Tuesday, September 1, 2009

Refinancing Housing Loan

Sumber:www.asasteguh.com/2009/09/refinancing-housing-loanpinjaman-semula.html
Salam dan Selamat Berpuasa dan Salam Kemerdekaan........

Ok, saya nak menyambung kembali cerita bab refinancing/pinjaman semula perumahan. Ada beberapa sebab kenapa anda ingin sangat-sangat nak buat pinjaman semula. Antara sebab-sebabnya ialah :-

* Untuk mengurangkan bayaran ansuran bulanan.
* Untuk memendekkan tempoh pinjaman.
* Untuk mendapatkan lebihan tunai samada untuk tujuan pelaburan, melangsaikan hutang kad kredit atau personal loan atau untuk pembiayaan pelajaran anak-anak/diri sendiri atau untuk memulakan perniagaan.

Ingin saya tunjukkan satu contoh bagaimana ianya boleh di lakukan dan apa pilihan yang ada untuk ketiga-tiga sebab di atas.

"Encik A mempunyai pinjaman perumahan seperti berikut :-

* Jumlah pinjaman = RM 254,000
* Jumlah ansuran bulanan = RM 1,721.00
* Tempoh pinjaman = 25 tahun
* Jumlah tahun pinjaman di bayar = 3 tahun
* Umur Encik A sekarang = 44 tahun
* Nilai semasa rumah (Current Market Value) = RM 350,000.00
* Baki pinjaman = RM 240,628.41
* Kadar faedah semasa = 3.75% (BLR-1.80%) BLR sekarang 5.55%.

Pilihan 1 - Mengurangkan bayaran ansuran bulanan :-

* Baki pinjaman = RM 240,628.41
* Tempoh pinjaman baru = 22 tahun
* Bayaran ansuran bulan baru = RM 1339.92
* Penjimatan sebulan = RM 381.08
* Jumlah penjimatan = RM 100,605.12

Pilihan 2 - Memendekkan tempoh pinjaman dengan bayaran ansuran asal/pinjaman lama :-

* Tempoh pemendekkan pinjaman = 6.66 tahun.
* Pinjaman perumahan dapat di pendekkan ke 15.34 tahun.
* Sekiranya En. A mengeluarkan Akaun 2 KWSP untuk mengurangkan baki pinjaman setiap tahun, tempoh pinjaman boleh di kurangkan kepada 8-10 tahun lagi mengikut jumlah pengeluaran. Berkemungkinan semasa En. A pencen, pinjaman perumahan habis di bayar.

Pilihan 3 - Mendapatkan wang tunai :-

* Jumlah pinjaman baru = RM 315,000.00 (90% MOF)
* Bayaran ansuran bulanan = RM 1807.98
* Baki pinjaman asal = RM 240,628.41
* Lebihan wang tunai = RM 74, 371.59

Bolehlah En. A gunakan duit tunai itu samada untuk melangsaikan hutang2 atau membuat pelaburan atau utk memulakan perniagaan. Beliau juga boleh mendapatkan lebihan tunai lagi daripada Akaun 2 KWSP dengan membuat pengeluaran untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan sebelum membuat pinjaman semula. Maklumat lanjut boleh di perolehi dengan memiliki ebook PANDUAN KWSP di url berikut :-

http://www.panduankwsp.com/index.php?ref=zulhami

Sekiranya beliau ingin melaburkan sebahagian daripada wang tunai tadi untuk pelaburan emas dan beliau tak tahu caranya, bolehlah beliau miliki ebook Emas-emas Yang Hilang disini :

http://www.rahsiaemas.com/index.php?ref=zulhami

Ok, cukup setakat ini dulu...........ini hanya ilustrasi saya dan saya tidak bertanggungjawab sekiranya anda gagal untuk mendapatkannya.

Ingin menyertai personal coaching one to one basis, emailkan nama, emel dan no, tel. bimbit anda ke zul_hami@yahoo.com.

Rgds,
ZulBM


0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP