Saturday, January 29, 2011

Dividen Tabung Haji 2010= 5.5%

Source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BonusTabungHaji5_5peratus/Article
2011/01/28
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji Malaysia hari ini mengumumkan pembayaran bonus 5.5 peratus bagi 2010 berjumlah RM1.33 bilion.

Pengerusinya, Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor, berkata peningkatan pembayaran bonus 24 peratus itu adalah berikutan prestasi kewangan yang lebih baik Tabung Haji pada tahun lalu.
"Kadar bonus pendeposit Tabung Haji adalah kompetitif memandangkan profil pelaburan Tabung Haji adalah terhad kepada pelaburan berlandaskan Syariah
sahaja.

"Namun begitu, Tabung Haji masih berkemampuan memberikan tambahan 0.5
peratus daripada kadar bonus 2009 sebanyak 5.0 peratus," katanya semasa
mengumumkan bonus pendeposit Tabung Haji 2010.


Beliau berkata, Tabung Haji masih menawarkan pulangan yang lebih baik jika dibandingkan dengan kadar pulangan daripada akaun tetap perbankan Islam.

Sumber-sumber utama pendapatan Tabung Haji bagi 2010 adalah daripada
pelaburan ekuiti, yang telah menyumbang sebanyak 65 peratus, di mana 19 peratus
adalah pendapatan dividen dan 46 peratus adalah keuntungan urusniaga saham.

Penyumbang kedua terbesar adalah dari pelaburan sekuriti hutang terutamanya
bon Islam, yang telah menyumbang sebanyak 10 peratus.

Abi Musa berkata, keuntungan selepas zakat Tabung Haji bagi tahun 2010 juga
telah menunjukkan kadar pertumbuhan yang baik dengan perkembangan 34 peratus
berbanding 2009.

"Tabung Haji memperuntukkan pembayaran zakat perniagaan RM41 juta bagi 2010
berbanding dengan pembayaran zakat berjumlah RM39 juta pada 2009," katanya.

Beliau berkata, baki dari keuntungan 2010 selepas pembayaran bonus pendeposit, iaitu sebanyak RM164 juta akan dimasukkan ke dalam rizab Tabung Haji.

Dengan sejumlah RM153 juta yang telah dibawa ke hadapan pada tahun 2010,
jumlah rizab terkumpul Tabung Haji bagi tahun tersebut adalah sebanyak RM317
juta.

"Dalam keadaan ekonomi yang mula menunjukkan kesan-kesan pemulihan,
pengukuhan rizab perlu diberi keutamaan bagi mengelak faktor ketidaktentuan
luaran yang sentiasa akan mendatangkan kesan kepada institusi pelaburan seperti
Tabung Haji," kata Abi Musa.
Sementara itu, mengulas mengenai pembayaran bonus pendeposit Tabung Haji,
Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Bhd Datuk Seri Zukri Samat berkata ia
membuktikan bahawa Tabung Haji merupakan salah sebuah syarikat pelaburan
berkaitan kerajaan (GLIC) yang berjaya merangka formula pelaburan yang berkesan.

"Walau pun dalam keadaan ekonomi yang masih mencabar, Tabung Haji berjaya
mencatat pendapatan melebihi RM2 bilion bagi tahun kewangan 2010.

"Pembayaran bonus yang kompetitif setiap tahun oleh Tabung Haji menjadikannya satu organisasi yang berdaya saing," katanya. - BERNAMA

0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Blog Archive

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP