Thursday, September 10, 2009

Memilih Mentor Yang Benar

Sumber:www.shamsuddinkadir.com/v2009/2009/09/memilih-mentor-yang-benar/#comment-1479


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Orang-orang yang berjaya dalam hidup biasanya memiliki sekumpulan mentor-mentor yang menjadi tempat mereka merujuk dan juga mendapat suntikan ’semangat’ dan panduan.

Adalah menjadi satu kebaikan dan kemuliaan apabila kita berlumba-lumba mencari mentor dari masa ke semasa bagi memperbaiki hidup kita kepada lebih baik.

Mentor yang perjuangannya bermatlamatkan dunia hanya membawa kita ke penghujung dunia itupun jika mentor is seorang yang hebat dapat menujum apa yang bakal berlaku sehingga hari terakhir sebelum dunia ini hancur.

Mentor yang perjuangannya bermatlamatkan akhirat, membawa kita menikmati hidup yang bahagia di dunia dan memberikan kita ilmu tentang liku-liku yang kita perlu lalui untuk kekal beribadah kepada Allah sewaktu di dunia.

Mentor yang memperjuangkan kaya, duit, membawa kita kepada semua jenis perlaburan walaupun terpaksa melibatkan diri ‘peperangan dengan Allah’. Riba adalah perbuatan yang Allah paling marah dan Allah telah berikrar bahawa manusia yang menderhaka dengan melibatkan dengan riba akan berperang dengan Allah dan rasul.

Ketika ini kita dapat lihat, ilmu-ilmu perlaburan dipelajari dan dipratikkan tanpa mengira yang mana halal dan yang mana haram. Janji buat duit, apabila duit kita tiada keberkatan, di mana tempat kita di sisi Allah.

Di mana Allah akan letak kita di akhirat adalah sama dengan tempat yang kita letak Allah dalam kehidupan kita. Apabila kita meminggirkan Allah dalam membuat keputusan, sudah pasti Allah juga akan meminggirkan kita di akhirat nanti. Tempat untuk orang yang meminggirkan Allah hanyalah neraka. Semoga kita semua dijauhi dari mendampingi individu-individu yang meminggirkan Allah.

Kenali perjuangan mentor kita sebelum kita melantik mereka.

Shamsuddin Kadir



0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP