Thursday, March 11, 2010

FCPO-Kisah uncle Dodi

Sumber:http://www.rumah.net/2009/07/06/kisah-sawit-dulu-dan-kini/#comment-618
Penulis:Dodi
Date:July 6th, 2009

Cerpen hari ni, aku nak cerita pasal kelapa sawit pulak hehehe..

Kelapa sawit ni memang ada kena-mengena rapat dengan aku. Lepas aku lahir je ke dunia ni, 6 bulan lepas tu ayah dan mak aku dapat offer masuk rancangan Felda di Bukit Kuantan, Pahang.


Memandangkan masa tu pun, ayah aku hidup susah kat kampung. Keje tak menentu, bak kata orang, kais pagi makan pagi. Musim bersawah, dia ambik upah kerjakan sawah, kadang tu sanggup naik keretapi dari Kelantan ke Kedah semata-mata nak ambik upah banting padi. Berapa sen sangatlah upah dia dapat, tapi dari pada poket kering, gagahkan jugaklah merantau cari rezeki.

Kalau takde keje sangat pun, dia akan bantu ayah dia jaga kerbau ngan lembu. Itu aje lah kerja di kampung untuk sara anak yang dah masuk 4 orang masa tu. Resmi orang susah, asyik kena sindir dan dihina sebab selalu mintak bantuan dan ihsan keluarga dan saudara mara.

Terdesak dengan kesempitan hidup, offer masuk Felda diterima walaupun terpaksa tinggalkan kampung halaman. Sanggup masuk hutan yang baru diteroka bagi tanaman kelapa sawit. Antara inisiatif Allahyarham Tun Abdul Razak dulu.

Aku yang masih baby ni dikendong bersama-sama masa pindah dari Kelantan ke Pahang. Seriau gak dengar cerita masa awal-awal duduk Felda. Apa binatang buas yang takde, semua masih ada lagi merayau-rayau dekat hutan berdekatan. Malam-malam lagi la binatang2 tu merayau2 dekat tepi rumah. Tambah pulak ayah aku antara batch pertama ditempatkan kat situ, basically binatang buas lagi banyak dari orang. Kalau korang penah tengok filem Lurah Bilut, cenggitu la senario dia.

Fast forward. Hari ni, ayah aku masih lagi dengan sawitnya. Ada kebun 10 ekar, dah dapat geran atas nama dia dah, dan dapat lagi suku ekar tanah tapak rumah. Not bad kan, at least berbaloi jugaklah dengan penat lelah dia selama ni. Aku tak cerita lagi kat dia, camne dia boleh “buat duit” dan passive income dari semua tanah2 tu tanpa perlu jual pun. Nak cerita pun kena tengok time jugak, kang tak pasal2 dituduh nak exploit rete mak bapak hahaha…

Yang aku nak relate sekarang ialah hari ni aku pun dah mula berkecimpung dengan sawit.. hehehe.. tapi bukan usahakan kebun ayah aku atau kebun sawit sendiri, aku belajar trading minyak sawit mentah.

Pernah dengar kan, FCPO (future crude palm oil)? Kira macam main stock market biasa jugak, tapi yang ni produk dia minyak sawit. Shariah compliant, so tak perlu was-was pasal halal haram. Ada sikit perbezaan dengan stock market di Bursa Malaysia. Kita kena cekap buat Technical analysis (TA) dan Fundamental analysis (FA).

Penghujung tahun lepas (tak silap aku), sifu Putra dibantu sifu Hanan buat kelas FCPO untuk member2 PMC. Ekslusif kelas ni sebab hanya terbuka kepada mereka yang follow blog pie2020 aje. Aku kira antara yang bernasib baik masuk batch pertama kelas FCPO dengan sifu Putra. Sekarang ni dah beberapa sesi telah dijalankan. “Graduan” kelas tu pun dah start real trade FCPO.

Apa yang aku belajar dalam kelas tu memang banyak. Sampai ke hari ni, tak semua aku reti apply pun. Belajar nak tengok graf. Pahamkan candlestick, gunakan indicator, analisis fundamental news dan macam-macam lagi. Tapi yang paling penting ialah macam mana nak park order bila semua indicator dah confirm ikut trend dan momentum semasa. hahaha.. yang ni lah paling susah nak apply.

Sifu putra cakap, kena “main” atau real trade baru dapat “feel” dia.

Lepas abis kelas tu, modal takde lagi, so setakat apply “paper trade” saja lah. Margin untuk 1 lot masa tu lebih kurang RM8,000. Margin tu boleh naik dan turun ikut keadaan. Biasa FBR (future broker representative) akan maklumkan kalau ada perubahan.

Nak main FCPO ni takleh main belasah aje. Kena paham hakikat “spend the money that you’re willing to lose”. Elok kalau kita guna lebihan duit (samada dari bonus ke, dividen ke, profit pelaburan lain ke, etc.) untuk jadikan modal FCPO. Kalau guna duit gaji, takut nangis je bila loss huhu..

April 2009, aku start bukak akaun FCPO dengan FBR Apex Securities Berhad. HQ dia kat Kajang, so senang la nak pegi situ. Aku letak modal untuk 1 lot je dulu plus sedikit “buffer” untuk margin call. Proses dia tak susah mana pun, isi borang, transfer duit masuk akaun, dapat trading ID, dah boleh trade dalam masa seminggu dua gitu.

Lepas account dah aktif, aku tak terus trade sebab tak berapa confident nak park order hahaha.. ye la, buatnya salah park selamba loss. 1 point = RM25.00, kasi kira sendiri la kalau hilang 50 points ka..heheh.. sapa yang tau, tentu paham kan perasaan loss berpuluh-puluh point dalam 1 trade session saja.

Ni contoh cara nak park order FCPO yang aku praktik hasil tunjuk ajar sifu putra lepas dah confirm dengan semua indicator yang kita guna pakai:

Aku: “Hallo this is . I want to place an order. Sell stop @2100 limit 2099. Buy back at @2090 (10 points profit). Cut loss @2110 (10 points)” — Ni kalau kita nak park Jual dulu, Beli kemudian kalau market trend tengah bearish (harga sedang jatuh).

FBR: “wait a moment. OK your order has been keyed-in.”

Aku: “Call me once my order triggered. TQ”

FBR:“OK, I’ll call you”.

Lepas je park order, bolehla buat kerja lain. Sekali-sekala boleh jenguk chart tengok trend dan indicator. Kot2 order tak trigger lagi, boleh cancel atau ubah order. Kalau order triggered, masa ni lah yang berdebar tunggu FBR call balik. Samada kita akan dapat profit or loss. FCPO ni zero-sum game, takde win-win situation. Either you win or lose. Sebab tu kena belajar dari yang mahir teknik dan disiplin masuk pasaran.

Sekarang ni, kalau ada masa dan sempat monitor chart, aku memang akan masuk pasaran bila confident dengan all indicators. Ambik profit pun kecik je, dalam 3~6 points. Target aku tahun pertama just nak maintain RM500~RM1000 sebulan melalui FCPO. Still dalam stage belajar.

So, kalau ayah aku jual buah sawit kat kampung, aku plak jual sawit virtual (pasaran hadapan). Kira bapak borek anak rintik lah ni..hehe..

Kepada yang masih blur ape kebende FCPO ni, nanti aku share website2 yang korang boleh get some idea on this thingie. Lepas tu boleh pujuk sifu Putra buat kelas special untuk korang. Biasa offer kelas sifu putra ni limited saja. Rajin-rajin la masuk forum PMC.

2 comments:

adi,  December 1, 2010 at 11:59 AM  

Menarik..Tolong share sekiranya ada kelas FCPO bagi bulan 12/2010 ini onwards..

Anonymous,  January 8, 2011 at 6:55 PM  

biar betul..uncle dodi ni mcm pernah dgr je..terer ni..kat mana boleh jumpa uncle dodi?? ade email atau fon no x? nak study lah..otai ni kalau x silap..dulu pernah dgr nama dodi mmg gah.

About This Blog

Was established since 20th Rejab 1430.
Just to educate myself.
`Sharing is Caring-The more you give,the more you get``

`Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.`-Riwayat al-Baihaqi


`We are often afraid to do things until we are sure we will do them well.Therefore we don`t do anything...`


Labels

Comments

Gold

[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Silver

KLCI and Oil

CPO

FEEDJIT Live Traffic Feed

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP