Thursday, July 22, 2010

Bagaimana Kita Terjebak Dengan Hutang Lapuk? -by Pakdi

Source:http://www.pakdi.net/bagaimana-kita-terjebak-dengan-hutang-lapuk/
Barangkali kalian tidak pernah merancang bila sepatutnya berhutang. (Ya! merancang hutang juga perlu.) Tahu-tahu sahaja komitmen hutang terlalu tinggi menyebabkan setiap bulan duit gaji cukup-cukup sahaja.

Hati-hati kepada kalian yang belum mengalami situasi ini. Rancang wang (dan hutang) dari sekarang!

Berikut adalah 5 situasi yang selalu menyebabkan kita berhutang yang bersifat hutang lapuk (bad debt):

1. Hutang kerana perkahwinan

Perbelanjaan kahwin pada hari ini amatlah besar. Dalam buku Rancang Wang Dari Sekarang (RWDS), saya menganggarkan kos perkahwinan di bandar khususnya mencecah paling sedikit RM 30,000.

Justeru, kalian yang masih belum berkahwin tetapi sudah berpacaran, jangan terlalu seronok bercinta sahaja. Rancang bagaimana kita boleh berkahwin tanpa berhutang.

2. Hutang membeli kenderaan

Penjual kereta, institusi kewangan dan bank bukan tukang rancang wang kita. Mereka adalah tukang ambil wang dari poket kita. Justeru, walaupun kita layak dan mampu membuat bayaran bulan-bulan kereta sebanyak RM 900 misalnya, belum tentu kita patut beli kereta tersebut. Awas!

Pembaca buku RWDS kini sudah mengetahui 3 cara untuk menentukan kita layak membeli kereta yang mana satu.

3. Hutang kad kredit

Kad kredit adalah bagus untuk kalian yang berdisiplin sahaja. Sekiranya kalian bukan seorang yang mampu mengajar diri sendiri disiplin kewangan yang ketat, lupakan sahaja hasrat kalian untuk mempunyai walaupun satu kad kredit.

4. Hutang membeli rumah (untuk diduduki)

Sekali lagi saya perlu mengingatkan, agen hartanah, syarikat rumah, institusi kewangan dan bank bukan perancang kewangan anda.

Kita perlu merancang dengan baik bagaimana untuk membeli rumah. Sekiranya kalian masih bujang, atau baru berkahwin cukuplah membeli rumah yang biasa-biasa sahaja seperti apartment 3 bilik tidur 2 bilik air sahaja terlebih dahulu.

Jadikan rumah yang anda bakal duduk selama 10 tahun pertama misalnya sebagai salah satu pelan pelaburan selepas 10 tahun sebelum anda membeli rumah lain yang lebih sesuai untuk pembesaran anak-anak.

5. Hutang membeli kelengkapan rumah

Banyak penjual perabot dan elektrik hari ini telah mula memperkenalkan skim ansuran mudah. Bayar serendah RM 10 sebulan selama 24 bulan misalnya. Satu perkara yang perlu kalian ingat adalah, barang elektrik hari ini cepat rosak. Adakah berbaloi untuk membeli kelengkapan rumah berharga RM 300 misalnya dengan berhutang selama 2 tahun ?

Ya, ini belum campur dengan bil-bil tertentu yang dibayar setiap bulan dengan kad kredit!

0 comments:

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Blog Archive

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP