Apa Yang Mesti Anda Buat Selepas Dapat Gaji
Sumber:www.pakdi.my/blog/apa-yang-mesti-anda-buat-selepas-dapat-gaji/
Anda baru cek akaun bank anda menerusi mesin ATM.
Yes. Gaji sudah masuk!
Dan seperti biasa anda sudah berkira-kira untuk membayar …
* Duit rumah
* Duit kereta
* Bil air
* Bil api
* Bil internet
* Bil telefon
* Hutang bank
* Dan seterusnya
Kemudian anda pun membelanjakan baki gaji yang ada untuk keperluan yang lain dan urusan hidup anda sehinggalah masuk gaji seterusnya pada bulan hadapan.
Kalau ada lebih, baru anda fikir untuk simpan.
Kan Kan Kan Kan ?
Tetapi amalan biasa anda sebegini adalah
Salah!
Dan anda perlu mengubah amalan ini untuk kebaikan masa depan kewangan anda.
Mahu kah anda mengetahui 2 perkara mudah yang mesti anda buat selepas dapat gaji bulanan anda ?
Ya.
Dengan melakukan 2 perkara mudah ini terlebih dahulu, keadaan kewangan anda akan berubah untuk selama-lamanya.
# 1 : Pay Yourself First
Anda mesti memperuntukkan paling kurang 30% dari keseluruhan pendapatan anda untuk disimpan.
Sekiranya gaji bersih anda RM 1800, maka anda perlu menyimpan kira-kira RM 540 ke salah satu dari 4 pilihan yang berikut:
1. ASB
2. Tabung Haji
3. Akaun Simpanan Tetap (Fixed Deposit)
4. Akaun Simpanan Biasa (Savings / Current)
Sila buat potongan tetap setiap bulan secara automatik dan simpan buku akaun atau kad ATM di tempat yang sukar untuk diambil.
Maka dengan cara ini anda boleh terus menyiapkan diri anda dengan jumlah simpanan yang bersamaan (step by step)
* 3 bulan perbelanjaan
* 6 bulan perbelanjaan
* 12 bulan perbelanjaan
* 24 bulan perbelanjaan
* 48 bulan perbelanjaan
* 60 bulan perbelanjaan
* 84 bulan perbelanjaan
Dan segala duit bonus, pendapatan sampingan anda juga digalakkan untuk dimasukkan ke dalam akaun ini.
# 2 : Zakat & Derma
Anda perlu memperuntukkan 10% daripada pendapatan bulanan anda untuk tujuan zakat dan derma.
Sekiranya gaji bersih anda RM 1800, maka RM 180 digunakan untuk tujuan ini.
Cara yang paling kool adalah dengan menderma di tabung-tabung masjid pada hari Jumaat.
Cara yang lebih kool pergi cari rumah-rumah kebajikan atau badan-badan kebajikan tertentu yang memerlukan sumbangan duit orang ramai.
(Err.. untuk bulan November boleh gunakan duit tu untuk menyertai larian Terry Fox)
Cara yang agak lari dari kebiasaan tetapi masih boleh dilakukan adalah dengan membelanja kaum keluarga dan rakan-rakan anda untuk acara makan-makan.
Ibu bapa anda mesti suka kalau tiba-tiba anak mereka (anda lah tu) mengumpulkan sesama adik beradik untuk acara makan-makan sesama keluarga.
(Ini tidak, apabila buat kenduri kahwin ada yang mengharapkan sampul becek dari tetamu. Uhuk uhuk!)
Sekarang anda mempunyai baki 60% dari gaji anda untuk dibelanjakan sesuka hati.
Apa lagi.
Pergi lah bantu orang lain menjadi kaya pula.
0 comments:
Post a Comment