Tuesday, May 4, 2010

FCPO-Strategi Urusniaga

Source:http://fcpoinvestmentgroup.webs.com/strategiurusniaga.htm
Apabila pasaran dalam trend ke atas atau ke bawah, peluang membuat untung adalah lebih besar. Kerana itu, lebih ramai spekulator akan masuk ke pasaran. Sekaligus spekulator akan menjadi majoriti. Sebagai pengikut kepada suara ramai, tentunya tidak ada masalah untuk membuat intraday trading malah kemungkinan besar akan lebih menguntungkan berbanding dengan overnight trading.

Kesimpulan 1 : Apabila trend ke bawah atau ke atas, utamakan trend jangka pendek dan cuba ikut spekulator yang banyak membuat intraday trading.

Apabila pasaran dalam trend melintang, harga akan bergerak dalam suatu julat yang terhad. Justeru itu, peluang membuat untung adalah lebih kecil. Kerana itu, tidak ramai spekulator yang akan memasuki pasaran. Ini menyebabkan investor yang menjadi majoriti. Sebagai pengikut kepada suara ramai, tentunya minima manfaat yang dapat diperolehi melalui intraday trading malah kemungkinan besar akan lebih menguntungkan jika overnight trading diamalkan.

Kesimpulan 2 : Apabila trend melintang, utamakan trend jangka panjang dan cuba ikut investor yang banyak membuat overnight trading.

Pengecualian : Jika margin benar-benar besar, tidak perlu terlalu fleksibel atau terlalu patuh kepada Kesimpulan 1 dan Kesimpulan 2.



Bagaimana ingin memperolehi keuntungan dalam FCPO



Untuk memperolehi keuntungan dalam FCPO, anda boleh memilih salah satu atau gabungan daripada 2 kaedah berikut :

1. Kaedah fundamental

Kaedah ini merujuk kepada pemerhatian kepada data dan peristiwa ekonomi. Contohnya, sekarang ini pengguna kaedah fundamental akan memerhatikan:

· Perkembangan isu bio-fuel di Malaysia dan Eropah

· Harga minyak yang mana bio-fuel dijangka menjadi alternatif

· Data permintaan dan penawaran di Malaysia dan Indonesia (sebagai pengeluar utama minyak sawit) serta di China, India dan Asia Barat (sebagai negara pengimport utama terutama menjelangnya musim perayaan Aidil Fitri dan Tahun Baru Cina)



· Faktor cuaca yang menjejaskan penanaman soybean di US.



Anda tidak perlu mempunyai kemahiran ekonomi untuk menguasai fundamental; hanya perlu ketekunan dan rasa ingin tahu yang tinggi.

2. Guna kaedah teknikal

Kaedah kajian data-data harga FCPO yang dibuat dalam pelbagai bentuk seperti Candlestick, Bar, Moving Average dan lain-lain.

Anda tidak perlu mempunyai kemahiran matematik yang tinggi untuk mahir dalam teknikal; hanya perlu ketekunan dan rasa ingin tahu yang tinggi.



Bagaimana ingin memperolehi kerugian dalam FCPO



Untuk mendapat kerugian dalam FCPO, sila ikuti salah satu atau mana-mana gabungan daripada yang berikut :

· Melawan aliran harga pasaran.



· Memasuki pasaran dengan secara berlebihan tanpa mengambil kira kemampuan modal.



· Memasuki pasaran kerana mengikut urusniaga orang lain.



· Mengikut emosi sebelum, semasa dan selepas memasuki pasaran.



· Tidak menyediakan pelan sebelum memasuki pasaran.



· Tidak menyediakan plan B sekiranya pasaran tidak bergerak mengikut aliran yang dijangka.



· Mengharapkan keajaiban berlakunya perubahan aliran harga walaupun sedar telah tersilap langkah.



· Melupakan sesuatu arahan beli atau jual yang telah diberikan kepada broker.



· Menambah urusniaga semasa aliran bergerak dalam arah berlawanan dengan harapan pasaran membuat pembetulan seterusnya mendapat harga purata yang boleh meminimakan rugi.



· Membuat urusniaga walaupun tidak pasti dengan arah pasaran.





Strategi sebelum memasuki pasaran



Apabila membuat urusniaga dalam pasaran FCPO (atau mana-mana pelaburan futures), sebaik-baiknya mempunyai strategi urusniaga sebelum memasuki pasaran. Setidak - tidaknya dalam strategi urusniaga ini dicadangkan mempunyai :



* Pengecaman arah aliran utama (pada carta mingguan atau carta harian) harga pasaran.



* Penetapan garis support (sokongan) dan garis resistance (halangan).



* Penetapan tahap risiko (margin of error) yang sedia diserap jika berlaku kerugian.



* Penyemakan baki tunai di dalam akaun untuk mengelakkan urusniaga berlebihan (overtrade).



* Penyediaan senarai semak secara bertulis bagi perkara di atas.


Secara umumnya, strategi urusniaga yang dibina adalah berbeza bagi setiap orang mengikut keselesaan modal, pengurusan risiko dan masa yang boleh diperuntukan dalam memerhatikan pergerakan harga pasaran.

Walau bagaimanapun semua strategi urusniaga umumnya digunakan sebagai dasar, asas atau disiplin bagi :



* Menetapkan had volum dan had tempoh urusniaga (avoiding overtrading)



* Mencari aras harga untuk memasuki pasaran (point of entry)



* Mencari aras harga untuk meninggalkan pasaran (point of exit)



* Menetapkan aras harga bagi menghadkan kerugian (stop loss)



Peniaga profesional futures seringkali menggunakan frasa berikut bagi menjelaskan kepentingan strategi urusniaga :



“Those Who Survive The Market Are Not The Wealthier Nor The Smarter But Simply The Most Disciplined”



atau



Mereka Yang Berjaya Dalam Mengharungi Pasaran Adalah Bukan Daripada Golongan Yang Bermodal Besar atau Yang Lebih Bijak Tetapi Semata-mata Adalah Mereka Yang Paling Berdisiplin.





Arah Harga


Contoh apabila harga telah mencecah hampir RM3500 bagi FCPO, ramai yang kata yang harga itu sudah terlalu tinggi sebagai minyak makan, ia takkan naik lagi. Secara logiknya memanglah begitu. Sesuatu bahan kegunaan harian dalam masakan, tentu ada hadnya kalau naik harga; kalau tak sapa nak beli?

Betul atau tidak tanggapan ini?

Jika begitu, harga macam mana yang dikatakan sebagai tinggi? Harga macamana pula yang dikatakan rendah?

Sebenarnya harga tinggi atau rendah adalah semata-mata persepsi. Yang perlu kita utamakan, sebagai peniaga FCPO adalah persepsi pasaran. Jika pasaran, secara keseluruhannya menganggap yang sesuatu harga itu terlalu tinggi, maka harga pasaran akan mula bergerak ke bawah. Begitu juga apabila pasaran, secara keseluruhannya menganggap yang sesuatu harga itu terlalu rendah, maka harga pasaran akan mula bergerak ke atas.

Inilah yang dikatakan pasaran yang dikuasai penawaran dan permintaan. Harga pasaran akan bergerak mengikut sentimen dan persepsi pasaran.

Sebagai peniaga kecil FCPO, kita perlu ingat, pasaran FCPO tidak peduli dan tidak mengambil kira pandangan kita sebagai individu. Pasaran FCPO hanya bergerak mengikut penawaran dan permintaan MAJORITI pemain pasaran.

Justeru, kita sebagai peniaga kecil FCPO, hanya boleh mengikut pergerakan pasaran. Pasaran naik, maka kita ikut dan masuk pasaran dengan membeli kontrak FCPO (dan keluar dengan menjual kontrak FCPO). Jika pasaran turun, maka kita ikut dan masuk dengan menjual kontrak FCPO (dan keluar dengan membeli kontrak FCPO).

Fakta ini ramai yang faham tetapi tidak ramai yang menyelami maksudnya lalu membuat kesilapan utama semasa berurusniaga FCPO.



* Sebagai pengikut pergerakan harga pasaran, ramai yang bertindak cuba MENDAHULUI pergerakan harga pasaran. Kalau lambat masuk, terlepas peluang katanya. Ini SALAH. Pasaran hanya mengikut penawaran dan permintaan MAJORITI peniaga. Biar dah sah arah pergerakan harga pasaran, baru kita ikut. Kita masih berpeluang masuk; walaupun peluang untungnya tidak banyak tetapi risikonya juga lebih terkawal. Jadi soal terlepas peluang tidak timbul kerana masuk lambat ke dalam pasaran. Ini adalah soal TAMAK kerana ingin untung besar atau redha dengan untung lebih kecil daripada risiko yang terkawal.



* Keluar daripada pasaran kerana sudah sampai sasaran harga. Ini adalah SALAH. Kita masuk pasaran kerana mendapati harga pasaran sedang mengikuti sesuatu arah. Apabila dah masuk, kita jarang menyemak arah pasaran. Asalkan sudah sampai target harga yang kita kehendaki, kita sudah berpuashati dan keluar dari pasaran. Jangan sampai terlalu tamak katanya. Padahal keputusan untuk masuk pasaran dan keluar pasaran perlu dibuat dengan kaedah yang sama. Bila nak masuk pasaran, kita nilaikan arah pasaran. Bila nak keluar daripada pasaran, jika arah pasaran belum berubah, kenapa tidak kita kekal dulu dalam pasaran?



* Bila masuk ke dalam pasaran, kita telah membuat keputusan harga sedang bergerak dalam sesuatu arah. Jika kemudiannya, didapati harga telah berubah arah, kebanyakan peniaga tidak mahu keluar dengan segera walaupun menyedari arah harga yang sudah berubah. Dalam kebanyakan kes, alasannya adalah kerana targetnya belum sampai dan dia belum mahu bertindak kerana bertindak akan bermakna kerugian. Tanpa disedari, perubahan arah harga ini akan menjadi terlalu besar dan langsung membawa kepada kerugian yang amat besar.



Pepatah orang putih ada berkata,



"Maximise your profit by letting it run, minimise your profit by cutting it short".



Maknanya,



Maksimakan untung sampai setakat mana yang boleh (yang ditawarkan oleh pasaran) dan minimakan kerugian dengan mengambil rugi sekecil yang boleh.

Samada sebelum memasuki pasaran atau semasa dalam pasaran, jangan lupa untuk sentiasa menyemak arah harga pasaran.



* Sebelum memasuki pasaran, tentukan arah harga pasaran.



* Bila arah harga pasaran telah dikenalpasti, masuk pasaran mengikut arah pasaran berkenaan.



* Semak arah pasaran dari masa ke semasa bagi mengenalpasti jika arah harga masih kekal atau sudah berubah.



* Selagi arah pasaran yang dikenalpasti tadi masih kekal, jangan keluar dari pasaran.



* Apabila arah pasaran telah berubah dari arah asal, keluar daripada pasaran secepat mungkin, tanpa mengira anda di dalam keuntungan atau kerugian.



Mungkin sukar hendak mempercayai dan menerima secara teori, tetapi secara praktikalnya telah terbukti, apabila mengamalkan prinsip urusniaga seperti di atas, secara puratanya anda akan mendapat purata untung yang jauh lebih besar berbanding purata kerugian yang terpaksa ditanggung.



Petua



PETUA 1.0 : TENTUKAN TREND MARKET FUTURES DAN PASTIKAN TREND DENGAN UNDERLYING MARKET (PASARAN YANG DI SANDARKAN).

PETUA 1.1 : JIKA HENDAK MELIHAT TREND MARKET, TENGOK DAILY CHART ATAU WEEKLY CHART. JANGAN SESEKALI LIHAT INTRADAY CHART UNTUK CARI MARKET TREND! WALAUPUN BAGI SEORANG INTRADAY TRADER!

PETUA 1.2 : SEBENARNYA JIKA HENDAK MELIHAT MARKET TREND, LIHAT CHART UNTUK FUTURES MARKET SAHAJA PUN SUDAH MENCUKUPI. WALAU BAGAIMANAPUN ADALAH TABIAT YANG SIHAT UNTUK CROSS REFERENCE DENGAN UNDERLYING MARKET SEBAB FUTURES AKAN MENGIKUT UNDERLYING DAN BUKAN SEBALIKNYA!

PETUA 1.3 : BILA MELIHAT CHART, LIHAT DENGAN MATA BUDAK BERUMUR 10 TAHUN. MAKNANYA LIHAT DENGAN CARA PANDANGAN PALING MUDAH DAN ASAS. BILA LIHAT CHART DAN TIDAK BOLEH TENTUKAN ARAH MARKET, TUNJUKKAN PADA BUDAK TADI. KALAU DIA KATA NAIK MAKNA NYA NAIK LAH TU.

0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Blog Archive

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP