FCPO-Intro
FCPO adalah salah satu dari produk futures yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia Derivatif (BMD). Ia adalah produk futures yang mematuhi syariah (syariah compliant) yang disandarkan kepada pasaran fizikal kelapa sawit dunia.
FCPO diniagakan dalam Ringgit Malaysia. Satu pergerakan minima harga (satu tick) bagi FCPO adalah RM1 di futures yang membawa nilai sebenar RM25. Oleh itu jika harga FCPO bergerak sebanyak RM5, ini bermakna nilai sebenar kepada trader adalah RM25 X RM5 = RM125.
FCPO didefinisikan sebagai suatu kontrak derivatif (yang diperakui undang-undang Malaysia) diantara pembeli dan penjual untuk menerima atau menghantar minyak sawit mentah (1 lot FCPO bersamaan dengan 25 Tan Metrik minyak sawit mentah) pada suatu masa tertentu di masa hadapan.
Kontrak ini adalah mengikut bulan. Kontrak yang ditawarkan BMD adalah kontrak bagi bulan semasa dan lima bulan berikutnya, di ikuti bulan-bulan seterusnya secara berselang satu bulan, sehinggalah ke bulan 24 yang akan datang. Kontrak akan menjadi matang pada 15 haribulan pada bulan dimana kontrak itu disebut. Contohnya, kontrak bulan Julai 2007 akan matang pada bulan Julai 2007 manakala tarikh akhir urusniaganya adalah pada 15 Julai 2007.
Futures membenarkan kita membeli dahulu dan kemudian jual. Futures juga membenarkan kita menjual dahulu dan kemudian baru membeli. Yang pentingnya, kita melengkapkan urusniaga kita dengan membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi; tak kesahlah beli dan jual atau jual dan beli.
Adalah juga penting untuk melengkapkan urusniaga. Kontrak yang diniagakan adalah sah dari segi undang-undang. Jika urusniaga tidak dilengkapkan dan kontrak itu matang, kita wajib meneruskan dengan proses tender fizikal minyak sawit. Dalam kata lain; trader yang masih memegang kontrak belian FCPO pada tarikh matang perlu menerima 25 tan metrik minyak sawit (bagi setiap kontrak) daripada trader yang masih memegang kontrak jualan FCPO pada tarikh matang yang sama.
Trader bebas memilih untuk membeli dan menjual kontrak dari bulan mana-mana sahaja. Namun trader diingatkan bahawa berurusniaga pada bulan yang hampir matang mungkin akan menyebabkan trader terpaksa berurusan dengan minyak sawit secara fizikal.
Jual atau beli kontrak pada bulan yang masih jauh juga boleh memerangkap trader kerana kontrak bulan sebegini, kadar kecairannya adalah rendah. Bila beli, mungkin susah nak jual kemudiannya kerana tiada pembeli. Begitu juga sebaliknya, bila jual susah nak beli kemudiannya kerana tidak ada penjual.
Adalah menjadi kebiasaan trader di dalam pasaran, terutamanya spekulator, untuk berurusniaga FCPO pada kontrak bulan ke tiga. Istilahnya adalah 'benchmark contract month'. Apabila membeli atau menjual kontrak bulan ketiga, ada cukup masa untuk melengkapkan urusniaga manakala kadar kecairannya adalah paling tinggi.
Masa urusniaga FCPO di BMD terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pagi (10.30 hingga 12.30) dan sesi petang (3.00 hingga 6.00).
Kadar margin atau deposit bagi setiap lot adalah ditentukan oleh BMD Clearing. BMD Clearing akan menyemak kadar ini dari masa kesemasa dan mengubahnya mengikut keperluan pengurusan risiko mereka.
Pada masa sekarang, kadar margin bagi setiap lot FCPO telah ditetapkan oleh BMD Clearing pada RM5,500. Walau bagaimanapun, ada syarikat broker yang membenarkan separuh margin (RM2,750) bagi urusniaga singkat (melengkapkan urusniaga pada hari yang sama).
credit to encik kamar's blog
Sumber:http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=84919&page=2
0 comments:
Post a Comment