Wednesday, November 18, 2009

Teknik Pelaburan Strategik Cara Jutawan

Sumber:http://www.buatbisnes.biz/usahawan/teknikpelaburanjutawan.html
Teknik ini biasa digunakan oleh jutawan dalam mengandakan wang mereka. Terdapat 3 prinsip simpanan yang biasa mereka gunakan.


Prinsip Pertama:
Lebih cepat anda menyimpan lebih senang
Tahukah anda seorang yang berumur 25 tahun menyimpan sebanyak RM100 sebulan (RM1,200 setahun) akan mengumpul RM349,000 apabila beliau berumur 65 tahun ( faedah sebanyak 8% setahun)? Jika beliau bertangguh selama setahun, “kerugian” sebanyak RM27,800. Jika beliau menunggu selama 5 tahun, jumlahnya kurang sebanyak RM120,000 selepas mencapai tempoh persaraan, dan jika menunggu sehingga 10 tahun jumlah akan berkurangan sebanyak RM200,000! Dengan RM100 sebulan, jumlah yang disimpan selama 10 tahun ialah RM12,000 tetapi kekayaan yang hilang ialah RM200,000.
Ini adalah satu impak daripada faedah kompund iaitu wang yang dilaburkan akan dikenakan faedah setiap tahun. Ia seperti pengembala kambing yang mendapat 2, 4, 8, 16, 32, 64, 128, 256 dan seterusnya apabila kambing-kambingnya beranak dan beranak.
Adalah sesuatu yang rugi jika anda masih menunggu, dan ia seakan tregedi jika anda tidak menyimpan langsung. Mulakan menyimpan hari ini, kerajaan telah menyediakan ASN, ASB, Wawasan 2020 dan sebagainya untuk anda mula menyimpan.


Prinsip Kedua:
Bila anda menyimpan sama penting dengan berapa banyak anda menyimpan
Katakan dua orang yang sama umurnya telah menyimpan RM5,000 setahun selama 15 tahun. Jumlah ialah RM75,000. yang pertama menyimpan dari umur 20 hingga 35, sebelum berkahwin. Orang yang kedua menyimpan jumlah yang sama tetapi selepas anak-anaknya bekerja. Beliau menyimpan sebanyak RM75,000 dari umur 55 hingga 65.
Semasa berumur 65 tahun, orang yang pertama jumlah simpanannya menjadi RM750,000! – 10 kali daripada jumlah yang disimpan. Ia merupakan satu perbezaan yang besar daripada orang yang kedua yang mengumpul hanya RM75,000, walaupun kedua-duanya menyimpan jumlah yang sama. Perbezaannya ialah bukan berapa banyak yang disimpan tetapi bila simpanan itu mula dibuat.

Kesimpulannya ialah kita perlu menyimpan seberapa banyak yang boleh dan seawal yang boleh!

Prinsip Ketiga:


Berapa banyak anda simpan adalah lebih penting daripada berapa banyak pendapatan anda
Nampaknya seperti membingungkan, tetapi anda tidak perlu mempunyai pendapatan besar untuk menjadi kaya. Dinegara maju, ramai orang dengan pendapatan biasa sahaja telah menjadi kaya kerana mereka berjimat dan menyimpan lebih banyak daripada orang lain.
Mereka yang dengan konsisten boleh menyimpan lebih daripada 10 peratus akan menjadi lebih kaya dengan cepat daripada mereka yang tidak menyimpan. Contohnya satu keluarga yang berpendapatan RM30,000 setahun. Katakan mereka berjimat dan berjaya menyimpan 25% daripada pendapatan sebulan dibank, menjadi RM7,500 setahun (RM625 sebulan). Selepas 25 tahun, pendapatan yang dikumpul ialah RM594,000.


Sekarang bandingkan dengan keluarga yang berpendapatan RM50,000 setahun, tetapi mereka suka membazir dan hanya menyimpan sebanyak 5% daripada pendapatan atau RM2,500 setahun (RM208.33 sebulan). Selepas 25 tahun, pendapatan terkumpul dibank ialah hanya RM198,000.
Sekarang anda sudah mengetahui rahsia teknik pelaburan yang biasa digunakan oleh professional dan jutawan.

Bincangkan bersama-sama keluarga anda dan saya harap anda dapat menyimpan secepat mungkin!


0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP