Wednesday, August 12, 2009

Kajian kes Etika Emas Estet Sdn Bhd : Mengapa Pelabur Mengalami Kerugian?

Sumber:Jutawanemas.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia adanya.

Saya di sini sibuk banyak. Sekarang nie tengah sibuk buat research pasal pelaburan emas. InsyaAllah kalau takder aral melintang hujung bulan ini saya dah boleh keluarkan e-book saya sendiri :)

Baiklah, untuk posting kali ini saya ingin berkongsi maklumat kajian kes skim pelaburan emas yang dijalankan oleh Etika Emas Estet Sdn Bhd.

Dalam kes ini saya akan menerangkan kaedah pengiraan kerugian pelabur-pelabur skim Etika Emas Estet dan kenapa kerugian tersebut berlaku.
Follow-up posting yang lepas.

Di dalam artikel yang lepas, saya ada meminta pelabur-pelabur yang bermasalah dengan skim pelaburan emas untuk menghubungi saya.

Niat saya ialah untuk membantu menilai jumlah kerugian yang dialami serta memberikan penyelesaian bagaimana nak meminimakan kerugian.

Saya telah menerima 29 e-mail daripada pelabur yang menyertai skim pelaburan emas.

Kesemuanya daripada pelabur Etika Emas Estet Sdn. Bhd.

Jadi saya membuat keputusan untuk memaparkan cara mengira untung rugi bagi pelabur Etika Emas.

Ini adalah bagi kes Ar-Rahnu.
Bagaimana mengira kerugian/keuntungan anda?

Untuk membuat pengiraan anda perlukan maklumat-maklumat berikut:

1. Berapa nilai marhum emas yang dipajak
2. Nilai pinjaman Ar-Rahnu
3. Upah simpan bulanan
4. Jumlah upah simpan (setelah 6 bulan)
5. Tarikh tamat kontrak
6. Berapa harga emas ketika dibeli dengan Etika Emas
7. Berapa harga emas yang boleh dijual (kepada pihak ketiga)

Contohnya:
En. A melabur 100 gram (1 +1) pada 17/6/2009 dengan kos RM13 296

- Tarikh masuk program = 17/6/2009
- Tarikh tamat = 17/12/2009
- Jumlah emas yang dipajak = 200 gram
- Nilai marhum = RM25 326
- Nilai pinjaman = RM16 460
- Upah simpan sebulan = RM191.51
- Jumlah upah simpan setelah 6 bulan = RM1149.04
- Kos kontrak = RM100
- Harga belian Etika Emas = RM13 296 (termasuk 5% brokerage fee)
- Harga emas dijual kepada pihak ketiga = RM10500/100 gram (harga pada 10/8/2009)

Pengiraan untuk En. A:
Jika menggunakan pihak ketiga untuk menebus emas (pada bulan 8/2009) , maka pengiraan untung rugi adalah seperti berikut:

Bayaran yang diterima = RM10 500 x 2 ketul
= RM21 000 –>

ditolak semua kos-kos dibawah
(- ) RM16 460 –> nilai pinjaman Ar-Rahnu
(-) RM383.12 (upah simpan 2 bulan, sehingga bulan 8 sahaja)
(-) RM100 (kos kontrak etika)
Baki ditangan = RM4056.88

Jumlah modal ketika menyertai pelaburan = RM13 296
Jumlah modal yang dapat diselamatkan = RM4056.88
Jumlah kerugian = RM9239.
Peratus kerugian = 69.48%

hmm… banyak juga kerugian En. A.

Lebih kurang 70% modal beliau telah hangus.
Disclaimer:

Jumlah keuntungan dan kerugian pelabur Etika Emas tak sama antara seorang pelabur dan pelabur yang lain. Kat sini saya cuma mengira kerugian bagi kes encik A.

Sekiranya anda tergolong didalam kategori yang dah untung.. Alhamdulillah.. syukur pada Allah.
Bagaimanakah cara meminimakan kerugian?

Setelah anda membuat pengiraan dan mengetahui jumlah kerugian yang perlu ditanggung, maka anda boleh mengambil tindakan-tindakan alternatif seperti :

1. Biar pihak ketiga uruskan penebusan. Anda boleh terima hakikat yang anda telah
rugi. Kalau simpan pun menyakitkan hati jer..

2. Biar aje dalam Ar-Rahnu sehingga kontrak hampir tamat. Anda boleh tunggu
harga emas naik supaya boleh jual tinggi kepada pihak ketiga.
(p/s: anda masih perlu membayar semua upah simpan kat Ar-Rahnu)

3. Kalau kontrak dah nak expired, anda boleh bayar upah simpan sahaja
dan sambung kontrak lagi 6 bulan (andaian harga akan naik lebih tinggi nanti).
Harap-harap anda akan dapat harga yang lebih baik lah..

4. Tebus sendiri dan simpan semua emas-emas tersebut sendiri (kalau ada modal)

5. Biar habis kontrak dan emas tu kena lelong. Kalau lelong dapat harga tinggi nanti
Bank Rakyat akan pulangkan lebihan wang kat anda (ini alternatif terakhir lah..)
Kalau dibuatnyer orang tak beli emas lelong anda, jatuh rugi lah jugak..
Mengapa pelabur rugi banyak?

Berdasarkan analisa saya, pelabur Etika Emas mengalami banyak kerugian disebabkan faktor-faktor berikut:

1. Harga emas yang dijual oleh Etika Emas lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Jadi apabila masalah berlaku, pihak Etika Emas tidak mampu membeli semula pada
harga yang dijanjikan di dalam kontrak ( -2%) sebaliknya emas tersebut terpaksa
dijual kepada pihak ketiga pada harga yang rendah.

2. On top of that, ada cas 5% brokerage fee ke atas harga jualan emas Etika Emas
menyebabkan kos yang ditanggung pelabur lebih tinggi.

3. Semua wang gadaian diberikan kepada Etika Emas.

4. Pelabur terpaksa menanggung upah simpan di Ar-Rahnu
(sebab akaun Etika Emas kena freez dengan Bank Negara)

5. Hibah bulanan daripada Etika Emas dah tak dapat.

6. Emas tersebut terpaksa dijual pada harga diskaun kepada pihak ketiga.
Ini kerana tiada siapa yang hendak membeli emas tersebut pada harga Etika Emas.

7. Kalau buat personal loan dengan bank, maka kena tanggung interest.
Ini adalah kerugian dalam jangkamasa panjang. Kalau campur dengan kerugian
interest loan, memang lebih banyak kerugian yang perlu ditanggung oleh pelabur.
Apakah pengajaran daripada peristiwa ini?

Well, saya rasa ramai pelabur yang sudah serik nak menyertai skim-skim pelaburan emas. Ini kerana skim pelaburan emas dilihat mempunyai risiko yang tinggi.

Siapa sangka syarikat-syarikat ini akan diserbu dan disiasat oleh pihak berkuasa.

Namun begitu jangan jadikan pengalaman pahit ini sebagai penghalang daripada anda membuat pelaburan emas.

Pelaburan emas memang sangat menguntungkan, tapi ia perlu dilakukan dengan betul.

Kalau nak tahu pasal kaedah pelaburan emas yang betul, anda kena ikuti blog juwawanemas nie. Saya akan ceritakan bagaimana cara membuat pelaburan emas yang sebenarnya.

By the way, saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan anda semua. Ini saya perolehi daripada buku Robert Kiyosaki yang bertajuk “The REAL Book of Real Estate. Real Expert. Real Stories. Real Life.

robert_kiyosaki_book

Didalam buku tersebut, salah seorang penulisnya telah menceritakan pengalaman peribadi beliau sebelum berjaya.

Katanya “Kejayaan bukanlah datang di dalam bentuk garis lurus; ia adalah siri perjalanan dan perhentian, naik dan turun”

i_thought2

Tapi itu bukanlah realitinya.

Ini sebenarnya perjalanan ke arah kejayaan:

reality_of_success1

Jika kita terus bersabar, berani belajar dari kesilapan dan sentiasa tabah.

Dan yang penting sekali ialah menimba ilmu pengetahuan sebelum membuat sesuatu.

Kita akan berjaya. InsyaAllah.
Mari berkongsi pengalaman.

Ok, kat sini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua.

Perjalanan mencari kekayaan saya sebijik macam graf zig zag kat atas tu.

Ada ketikanya dapat untung banyak.. lepas tu kena scam, kena tipu dengan janji palsu dan banyak lagi. Berpuluh ribu jugaklah abis..

Semua tu menyebabkan saya lebih berhati-hati.

Nak kumpul duit memang susah.. nak hilang duit senang ajer…

Jadi saya telah berjanji kepada diri saya sendiri.. sebelum saya berbuat sesuatu, saya akan pastikan yang saya mendalaminya terlebih dahulu.


0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP