Mesyuarat Agong Koperasi Tentera
Source:http://www.katmb.com.my/infoterkini/NotisAGM45.asp
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 45
01hb Jun 2010 - DENGAN INI DIMAKLUMKAN bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke 45 Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad akan diadakan pada hari Ahad, 27 Jun 2010, jam 7.00 pagi di Dewan Besar PERHEBAT, Kem Sg. Buloh, 47000 Selangor.
AGENDA
1. Mendaftar dan memilih anggota Lembaga baru mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil.
2. Membentang dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 44 yang telah diadakan pada 28 Jun 2009.
3. Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan Beraudit bersama Pembahagian Keuntungan bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 serta dengan Laporan Lembaga Koperasi, Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman, Laporan Juruaudit Luar dan Pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia berserta dividen tunai 13% atas yuran dan syer sepertimana dicadangkan oleh Lembaga dalam laporan mereka.
4. Menimbang dan meluluskan saraan bagi tahun 2011 kepada anggota-anggota Lembaga Pengarah syarikat-syarikat subsidiari yang juga anggota-anggota Lembaga Koperasi menurut Seksyen 46 (2) Akta Koperasi 1993.
5. Meluluskan Bajet bagi tahun 2011 termasuk perbelanjaan anggota-anggota Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).
6. Mengumumkan keputusan pemilihan anggota-anggota Lembaga baru.
7. Menimbang dan meluluskan tambahan dan pindaan kepada Undang-Undang Kecil dan Aturan-Aturan Koperasi.
8. Melantik Juruaudit Luar.
9. Menetapkan had maksima keterhutangan Koperasi sebanyak RM1.5 bilion bagi tahun 2011 dengan kadar keuntungan bank tidak melebihi kadar pasaran semasa.
10. Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan baru Koperasi bagi tahun 2011.
11. Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang anggota dan empat orang anggota Lembaga Koperasi untuk menentusahkan draf Minit Mesyuarat Agung Tahunan.
12. Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa urusan lain Koperasi ini yang baginya suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan.
26 Mei 2010
Dengan Perintah Lembaga
LT KOL MOHD RASHID BIN ABDUL RAZAK
KAT KMN AMK ANS PPT PJM PNBB (Somalia) mpat psc MBA (Victoria) MSc (Nottingham) MA (UKM) Dip Elect Eng (UTM)
Setiausaha Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C
Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
NOTA
1. Kelayakan Menghadiri Mesyuarat Agung - Menurut fasal 13 dan 16 Undang-Undang Kecil Koperasi Tentera yang dibuat berdasarkan kepada Seksyen 50 (a) dan Seksyen 28 Akta Koperasi 1993, anggota yang telah menjelaskan fee masuk dan yuran bulanan pertama yang bernilai sekurang-kurangnya Dua Puluh Ringgit (RM20.00) serta Satu Ratus Ringgit syer (RM100.00) pada atau sebelum 26 Mei 2010 boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota semasa Mesyuarat Agung Tahunan Ke 45 pada 27 Jun 2010.
2. Anggota Mohon Berhenti - Anggota yang telah mendapat kelulusan berhenti daripada keanggotaan Koperasi pada atau sebelum 26 Mei 2010 adalah tidak layak mengundi dan tiada hak dan tanggungjawab seperti di bawah fasal 16, Undang-Undang Kecil.
3. Pendaftaran dan Pengundian - Pendaftaran dan pengundian bagi memilih Anggota Lembaga akan bermula pada jam 7.00 pagi dan tamat jam 11.30 pagi atau pada suatu masa yang ditetapkan.
4. BAT C 10/MyKad - Anggota dikehendaki membawa BAT C 10/MyKad semasa pendaftaran dan pengundian.
5. Pakaian Menghadiri Mesyuarat Agung - Anggota Tentera yang hadir pada Mesyuarat Agung Koperasi Tentera diwajibkan memakai pakaian kerja/No: 3.
6. Perlantikan Jawatankuasa Audit Dalaman - Menurut peruntukan Seksyen 42A, Akta Koperasi 1993 (Akta 502), pemilihan tidak akan dilakukan di Mesyuarat Agung sebaliknya perlantikan dibuat oleh Lembaga selepas Mesyuarat Agung.
0 comments:
Post a Comment