Friday, July 24, 2009

Apa itu OD-by Pakdi

Sumber:www.pakdi.my/blog/apa-itu-od/#more-1625
Namun awas, bila anda guna OD, anda akan kena caj tertentu berserta kadar faedah / kadar keuntungannya sekali. Ia bukan duit percuma. Ia hutang. Cuma anda tidak perlu beratur ke bank untuk buat “pinjaman” setiap kali anda memerlukan duit tunai.

OD selalunya adalah untuk kemudahan bisnes. Maklumlah orang bisnes ini ada kerja, ada job, tetapi dapat payment selalu tidak konsisten. 2 minggu kemudian, 1 bulan kemudian, 3 bulan kemudian malah 2,3 tahun kemudian pun ada.

Jadi, sementara nak tunggu dapat payment tu, kalau tak cukup cash, mau makan apa brader ?

Atau pun, sementara nak tunggu payment dapat, dapat lagi satu projek baru yang memerlukan sejumlah modal.

Maka di situlah OD boleh memainkan peranan penting. Anda tidak perlu beratur dekat bank untuk buat pinjaman baru.

OD sebenarnya adalah revolving credit facility. Maksudnya adalah, ia bersifat flexible.

1. Walaupun anda ada limit RM 20,000, tetapi selagi anda belum guna 1 sen pun, maka anda tidak akan dikenakan sebarang caj / faedah.

2. Walaupun anda ada limit RM 20,000, tetapi kalau anda cuma guna sehingga RM 1,000, maka hutang yang perlu diselesaikan adalah RM 1,000 + faedah / untung bank.

3. Anda ada limit RM 20,000, sudah guna RM 5,000, maka anda boleh bayar cuma faedah / untung bank sahaja. Jadi, baki limit anda sekarang hanya tinggal RM 15,000 selagi mana hutang RM 5,000 itu tidak dilunaskan.

4. Kalau buat term loan / financing, maka tiap-tiap bulan ada sejumlah bayaran. Tetapi OD tidak ada sejumlah bayaran tetap. Tapi hati-hati, interest / kadar untung kira hari-hari maaa….

Soalan: OD halal, ada ke?

Ada. Cuma kebanyakan kemudahan OD ini disediakan untuk bisnes, dan bukan individu biasa.

OD-ASB tu apa dia ?

OD adalah kemudahan kewangan. ASB pula adalah salah satu instrumen kewangan yang ada di Malaysia. Jadi, ada di kalangan mereka yang menggabungkan kedua financial tools ini untuk manfaat mereka. Dan mereka kombinasikan lagi kemudahan ini dengan satu lagi revolving credit facility yang lain iaitu kad kredit. Dan juga ada yang tambah lagi kombinasi tersebut dengan personal loan.

Saya tidak amalkan teknik OD-ASB. Nak tahu details kena tanya kepada orang yang beramal dengan teknik tersebut. Jangan datang ke kelas Cashflow 101 semata-mata nak tahu pasal OD-ASB, takde silibus tersebut disediakan.

Cuma siapa yang berminat, kena berhati-hati bermain dengan hutang dan kadar faedah (BLR / BFR). Disiplin kena tinggi.


0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Blog Archive

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP