Tuesday, June 7, 2011

Tip Bisnis-Puan Ainon

Berniaga adalah berkawan. (Business is friends.) Semakin banyak kawan, semakin mudah kita berniaga. Semakin besar bisnes kita, semakin banyak kawan kita. Apabila berbual-bual dengan sesiapa sahaja,bercerita tentang hal yang baik-baik sahaja, khususnya berita2 baik. Berita baik menyebabkan orang mempunyai persepsi positif tentang karekter kita.Dengan itu mereka suka mahu berjumpa kita lagi-Pn Ainon Mohd.

Tip bisnes: Jangan cuba menjual kepada kaum keluarga ataupun sahabat sendiri. Ia adalah kesilapan bisnes yang serius kerana sebenarnya dengan melakukan itu kita telah menyalahgunakan hubungan baik yang ada. Tidak ada orang yang suka berasa dirinya terpaksa membeli barang yang dia tidak mahu beli. Lain kali mereka takut mahu berjumpa kita lagi.-Puan Ainon Mohd.

AinMaisarah Novelis :Yang tidak baik itu kita boleh bawa masuk mesyuarat. Dalam mesyuarat kita tidak mahu dengar yang baik-baik sahaja, kita mahu tahu bahagian mana yang perlu dibaiki, kita mahu selesaikan masalah. Puan, ini saya kongsikan apa yang saya dengar dari Tuan Pengurus AinMaisarah.

Tn Aizuddinur Zakaria bertanya: "Apakah perkara utama yang ada pada peniaga Cina dan tidak ada pada peniaga Melayu?" -- Yang tidak ada, adalah discourse bisnes dalam perbualan keluarga middle-class Melayu. Disebabkan middle-class Cina adalah golongan kelas peniaga dan usahawan, perbualan keluarga Cina adalah skrip bisnes. Disebabkan cerdik pandai Melayu hidup makan gaji, perbualan keluarga middle-class Melayu berputar-putar pada skrip kehidupan makan gaji.-Pn Ainon Mohd.


Tip bisnes: Orang Cina mempunyai daya beli yang tinggi kerana ekonomi mereka lebih tinggi. Peniaga Cina sudah lama menjadi pakar menjual kpd pembeli Melayu. Demi mengembangkan bisnes kita, peniaga2 Melayu perlu belajar dengan lebih serius bagaimana mahu menjual kepada pembeli Cina. Foto menunjukkan penulis PTS, Pn. Fatimah Rodhiah, mempromosi karya beliau kepada kanak2 Cina di pesta ReadMalaysia-Pn Ainon Mohd.

Tip kejayaan bisnes: Ilmu bisnes yang paling penting adalah ilmu bagaimana menjadikan duit kita beranak-pihak, yakni mengganda-lipatkan duit yang sedikit sehingga semakin hari semakin banyak. Dari RM1, menjadi RM2, menjadi RM20. Dari RM1k menjadi RM2k. Kalau kita tidak mempunyai ilmu ini, akibatnya duit modal yang ada akan semakin susut dan akhirnya bisnes kita hidup segan mati tak mahu. Ilmu melipatgandakan duit hanya dapat dipelajari dari orang2 bisnes yang sudah melakukannya.-Pn Ainon Mohd.

0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP