Beli RUMAH tetapi fikir untuk menjualnya
Sumber:www.drumah.com/beli-tetapi-fikir-untuk-menjualnya/604.html
Apakah yang sentiasa kita fikirkan apabila membeli rumah baru? mungkin… mula terbayang untuk memulakan satu kehidupan yang baru nanti? atau sentiasa memikirkan wang belanja yang akan digunakan? Yang pasti… .didalam tempoh pencarian hartanah yang sesuai ada sesuatu yang anda perlu faham dan wajib ingati.
Apa bendanya?
Menjualnya lah! Jika anda merancang untuk membeli mana-mana hartanah anda juga harus berfikir untuk menjualnya kembali. “Halo!.. saudara… saya beli bukan untuk menjualnya…. apa raaa…!!!!”
Saya faham…, anda membeli hartanah dan merancang untuk tinggal disana bukan untuk menjualnya. Kenapa saya kata begitu? Anda harus tahu, hampir 95% mereka yang membeli dan tinggal di rumah yang sama didalam tempoh 8-15 tahun akan menjual kembali hartanah itu. Jadi anda sepatutnya tidak lupa untuk memikirkan kembali peluang untuk menjual semasa membeli. Kenapa? baca artikel dibawah;
Apabila kita membeli sesuatu hartanah, kita harus beringat bahawa kita tidak akan tinggal disana seumur hiudp kita. Walau pun sehebat mana pun kawasan itu, secanggih mana pun rumah itu… Pada suatu hari nanti anda tetap akan meninggalkannya.
Ini bermakna anda akan memiliki hartanah terbabit dan akan pula menjualnya kembali. Yup! ianya benar. Hampir 95% mereka yang memiliki hartanah pada umur 25 tahun sehingga 45 tahun akan menjual hartanah itu pada tempoh yang tertentu. Ianya seperti satu tren dan cara hidup rakyat Malaysia, yang berubah-ubah dan berkemungkinan faktor portfolio kewangan yang semakin baik.
Pada kebanyakkan tuan rumah ianya tidaklah begitu sukar, tetapi jika anda benar-benar mengambil kira akan potensi ini ianya bakal sedikit sebanyak mempengaruhi konflik yang lebih mendalam. Saya jadikan simulasi ini sebagai contoh; Anda menjumpai sebuah kondo yang sangat-sangat menarik pada mata anda. Dan yang paling menggembirakan hartanah itu juga didalam bajet kemampuan anda. Isu yang timbul hanyalah rumah itu dan kawasan-kawasannya mengalami kemerosotan harga. Jika anda benar-benar memerlukan rumah itu, walau apa pun yang saya katakan… anda tetap akan membelinya, dan anda mula berharap segalanya akan pulih didalam masa beberapa tahun. Tetapi bagaimana pula jangkaan anda salah? dan kawasan kejiranan itu tidak menunjukkan signal yang baik.
Akhirnya… tidak berapa lama lagi rumah impian anda akan berubah menjadi satu kawasan yang kurang selamat. Ini akan menyebabkan anda kehilangan wang dari transaksi akan datang. Dan ianya sudah pasti tidak akan menggembirakan anda. Beringat untuk mencari ruang potensi pada hartanah ini adalah penyebab harga hartanah pada sesetengah individu itu melonjak. Mereka tahu apa yang mereka lakukan, dan mereka faham akan apa yang orang lain mahukan. Jika anda mahukan nilai hartanah anda melonjak… fikirkan bagaimana anda boleh menjualnya semasa membeli.
Kita tidak tahu apakah nasib kita 5-10 tahun akan datang. Memang anda membeli hartanah hari ini dengan harga yang super menarik. Tetapi jika berlakunya sesuatu peristiwa yang memerlukan anda berhijrah… Anda tetap perlu menjualnya. Jadi apabila sampai pada waktu itu, anda tidak pula dapat menjualnya… anda pasti akan kerugian beribu-ribu ringgit hanya diatas kealpaan anda semasa membeli hartanah pada hari ini. Sedangkan kerugian itu dapat diminimakan atau tiada langsung dengan perancangan awal ” beli tetapi fikir untuk menjualnya” set kan minda anda dan rancang sebaiknya.
Yang paling mustahak, jika anda merancang untuk membeli hartanah fikirkan juga masa hadapan. Adakah anda dapat menjual hartanah ini? adakah harganya akan meningkat naik? berapa peratus kenaikkan hartanah dikawasan ini? Segala-galanya anda harus fahami dan renungi. Setelah itu baru lah anda mula menconggak emosi untuk memiliki hartanah yang diidami.
0 comments:
Post a Comment