Monday, July 5, 2010

7 Tanda Anda Sebenarnya Berjudi dalam Pelaburan

Source:http://www.pakdi.net/
Ramai dari kita fikir yang kita sudah melabur hanya dengan membeli saham ABC Berhad. Barangkali kerana beli dua tiga buah rumah. Mungkin juga telah beli 10 gram emas. Malah, sebab baru beli 10000 unit saham amanah. Tetapi adakah sebenarnya kita melabur atau “berjudi” ? Berikut adalah 7 tanda yang menunjukkan kita tidak melabur tetapi “berjudi”.

1. Buat keputusan 100% dengan “fakta” dari ejen (jurujual)

Ejen menjual dengan sales pitch. Sales pitch adalah kombinasi auta dan fakta. Noktah.

2. Beli dengan harapan harga akan naik dan naik

Kita tak seharusnya beli sesuatu dengan hanya mengharapkan harga akan naik. Seperti membeli apartment berharga RM 100,000 dan mengharapkan harga akan naik menjadi RM 130,000 setahun lagi.

3. Sekiranya bukan berharap harga akan naik, anda tidak akan beli

Bukan sahaja tidak mahu beli, pegang dan simpan untuk 10 minit pun tidak ingin. Buat apa beli barang yang tidak dikehendaki, tetapi emosi yang telah menguasai diri itulah yang mahukan keuntungan menyebabkan anda beli juga.

4. Dapat tips dari kawan

Barangkali ada kawan yang bercerita tentang untung yang dapat seminggu lepas. Anda tidak mahu ketinggalan bas.

5. Tips dari media

Berhati-hati membaca laporan berita televisyen, radio, majalah, suratkhabar fizikal mahu pun elektronik. Catatan-catatan blog juga tidak terkecuali. Anda tidak ada gambaran keseluruhan.

Lihat sahaja siapa pengiklan.

6. Ikut cakap “bomoh” moden

Bisnes dan pelaburan adalah common sense. Prinsip asas dalam bisnes adalah beli barang harga rendah dan jual barang harga tinggi, justeru boleh buat banyak untung. Kita pula perlu melabur dalam syarikat yang buat bisnes yang ikut prinsip tersebut.

Kenapa mahu tahu “rahsia” tertentu seperti sekiraya lahir bulan ini, hebat di mana. Sekiranya pakai baju warna ini, akan jadi superhero. Simpan ibu duit lah. Teknik tapak tangan pun ada. Bukan kah ini semua menilik nasib ?

Kalau dah tak pandai menjual dan tidak beri apa yang orang mahu, sampai bila pun tidak jadi kaya.

7. Anda tidak boleh cerita dalam bahasa yang mudah

A untuk ayam. B untuk bola. C untuk commodity murabahah.

Anda sepatutnya terlibat dalam perkara yang anda faham sahaja. Dan sekiranya anda tidak boleh beritahu mengenai pelaburan anda dalam bahasa yang mudah, anda sebenarnya hidup dalam alam misteri.

0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Blog Archive

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP