak jadi tokey!. Ya!, semua orang nak jadi tokey kan. Tokey ni biasa dia low profile saja, sebab kerja-kerja semua diuruskan oleh pekerja-pekerja dia. Ada jugak tokey yang high profile macam artis, tapi aku lebih suka yang jenis merendah diri macam apek jual sayur saja, tapi dalam kocek duit tebal macam batu bata..huhu..

Yang aku nak bincang kat sini ialah teknik biasa orang buat iaitu flipping. Beli dan jual semula.

So, berbalik pada soalan, macam mana agaknya kita boleh jadi tokey rumah. Maksudnya kita nak bisnes dengan jual-beli rumah. Korang tahu kan, harga hartanah kalau tempat yang hot-hot dan best takkan turun punya. Melainkan ada masalah besar yang menimpa semua orang, contoh masa perang ke, kena bencana alam besar ke dan sebagainya.

Kat bawah ni ada 10 langkah umum yang boleh kita cuba praktis kalau nak jadi tokey rumah:

1) Cari maklumat berkenaan lokasi hartanah popular di Malaysia dan juga jenisnya (rumah, tanah, apartment, kondo, rumah kedai, kilang, dll.)

2) Buat kajian dari segi market value, demand dan prasarana yang ada di lokasi berkenaan yang menyebabkan ianya diminati pembeli (dan penyewa).

3) Periksa status hartanah tersebut samada freehold atau leasehold (periksa juga jika ada sekatan lain, contoh Malay reserve dll.)

4) Kenalpasti kaedah untuk membeli hartanah tersebut, samada secara sub-sale, lelong, melalui agen dan sebagainya.

5) Rancang bagaimana kita boleh tingkatkan harga hartanah tersebut.

(Contoh lepas kita beli hartanah tersebut, kita buat proses mencantikkan bangunan tu melalui mengecat, menambahkan hiasan dalaman, buat landscaping, dan sebagainya. Harga dia akan “naik” sikit compare to basic property. Kalau kita beli tanah, mungkin kita boleh dirikan dahulu rumah/kilang/kedai mengikut bajet yang ada sebelum kita jual kembali kepada pembeli. Kita jugak boleh hold property tersebut untuk beberapa ketika sambil disewakan dahulu sebelum harganya meningkat. Lepas tu baru jual)

6) Buat perkiraan dan tetapkan berapakah keuntungan yang kita ingin capai untuk satu-satu hartanah yang kita beli (kena tahu market value dan demand untuk kita setkan profit margin yang munasabah). Anggarkan juga, berapa lama tempoh masa kita akan dapat hasil jualan tersebut (kalau pembeli guna loan, kena check bila loan disburse)

7) Kenalpasti rakan kongsi (JV partner jika ada hartanah yang memerlukan modal yang lebih besar)

8.) Kenalpasti instrumen modal lain seperti pinjaman bank, dana pelabur dan sebagainya untuk dijadikan alternatif modal pusingan.

9) Tetapkan berapa peratus dari keuntungan untuk dimasukkan dalam tabung khas (untuk kerja ubahsuai, upah, pembelian bahan-bahan dan sebagainya)

10) Kemaskini dan perbaiki kaedah yang dilakukan dari masa ke semasa sehingga mencapai sasaran yang ditetapkan.

Di samping itu kita juga harus belajar dan tahu cara-cara untuk mempromosikan hartanah yang ingin kita jual agar ianya tidak “lemau” dan merugikan kita dari segi modal pusingan untuk membeli hartanah lain.

Kalau setahun kita boleh flip satu atau dua good property, lepas ni ramai lagi yang nak berenti kerja macam pie dan jadi tokey rumah…hehehe..



0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP