Bank Persatuan:had tambah share baru untuk 2011
Anggota Lembaga Bank Persatuan melalui mesyuaratnya pada 28 Disember 2010 telah meluluskan pindaan had maksimum tambahan pelaburan syer yang baru berkuatkuasa pada 1 Januari 2011 sebagaimana berikut:-
1. Had Pelaburan Syer Anggota Sedia Ada
Anggota sedia ada dibenarkan melakukan bayaran tambahan syer keanggotaan masing-masing berdasarkan had baru seperti berikut:-
i. Anggota individu sehingga RM 2,000.00
ii. Anggota Koperasi sehingga RM 20,000.00
Penambahan jumlah syer anggota-anggota sedia ada berdasarkan had maksimum di atas adalah merupakan peruntukkan had maksimum yang baru mulai 1 Januari 2011 dan tidak mengambil kira sebarang jumlah penambahan syer yang telah dilakukan oleh anggota tersebut sebelum tarikh di atas.
2. Had Pelaburan Syer Keanggotaan Baru
Semua permohonan keanggotaan baru Bank Persatuan mulai 1 Januari 2011 hanya dibenarkan membuat pelaburan syer keanggotaan sehingga had maksimum seperti berikut:-
i. Anggota Individu sehingga RM 2,000.00
ii. Anggota Koperasi sehingga RM 30,000.00
Had maksimum pelaburan syer keanggotaan Bank Persatuan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Anggota Lembaga Bank Persatuan
Sumber: Laman Web BP
0 comments:
Post a Comment