Apa Itu OD ?-by Pakdi
Sumber:www.pakdi.my/blog/cerita-od-lagi/#more-1633
Menjawab beberapa persoalan dalam post Apa Itu OD ?
1. Akaun OD
Sebenarnya anda tidak buka “akaun overdraft”. Anda cuma buka akaun semasa yang mempunyai kemudahan overdraft.
2. Topup “akaun OD”
Anda sebenarnya tidak top up jumlah OD yang dibenarkan oleh bank. Anda cuma letak duit dalam akaun semasa yang ada kemudahan overdraft. Jadi, bila anda masukkan duit dalam “akaun OD” setiap bulan, anda cuma letak duit tersebut dalam akaun semasa yang mempunyai kemudahan OD.
Antara kelebihannya, andaikan anda nak beli rumah. Deposit yang diperlukan adalah RM 10,000 , tapi anda cuma ada RM 6,000 dalam akaun tersebut, maka dengan overdraft facility, anda tetap boleh keluarkan cek bernilai RM 10,000 untuk beli rumah. Maka, duit RM 4,000 yang bukan milik anda itu adalah sebenarnya hutang.
3. Akaun individu
Tidak semua bank nak bagi kemudahan OD kepada pelanggan individu. Cuma kebiasaannya OD ini digunakan oleh orang bisnes. Jadi, anda kena lah pergi bertanya bank-bank sama ada mereka ada tawarkan kemudahan akaun semasa + overdraft untuk akaun individu. Dan selalunya akaun semasa, setakat nak buka, tidak ada caj.
4. Mana lagi tinggi interest? OD ke kad kredit ?
Bergantung.
5. Kenapa orang buat OD-ASB ?
Ia adalah salah satu strategi kewangan. Itu sahaja. Kadar faedah / caj terhadap OD hanya dikenakan kalau kemudahan OD digunakan sahaja. Kalau tak guna, tak perlu bayar apa-apa. Seperti mana yang telah disebut, overdraft adalah kemudahan hutang (revolving loan) yang tidak sama sifatnya dengan pinjaman peribadi (term loan). ASB dijadikan cagaran untuk memastikan hutang OD dibayar. Jadi kalau hutang OD tak bayar, ASB habis.
6. Bagus ke teknik OD-ASB ni ?
Bergantung. Dalam dunia ini ada banyak strategi kewangan. Carilah strategi yang terbaik untuk anda. Ada orang suka lagu Faizal Tahir, ada orang suka lagu M. Nasir. Nak bergaduh suara siapa lagi sedap ? Sampai mati pun tak habis.
0 comments:
Post a Comment