Sunday, October 11, 2009

12 Prinsip Jutawan‏

Sumber:www.pengurusankewangan.com
Salam, Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang biasa. Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orangbiasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan padamasa akan datang.
Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripadamereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyakyang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu RM1000yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka. Di sini kami membongkar 12 prinsip jutawan yang boleh anda ikut:

1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakahpendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpandibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukanuntuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis denganjelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepadamatlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap danterus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamatdan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambilwang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambilinsuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumahatau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaanjika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cubauntuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan denganbijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8. Mereka benci berbelanja.

9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akanmemberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu merekaakan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamakatau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyakyang boleh. Jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain!
Demi Kejayaan Anda, Razif Yusof

0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP