Downsized!
Sumber:www.pakdi.my/blog/downsized/
Dalam artikel Shuth, antara alasan orang nak makan gaji sampai ke tua adalah:
“Makan gaji ler senang.. cukup bulan mesti dapat gaji! Tak payah susah-susah nak pening kepala.”
Bagi saya adalah, makan gaji atau berniaga bukan persoalan utama, tetapi adakah anda bersedia menghadapi zaman susah baik ketika makan gaji atau berniaga, itu adalah lebih penting untuk difikirkan.
Ingat, kalau semua orang main saham 24 jam, beli hartanah satu Malaysia, jual pisang goreng di pasar malam, siapa pula nak jadi doktor? Siapa pula nak jadi jurutera? Siapa pula nak jadi pak guard? Siapa pula nak jadi mekanik?
Justeru, baik anda bekerja makan gaji atau bekerja sendiri, anda perlu bersedia untuk menghadapi masa susah.
Dalam permainan Cashflow 101, ada satu petak dinamakan downsized! Anda dibuang kerja! Anda tidak mempunyai pendapatan selama 2 bulan! Tetapi bukan VSS, sebab VSS dapat pampasan :D
Kalau kita tiada aset, tiada cashflow, tiada savings yang mencukupi, saat-saat mendekati petak downsized cukup menggerunkan. Dan semua pemain menarik nafas lega bila petak ‘durjana’ tersebut dilepasi dengan jayanya. Itu baru permainan simulasi, bayangkan sekiranya situasi itu betul-betul berlaku dalam diri anda.
Bak kata Donald Trump dalam siri The Apprentice: You’re fired!
Walaupun ia adalah petak durjana, tetapi sekiranya anda mempunyai savings dan yang paling utama, aset yang tertentu, anda akan menarik nafas lega. Lebih-lebih lagi kalau kad small deal & big deal dibacakan dan anda mendapat untung besar!
Ini menunjukkan, sekiranya anda mempunyai pengetahuan mengenai dunia kewangan yang betul dan bersedia untuk menghadapi 1001 cabaran buruk yang bakal melanda, anda akan melepasi ujian getir tersebut.
Pengalaman saya mengendalikan simulasi permainan Cashflow ini kepada pelajar IPTA banyak mengajar diri saya apabila melihat emotional reaction yang berlaku semasa para peserta mendapat petak downsized. Ada yang boleh tersenyum, ada yang menepuk dahi dan ada yang cukup-cukup nafas aje.
Sekiranya hari ini anda diberi notis berhenti kerja 24 jam, adakah anda boleh tersenyum atau sebaliknya?
Tepuk dada dan tanya pengetahuan kewangan anda.
0 comments:
Post a Comment